Babak 1 : Penemuan Terbaru

576 46 22
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

📍3 November 2082: Kuala Lumpur, Malaysia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


📍3 November 2082: Kuala Lumpur, Malaysia.

JAM masih menunjukkan pukul 5.30 petang. Dr. Asyfan masih berada didalam biliknya lagi, yang tidak ubah seperti sebuah bilik simulasi kawalan bagi menerbangkan sebuah pesawat. Namun, apa yang berbeza adalah paparan di atas skrin tersebut yang hanya memaparkan maklumat mengenai peta bumi, bulan dan planet marikh secara masa sebenar (real-time). Bilik tersebut lengkap dengan sebuah skrin besar bersaiz 60 inci dengan paparan skrin 8K, disambungkan terus kepada komputer yang dikuasakan dengan sistem operasi Windows X melalui peranti HoloLens. Kemaskini sistem pencuacaan seluruh dunia, aktiviti seismik, letusan gunung berapi, pokoknya kesemua yang berlaku pada masa itu dikemaskini secara masa sebenar pada paparan skrin tersebut.

Paparan kemaskini terkini bagi maklumat-maklumat tersebut turut sama dapat dipaparkan melalui telefon modular pintar yang berjenama Apple itu, melalui masa sebenar (real-time).

Tiba-tiba, Pembantu Penyelidikannya, Puan Haslinda mengetuk pintu bilik Dr. Asyfan.

"Dr. Orang surat khabar nak jumpa Dr." kata Puan Haslinda. Dr. Asyfan yang masih memakai HoloLens tadi kelihatan agak terkejut. "Beritahu mereka saya sedang sibuk." balas Dr. Asyfan. Puan Haslinda terus menutup pintu dan berlalu pergi. Dia kenal benar dengan Dr. Asyfan. Sejak zaman prasiswazah sehingga ke master, dia telah diselia dibawah seliaan Dr. Asyfan. Jika Dr. Asyfan sedang sibuk, usahlah diganggu.

Dr. Asyfan sedang fokus. Beliau fokus mensimulasikan anggaran jarak masa serta kemungkinan besar lokasi baru bagi kutub ini berpaksi nanti, berdasarkan kajian-kajian polariti kuno terdahulu daripada pakar-pakar diseluruh dunia dengan menggunakan peranti HoloLens yang dibelinya di Plaza Low Yatt, 2 tahun lepas. Untuk pengetahuan, batuan bukan sahaja penting dalam menyediakan sumber bahan bumi kepada pelbagai industri, tetapi juga merupakan medium perakam terbaik bagi sejarah kuno sesuatu tempat.

Penyongsangan : Malapetaka Katastrofa Where stories live. Discover now