BAB 18:

15 1 0
                                    

"Zahra' layu.Kumbang mati."
Hubunganku dengan Fazwan ternyata tidak kekal lama.Disebabkan sayangku yang masih menebal pada si dia,aku akui aku tidak dapat menyesuaikan hatiku dengan Fazwan yang lagaknya agak kasar dan baran.Hubungan kami retak seribu.Namun dia masih setia menunggu pembalikanku di pangkuannya.Aku buntu.
Kenangan silam yang bersalut memori hitam itu menjadikan hatiku semakin tegar dipanah manisnya lidah kaum Adam.Kawanku telah menasihatiku agar bersama dengan Amyrul,rakan lama sekolahku bagi merawat kelukaan di hatiku.Sayangnya juga,dia tidak sama seperti Luqman.Apa yang menyakitkan ku adalah pada suatu pagi dia meminta hubungan kami dibubar setelah sepertiga  malam aku membelanjanya otp sebanyak tiga puluh ringgit.Luluh perasaanku.Arghh lelaki kejam!!!
Pagi raya,perasaanku berbalam kegembiraan bersalutkan kejutan.Pukul lapan pagi,Amyrul menghantar sms padaku untuk beraya di rumahku pada minggu hadapan.Aku mengiyakan sahaja permintaannya memandangkan peristiwa tempoh hari sudah ku padamkan dengan cucuran keredhaan.Pada pukul sebelas pagi,Luqman menghantar sms padaku menyatakan maaf dan kesalannya.Sayang,nasi dah jadi bubur.Awak tak boleh balik lagi macam dulu.Hati saya sangat terluka meskipun kalau boleh saya nak balik lagi pada awak.Go on aje dengan Mala.Awak kata dia perempuan terbaik kan?So pergilah.Luqman bersungguh menyatakan kesalannya meninggalkanku kerana dia tidak menyangka Mala suka mengawal pergerakannya serta berlaku curang.Namun,senandung yang dikau layangkan sedikit pun tidak menawani hatiku.
Pada angka sembilan malam,Fazwan pula menelefonku.Bertanya khabar.Aku berasa amat bersalah terhadapnya kerana mengecewakan hatinya.Dia sudah lama menantiku,cuma kejujuran dan keikhlasannya masih ku ragukan lantaran memori hitam yang masih berputar ligat di diari jiwa wanitaku.
Aku menghela nafas;meneruskan langkah maju ke hadapan sementelah pelbagai sarang berbisa menyelimuti perjalanan hidupku yang penuh ranjau berduri.Aku perlu lupakan segalanya.Perlu!

"LUPAKAN KENANGAN 2015"Where stories live. Discover now