BAB 14:

15 1 0
                                    

"Ya ALLAH dosaku!Ya,aku nampak dosaku!Dan aku nampak fitnah dunia!!!"
Nafasku tercungap-cungap sebaik sahaja aku terjaga dari mimpi ngeriku.Ku kesat peluh yang menitik di dahiku.Belakang bajuku usah kata,lencun bagai disimbah sebaldi air kolah.
Ujian kertas 3 subjek fizik,kimia dan biologi dilakukan awal dari kertas lain bagi mengelakkan pertembungan masa yang singkat.Entah mengapa,pada malam sabtu itu rinduku pada Luqman mencengkam kuat sehingga ke pangkal hatiku.Sangat rindu.Aku cuba bertahan dan menangis.Lebih-lebih lagi telingaku didendangkan dengan alunan lagu Potret nyanyian Akim and the magistrate versi akustik.Sangat menyentuh perasaanku.
Pagi ahad itu,aku sengaja memberikan morning wish padanya.Aku gelisah.Sehingga tengah malam dia tidak membalas.Aku lihat dia baru sahaja mengepos gambar di insta,tetapi gambar yang ku pos langsung tidak dijamah seperti kebiasaan.Ya,aku tahu Luqman sudah berubah.Namun kerana sayang yang mendalam,aku pendam dan cuba untuk menyabarkan hati ini.
Jantungku bagai direntap dengan cemeti api yang membelah bumi.Dia dengan selamba mengepos moment di WeChat dengan ayat
"Bosanlah dok rumah.Haish."
Sedangkan sms ku langsung tidak dibalas.Aduh sedihnya.Aku menegurnya.
"Sayang..."
"Ha apa dia?"
"Sayang jujur tau."
"Yela jujur apa?"
"Sayang,u still sukakan i lagi ke tak?"
"Suka tapi tak dapat nak layan."
ALLAH!Apakah maksudnya itu?Aku bagai hendak menangis.Dadaku berombak kencang.Sangat biadab!
"Sayang,move on je okey.Jangan takut nak berubah.We still can be a bestfriend."
Mudahnya engkau berkata-kata wahai lelaki setelah engkau mendapat habuanmu selama ini.Engkau yang menghasutku agar menyerahkan maruahku padamu dan berjanji akan bertanggungjawab atas segala yang berlaku.Namun dengan senang,engkau memperlakukanku dengan sebegini?Ahh dunia yang kejam!Dunia tahun 2015 yang kejam!!!!
Ujian 3 bagi ketiga-tiga subjek berikut sangat mendukacitakan.Aku kecewa.Disebabkan tekanan masalah hubunganku dengan Luqman,aku tetap bersabar hati dengan masih mengasihaninya dan mencintainya.Aku pasti dia masih menyukaiku.Namun punah segalanya.

"LUPAKAN KENANGAN 2015"Where stories live. Discover now