BAB 12:

13 1 0
                                    

Benarlah bak kata pujangga,pelangi indah tak selalunya kekal.Ianya akan hilang perlahan-halan menyusup sepi melalui rimbunan hujan di langit.Hujan yang turun bagaikan menabur manik kristal di pelusuk dataran bumi ku tadah dengan hati yang hancur.Sedih mengenangkan kata-katanya sewaktu aku terjaga dari tidurku.Sudahlah hampir seminggu dia tidak mengkhabariku,kali ini smsnya sangat mengejutkan hatiku.
"Assalamualaikum sayang...sori I dah lama tak ws u.I mintak maaf sangat.I tak boleh jadi yang terbaik buat u dah.U kalau jumpa lelaki lain,u go on je okey?Rugi tunggu lelaki macam I.Terabai je sayang.I takde masa layan u.I ada life sendiri yang banyak nak kena urus.Biasalah lelaki kan.Sayang,move on je okey.U still young.U can get better than me.Trust me sayang."
Hatiku jatuh merudum.Perasaanku bagai dihentak tukul beracun.Tersayat hatiku dengan permintaannya.Aduh,kau ingat aku ni apa?Batu nisan?
Aku membiarkan sahaja kata-katanya.Pulang dari sekolah,barulah aku menguatkan semangatku untuk membalas smsnya.
"Tak nak move on.I nak tunggu je sayang.I cintakan u.I tak nak orang lain.I nak u,Luqman.Kenapa sayang?Why you said like that?Do you have other girls?"
Aku mula diserang curiga.Curiga dengan permintaannya secara tiba-tiba.Sudahlah agak lama kami tidak bersua.
"Sayang janji ke boleh tahan?Tak payah janji lah sayang boleh tahan.Kita go on cam biasa aje okey?Kalau ada jodoh,adalah."
Dahulu,kau sering menyatakan pesanan padaku agar jangan pernah mengungkit soal putus.Siap menghantarnya di Twitter lagi.Tapi kenapa engkau berpaling tadah dengan kata-katamu sendiri?Aku berasa amat terluka.
Siang malam,aku mencari apa makna kata-kata jejaka kelahiran Johor ini.Aku cuba merungkai segala persoalan yang bermain di mindaku.Hinggalah suatu hari aku ternampak sesuatu.Twitter Luqman sedang digunakan oleh seorang wanita.Ya,dari segi tweetnya,aku menyedari itu adalah kata-kata seorang wanita.Mal?
Aku cuba menyiasat segala yang terselindung di sebalik penipuan yang diniqabkan dengan taburan ayat manis cinta Luqman padaku.Jika sebelum ini Luqman meletakkan nama Twitternya sebagai 'Luqman Farahin',kini tidak lagi dan namanya kembali kepada nama asal Luqman.Jika sebelum ini gambar aku menjadi twitconnya,kini wajah Luqman yang tertera.Aku tidak terasa dengan sikapnya itu,cuma yang membuatkanku tak senang duduk ialah siapakah 'Mal'?
Ewah,pandai pula perempuan yang selaku teman lama sekolah Luqman ini menipu namanya dengan nama 'Kamal' bagi mengelirukan pandanganku.
Malah pada suatu malam,aku bertanya pada Luqman siapakah yang mengendalikan Twitternya,Luqman membohongiku mengatakan itu adalah rakan lelaki sepejabatnya.Malah Luqman juga kelihatan resah dan gelisah.Ya,aku mula menyedari perubahannya.

"LUPAKAN KENANGAN 2015"Where stories live. Discover now