BAB 17:

25 3 1
                                    

Mimpi-mimpi malamku sering kali didatangi serangan halilintar membelah bumi.Aku mengalami kemurungan.Tekanan di dalam atmosfera benak fikiranku,menyebabkan aku terpaksa berjumpa dengan pakar psikologi yang mengesahkan mental dan emosi ku terganggu dengan masalah peribadi.Ya,aku gila!Sebab tu aku buat novel ni.Sebab aku gila!
Air duka ini amat berdegil.Masih menghulurkan simpati pada orang yang sedang berbahagia hasil hubungan curang.Ya,rasa sedih mempalu lubuk hatiku.
Aku masih terbayang saat kemanisan kami berdua.Dia sering kali menghantarkanku voice note karaoke lagu Kenangan Terindah nyanyian Samsons,Dealova dendangan Dewa dan Bila Terasa Rindu ciptaan Dafi.
Saat memaniskan tatkala aku berdegil untuk menelan ubat apabila aku diserang demam dan dia lah yang bersungguh-sungguh memaksaku untuk menelan ubat.Sekiranya aku tidak makan ubat,dia akan mencari madu lain.Ya,benar-benar aku dimadukan!
Dia sangat benci akan lagu rock dan Kpop.Pernah insiden wanita melayu memeluk artis Korea di atas pentas,amarahnya menaik tinggi dan bertalu-talu dia menghantar sms padaku memberi amaran agar jangan taksub dengan Kpop.
Sewaktu aku merinduinya,aku menyimpan lagi chat-chat lama kami yang berbaur percintaan.Andai masa boleh diputarkan kembali ingin sahaja aku....
"Sayang...."
"Sayang ,where are u?I miss u dear!"
"Sayang,nape tak balas-balas lagi?Okey I mintak maaf okey sebab lewat!"
"Ye sayang,I mintak maaf.Sori tadi Mama dengan Abah ajak I pergi makan.Sebab tu tak ws sayang."
"Sayang!!!!"
Aku yang baru terjaga dari tidurku,tersentak dengan sms darinya.
"Sayang saje ke apa ni?"
Aku baru sahaja terjaga.Masih mamai.Dia pula tertunggu-tunggu sms dariku.
"Sori sayang,I tertidur."
"Eiii asyik tidur je mak cik ni!Off lah lagi data tu.Suka ya?Nanti kalau I dah nazak lepastu suka sangat off data,tak sempat jumpa I tahulah!"
Luqman sebenarnya kerap membebel padaku.Dia sangat marah kalau aku off data.Baginya,perbuatan itu sangat merimaskan.Dan bila aku mula membebel,Luqman akan berkata
"Dah habis dah bebel?Habis dah?"
Aku ketawa rindu disertai hurungan air mata.Kecewa dengan sikapnya yang seakan lalang dibadai angin.
"Sayang ni suka betul tidur.Dahlah siang u sekolah,petang u tidur!Malam u buat homework pun kadang sampai tertidur.Tak sempat I nak kata I rindu u.Kang I kata I rindu orang lain,tahulah!"
Aku menghela nafas.Masih segar aku menyimpan kenangan lama kami meskipun sudah tiada apa-apa lagi ikatan percintaan di antara kami.
"Niza Azfarahin,listen here.Luqman ni tak bagus sangat.Kuat merajuk dan kuat cemburu.Dia paling tak suka orang yang tak setia.U boleh nampak kan pinggan kalau pecah?U can say sorry to that plate but remember it will not be the same anymore after u break it.Maybe pemiliknya boleh maafkan kesalahan yang kita buat sebab hancurkan pinggan dia tapi ingat ianya takkan sama macam dulu.Macam tulah hati I.No matter will happen to us,I promise I will never leave you sayang...."
Luqman,awak tipu!Awak kata awak takkan tinggalkan saya,tapi janji awak yang malam bersaksikan cahaya bulan tu mana?Mana Luqman?Saya cari tapi tak jumpa.Patah hatiku membiarkan rintihanku dibawa sayup angin badai malam.

"LUPAKAN KENANGAN 2015"حيث تعيش القصص. اكتشف الآن