PROLOG:

59 2 0
                                    

"Lupakan Kenangan 2015?"
Spontan kening Marsha terjongket ke atas.Dahinya berkerut seribu memberi alamat tidak mengerti akan maksud tersirat di sebalik pengeluaran novel pertamaku.Gadis genit itu menoleh ke sisi;memandangku.Menadah penjelasan dariku.

Aku yang sedang leka mengintai laman instagram teman-teman lamaku terus menoleh ke sisi tatkala merasakan ada pandangan tajam sedang asyik memanah sinar padaku.
"Apa?"
Marsha menghela nafas sekali lagi dan bertanya semula.Sumpah,aku memang tak dengar apa yang diperkatakan olehnya.Maklumlah,aku ni 'sound trouble' sedikit.hehe✌.
"Aku tanya,kenapa kau buat novel tajuk macam ni?Apa maksud kau?Like a something wrong somewhere je."
Aku terus menghalakan pandanganku ke arah buku yang masih kemas di genggaman Marsha itu.Aku tersenyum cuma.Agak lama aku mendiamkan diri sebelum bangkit dan berdiri di hadapannya.Gadis genit itu hanya setia menunggu jawapan dariku.
Aku mengambil buku itu dari genggaman tangannya lalu membelek-belek kulitnya.Apa yang aku nak baca pasal buku ini?Sebab aku yang menghasilkannya.Buat apa aku perlu khatam lagi sejarah hidup lama aku yang rasa seperti di 'zaman firaun'.
"Niza....hurry up please!Kau ni suka betul buat orang tertanya.Tak mustahil lah kalau dulu lecturer pun cakap kau ni pelik and miss....missteriii.hmm".
Aku tertawa kecil.Ya,aku tak pernah marah kalau lecturer dan rakan-rakan sekolahku termasuk orang di sekeliling menganggap aku pelik dan misteri.Aku belajar menjadi seorang yang baran bertukar ke arah seorang yang cool.Dari seorang yang setia kepada 20%.Haha mesti korang tak faham kenapa.Hukhuk.
"Aku rasakan....."
Aku ketawa kembali.Rasa lawak pula untuk bercerita sinopsis buku ini.Namun sedarilah,di sebalik kemanisan di bibirku,terselit sepucuk kenangan hitam berbalut di sampul memori dahulu.Ahh sakitnya,Tuhan sahaja yang tahu!!!

Angin di luar bertiup lembut.Seiring dengan waktu petang yang aman dan damai.Kedengaran suara kanak-kanak sedang riang bermain di taman permainan yang tidak jauh dari perkarangan rumah Marsha.Aku melirik pada jam di dinding.Angka lima sudah dituding oleh jari jarum penentu masa.Okey,masa untuk pulang.
"Niza...serious please!Penat tau tak tunggu jawapan dari kau!Grr."
Marsha sudah membentak letih.Letih berbicara dengan orang yang pernah menghidapi penyakit mental psikologi tahap nak bunuh diri ini.

Aku menghela nafas sambil tersenyum simpul.Aku kembali meletakkan buku itu di hadapan Marsha lalu beredar ke muka pintu.
"Aku balik dulu ya."
Terus aku berlalu meninggalkan Marsha yang terpinga-pinga.

Aku memecut kereta BMW hitamku yang legap dari perkarangan rumah gadis itu.Sengaja aku membiarkan dia tertanya-tanya apakah maksud sebenar novel itu.Aku tersenyum simpul melihatkan keletah Marsha yang terlopong di balik cermin sisi keretaku.Kau bacalah kalau kau rasa nak tahu.

"Sial lah minah ni.Aku tanya kenapa boleh dia tinggalkan aje aku macam ni?Ada jugak yang makan kaki aku saiz enam ni."
Marsha meleter sendiri tatkala dia melangkah masuk semula ke dalam rumah.Sedang dia berjalan mendaki anak tangga rumahnya,tiba-tiba telefon rumahnya berdering.
Dengan langkah gontai,Marsha berjalan kangkung menuju ke arah telefon rumahnya yang terletak di penjuru meja televisyennya.
"Hello....??"
Senyap.
"Hello....siapa ni?"
"Bacalah novel aku tu waktu pagi esok.Esok kau tak kerja kan...percayalah sehari je kau dapat habiskan."
Kedengaran suara niza di hujung talian.
"Ouh okey.Tapi kenapa e...."
Tut..tut...tut...
Arghh sialan gampang punya Niza!Belum sempat Marsha menghabiskan ayatnya,dia sudah mematikan talian.

Keesokan paginya,usai Marsha bersarapan dan mandi,dia bergegas menyiapkan segala tugasan rumahnya.Selesai segala tugasannya,dia mencapai novel itu dengan cepat di bawah udara penghawa dingin di samping bunyi kicauan burung serindit menyambut sinaran mentari.

"LUPAKAN KENANGAN 2015"Where stories live. Discover now