Bab 2:

28 1 0
                                    

Aku bodoh.Dungu sebagai seorang gadis yang mahal dengan maruah dan harga diri.Sial kan aku?Hahaha memang Niza ni bodoh.Bangang sebab tak dapat nak beza antara hantu dengan malaikat.
Aku mula memuat turun pelbagai aplikasi di telefon bimbitku.Ya WhatsApp,WeChat,Instagram dan banyak lagi.Twitter dan Facebook memang sedia kala tersedia di telefon bimbitku.Aku bagai diserang kejutan budaya.Mula berjinak-jinak dengan dunia laman sosial.Mula berkenalan ke sana,ke mari.Itulah bodohnya aku.Lagi bodoh berkenalan dengan lelaki-lelaki durjana yang dahagakan darah gadis muda.Ya,babi semuanya!
Selama aku bermain dengan 'shake' di WeChat,aku telah berkenalan dengan seorang lelaki bernama Luqman.Luqman Hakim.Sedap namanya.Sesedap mata memandang susuk figuranya.Entah kenapa,aku bagai dirasuk histeria yang amat sangat.Seolah seorang peminat fanatik bila bertemu artis kegemarannya;angau tiada noktahnya.
Perkenalan kami pada mulanya hanya bibit-bibit sahabat baru.Dia adalah lelaki yang hebat.Hebatlah sebab dia lah,gadis bernama Niza ini kembali membuka pintu hatinya kepada lelaki melayu setelah empat tahun dia mengurung pagar cintanya akibat insiden kekecewaan yang melanda dirinya.Yup,tutup aje kisah lama tu!Apa guna kekal selama setahun tetapi disulami benang kecurangan.
Luqman.Lelaki yang baru menginjak usia dua puluh tahun dan memasuki usia dua puluh satu tahun pada tahun 2015.Allahu,dia pakai minyak apa ni sampai aku kemaruk dengan dia?Aku merintih kesayuan.Jejaka bertubuh kurus melidi dan tinggi 170 cm ini akhirnya berjaya membuka pintu hatiku setelah sekian lama dikunci.Jejaka berkulit sawo matang ini menuntut di sebuah kolej terkemuka di Kuala Lumpur dalam bidang kejuruteraan telekomunikasi.Walaupun berdarah Johor,sikapnya yang matang dan pandai mengambil hatiku,telah menyebabkan aku cair dan JATUH CINTA!
Berhari-hari ku kira setiap kali kami akan berchatting di WeChat,aku dilamar menjadi teman wanitanya.Yes,I wish!Nampak kan kebodohan aku di situ,percayakan cinta seorang lelaki di laman sosial.Entah-entah lelaki itu ada masalah mental entah jenayah,aku dungu.
Namun suatu hari pada hari jumaat tepat pada pukul sebelas malam bersaksikan tarikh enam Disember 2014,aku berjaya dilamar menjadi kekasihnya.Gembira?Ya,semestinya!Bagai seorang warga miskin bertemu emas di lautan maut.Dia memang jarang berchatting denganku.Ya,aku mengerti.Mungkin disebabkan kesibukannya sebagai seorang penuntut dan makluman semua,memang lelaki jarang mahu berchatting sepanjang masa.
Sadis!Meskipun aku mempunyai teman lelaki,namun tak semesra seperti rakan-rakanku yang lain.Dia sering meninggalkanku.Kadang seminggu,dua minggu.Aku marah.Sedih.Kecewa.Namun paling bangang,masih setia menanti.Menunggu dengan harapan dia akan menghantar sms berbaur rindu.Kesian,penat sahaja jantungku berdegup kencang menunggu sms darinya,sayang tiada sms masuk.Yang masuk pun hanyalah dari rakan-rakanku.Kesian kan?Jangan jadi macam aku.Bodoh tahap mampus.Haha.
Agak lama.Kira-kira dua minggu aku tidak dikhabari langsung.Aku terasa sangat kecewa.Setiap kali aku diserang angin rindu,aku hanya mampu menonton gambar-gambarnya di insta mahupun twitter.Request as a friend di Facebook pun tidak dilayan.Okey,aku pasrah.Sedarlah aku bukan sesiapa.Tetapi masih bangang;setia menunggu.Sebab apa kawan-kawan?Sebab sayang,Niza.Niza sayang Luqman.Luqman,tahu tak?Takpelah,Niza faham.Luqman sibuk.Sibuk daripada melayan gadis hingusan sepertiku.Okey,aku faham.
Disebabkan rasa sakit hati yang mendalam,aku tekad untuk men-unfollownya dia Twitter dan Instagram.Tiba-tiba pagi ahad itu dia menghantar sms di WeChat.Kegembiraan yang merantai lubuk hatiku bukan kepalang.
"Hey sayang,what's going on?Sihat?Sorry lama tak wc.I busy."
Ya Allah,air mata kegembiraan menitik di pipiku.Yes,segala keperitanku bukanlah sia-sia.Berkat kesabaranku,akhirnya Allah datangkan juga kegembiraan.Namun hanya sebentar,setelah aku membalas,dia tidak terus membalasnya.Ya,aku sedar dia mungkin terasa dengan sikapku yang gelojoh men-unfollow nya di laman-laman sosial.Gigih aku memohon maaf;dia maafkan.Namun masih berbaur sisa marahnya padaku.Aku akur.


"LUPAKAN KENANGAN 2015"Where stories live. Discover now