BAB 5:

24 2 2
                                    

Mentari pagi menyinar senyuman di wajahku.Bukan kerana sinarnya yang memang rutin terpancar pada setiap pagi,tapi kerana bintang malam tadi yang menghadiahkan sedikit sinarnya pada sang mentari pada pagi ini.
"I peliklah.I tinggalkan sayang lama-lama pun,sayang tak pernah marah.I respect gila kat U ni pasal hal ni."
Aku menjongketkan keningku.Aduh,aku marah sayang!Marah!Tetapi sebab sayang,aku pendamkan segala itu.Sumpah sayang!
"Iya ke?Hahaha entahlah ,I rasa buat apa nak marah.Lagipun sayang busy kan...
Allahu,seumur hidup aku,aku tidak pernah menyayangi seorang lelaki asing dalam liku kehidupanku melebihi abang dan abahku.Tetapi engkau,istimewa....Satu-satunya lelaki yang berjaya menduduki takhta kesayanganku.Berjaya membuka semula pintu hati yang sudah berhabuk kuncinya.Kau memang bertuah!
Cuti sekolah hampir menemui penghujungnya.Seperti biasa,Luqman akan menemaniku setiap malam,menasihati itu dan ini.Kebetulan namanya yang sebegitu,padanlah dengan sikap ahli ulama' islam yang terkenal pada zaman nabi iaitu Luqman al-Hakim yang memang suka memberi nasihat.
"Hei mak cik,esok sekolah kan?"
Aku mencebik.Malas.
"Hmm haah.Malasnya nak sekolah."
"Hahaha sekolah lah sayang oi.Kalau tak sekolah,macam mana nak pandai?"
Kebetulan kami sedang sama-sama on Twitter.Kelihatan dia mula tweet sepatah ayat.
'Alah besok mak cik sekolah...hmm'
'Malam ni mak cik kena tido awal.Ala nak kacau sape ni?'
Aku tersenyum meleret.Ayatnya bagai ayam berak kapur.Serba serbi dilanda kemurungan.
Pagi yang indah berselubung kenangan manis.Setiap bait katanya mengundang tawa dan senyumanku.Namun apa yang membuatkan langit indahku diselimuti kegelapan dan pancaran kilat berbisa ialah
"Niza Azfarahin,awak dikehendaki memasuki kelas 4 Sains 1."
Gosh..!!!Apa ni?!Ya ALLAH,aku tak nak!Dengan markah matematik yang selama ini selalu gagal,markah sains yang hanya cukup-cukup makan,nak masuk kelas sains tulen?Aku sudah gementar.Biar betik!
"Cikgu....saya tak mahu.Saya nak perdagangan!"
Seriau aku tengok kelas 4 Sains 1.Lebih-lebih lagi,bersebumbung subjek dengan pelajar-pelajar genius seperti Izzah,Mizan,Firzanah,Atikah dan ramai lagi.Masya-ALLAH!Aku menepuk dahi.
"Kelas perdagangan dah penuh.Nak tak nak,awak kena masuk jugak sains.Lagipun keputusan awak bagus."
Kata Cikgu Asmah,selaku guru kaunseling yang ditugaskan menyusun kedudukan pelajar tingkatan empat tahun 2015 mengikut kelayakan aliran.
Aku mengerling sekilas pada Aida dan Fatin.Aida juga ingin memohon kelas perdagangan manakala Fatin terpaksa menuruti kehendak ibunya yang menyuruhnya masuk ke dalam aliran akaun.Ain pula bercadang mahu memohon teras.Lagi dahsyat.Hahahaha.
"Tapi cikgu....."
"Ahh takde tapi-tapi.Kalau awak masih nak sekolah di sini,ikut sahaja arahan saya.Belajar ajelah selagi mampu.Saya yakin awak boleh buat kalau awak usaha.Tapi kalau awak tekad nak perdagangan,saya boleh pindahkan awak ke SMKTIS."
SMKTIS?!!Aku bagai hendak pitam.Ketegasan Cikgu Asmah memang tiada siapa boleh lawan.Aku pasrah.Pasrah dengan takdir ALLAH.Ya,mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.Aku percaya.Hmm...

"LUPAKAN KENANGAN 2015"Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin