BAB 7:

17 1 0
                                    

Manisnya madu pada awal pertemuan.Pahitnya racun pada akhir perkenalan.Ya,lumrah manusia.Bak kata orang-orang urban, 'Easy come,easy go'.Aku kenali Luqman seorang yang caring.
"Sayang,wake up!Jangan tidur dulu.Pergi gosok baju."
Aku mamai.Jam menunjukkan angka pukul dua pagi.Aduhai....benarkah keikhlasannya?Dia sering membangkitkanku untuk mempersiapkan persediaan awal ke sekolah sebelum tidur memandangkan aku sering tertidur di meja belajar setelah kepenatan setengah malam memaksa mata menelaah buku-buku subjek sains tulen.Tapi pandainya tetap tak hadir.Haha sadis bhai!
Aku.Memang sikap aku yang bencikan subjek kira-kira.Masuk ke aliran sains tulen,memang subjek matematik dan semua subjek yang berkaitan dengan unsur kira-kira menjadi musuh utamaku.Tetapi disebabkan dorongan Luqman,aku bangkit semula.Aku tahu dia inginkan yang terbaik buatku.
Namun,aku tewas.Terutamanya subjek Fizik.Aku malas untuk mengambil tahu subjek itu.Aku biarkan subjek itu dilayangi markah peperiksaan yang berangka merah gagal.Malah Cikgu Salmah juga pernah memberitahu bahawa tidak ramai orang perempuan menyukai subjek merepek dan menyusutkan kepala ini.Malah dia juga malas untuk memarahi para pelajarnya yang gagal.Sebab ramai yang gagal.Grrr.
Subjek kimia aku suka juga.Namun pada awalnya sahaja.Lama-kelamaan,bila memasuki fasa persamaan,aku buntu.Arghh malasnya!Penat!Aku membentak buku-buku di atas mejaku.Aku tertekan!
Pada suatu malam,bertemankan cahaya bulan dipagari bintang,aku sengaja mahu menduga Luqman.
"Sayang.....I takut...."
"Takut apa sayang?Ada apa?"
.......
"Sayang,jangan bluetick!I risau ni."
Aku ketawa kecil.Luqman seperti mengalami ketakutan seolah-olah anak kecil yang hilang di tengah kesesakan orang ramai.
"Sayang....I kan..."
"I kan..."
"I kan...."
"Apa sayang?Ikan?Hahaha.Seriouslah sayang.Ada apa?"
Aku ketawa terbahak-bahak.Sempat dia berjenaka dalam palitan kerisauannya terhadapku.
"Sayang!!!Tadi kan sebelah I ada...."
"Meleleh air mata I sayang.Tolong I!"
"Sayang....ada apa?Cakaplah bebetul sayang.Baca ayat kursi.Hanya ALLAH aje yang boleh melindungi hamba-hambanya!"
Ya ALLAH,risaunya dia.
"Sayang,okey tak?Nak I call ke?"
Aku hanya bluetick.
"Sayang......okey tak?Sayang please jangan bluetick.Okey,I call u ok?"
Aku tergelak kecil.Tiba-tiba telefon bimbitku berdering.Aku tersentak.Adumak,sudahlah ringtone handfoneku ini kuat bunyinya.Kedengaran suara emak membebel dari luar kerana mengganggu tidurnya.Nasib baik abah tak bising.Hehe.
Nama Luqman tertera di skrin telefon bimbitku.Aku segera menjawab.
"Sayang,okey tak?"
"Okey je.Takde apalah sayang.Actually I saje nak uji u.Hehe."
"Hah?!Ish....sepak karang!Haha are u serious sayang?"
"Iya sayang.Sumpah!"
"Suara cam nangis je ni?Betul?Eee sepak karang dia.Main-main pulak.Hahahahaha."
Malam itu aku tidur dengan nyenyaknya.Aku gembira dengan usahanya.Sangat gembira.

"LUPAKAN KENANGAN 2015"Where stories live. Discover now