BAB 8:

16 1 0
                                    

Langit bagai jelapang songket nan biru.Sekawan burung berkicau terbang merentasi atmosfera dunia.Pengumuman tentang latihan merentas desa sebentar tadi membuatkan aku bertambah malas untuk menghadirinya.
       Sejak aku dan Luqman sering kali  menelefon setiap malam;berbual kosong berbaur romantis,aku semakin malas.Malah banyak kerja rumahku semakin malas untuk ku siapkan meskipun dia kerap menegur agar aku menyiapkan latihan yang diberi oleh para guru.
         Malam semalam,Luqman bersungguh-sungguh menghubungi setelah khuatir melihatkan keadaanku yang tidak membalas-balas sms nya di WhatsApp.Kreditku kebetulan pada masa itu kehabisan lalu Internetku tidak boleh diaktifkan.Dia menghantarkanku kredit sebanyak RM5.00 dan beberapa hari yang lepas,dia juga telah membantuku dalam menyelesaikan masalah matematik tambahan.Terima kasih sayang,kau pernah juga berjasa padaku.
            Entah mengapa,pagi itu sewaktu aku ingin ke sekolah untuk menghadiri pertandingan merentas desa,aku terasa amat malas dan dingin untuk berchatting bersama Luqman.Dia menghantar sms padaku dengan nada semangat "All the best for your kejohanan ,sayang!"
Aku mencebik.Tidak berminat untuk membalas smsnya.Entah tiada mood.Hahaha.
         Setelah pulang dari sekolah,aku membiarkan sahaja sms itu dibluetickkan.Aku sebenarnya terasa dengan sikapnya yang suka meninggalkanku tatkala kami sedang bergembira berchatting.Pergi melepak hingga dua tiga pagi tanpa menghiraukan kesihatannya.Ya,aku risau.
         Aku membuka laman Twitterku.Aku lihat dia menulis tweet berbunyi kehampaaan dan kedukaan memandangkan aku tidak mengambil peduli tentang halnya.Aku kasihan.Aku lihat dia melepaskan tekanannya melalui riadah rollerblade.Cis!
          Namun,sebelum masuk tidur,aku membuang sikap negatifku.Aku sayang padanya.Sebab itu aku mencarinya semula.Kebetulan tekak aku pada masa itu terasa sangat perit.Tidak dapatlah aku untuk berbual dengannya melalui telefon memandangkan aku terlalu banyak meneguk ais pada siang hari tadi.
"Sayang...."
"Apa?"
"Sorry lah...tadi I busy.Banyak hal.Jangan marah tau."
"Ha takde apalah.I tak marah."
"Yela tu.Alololo macamlah I tak kenal buah hati I ni."
"Ye betul.Takde apa."
Aku mengagak dia sedang membawa hati yang rajuk.Dari cara percakapannya,aku tahu dia sedang memendam amarahnya.
"Sumpah?Alaa sayang,entahlah I rasa awkward pulak nak tegur sayang."
"Kenapa sayang nak rasa awkward?!I kan husband sayang.Sayang tu bini I tau.Bini I.Tak kisahlah sayang nak call ke nak cium I ke nak peluk I ke,I bagi lampu hijau.Sebab I tahu u bini I!"
Aku terlopong.Waduh,marah benar dia padaku.
"U sayang I ke?"
"Taklah tak sayang.Bye!"
Aku memujuknya.Akhirnya,dia berlembut juga.Alah dia merajuk pun sebab ingin mendapat perhatianku.Aku tahu.
Pada pagi depannya,sekolahku telah mengadakan Program Smart Solat untuk para pelajar Tingkatan 1 dan aku serta beberapa orang rakanku dilantik menjadi fasilitator untuk program itu.Kebetulan Luqman pulang ke kampungnya di Segamat daerah Moakil,Johor kerana menghadiri jemputan kenduri kahwin saudaranya.
"Yang.....ouh sayang."
Aku membiarkan sahaja dengan perasaan yang gembira.Aku membiarkan sahaja memandangkan aku perlu segera ke sekolah agar tidak terlewat.

"LUPAKAN KENANGAN 2015"Where stories live. Discover now