BAB 6:

18 1 0
                                    

Hamparan sejadah ku bentang sengaja.Tuhan,aku tidak kuat.Aku terlalu banyak kekurangannya.Melihatkan saingan-sainganku yang hebat belaka,aku menjadi terlalu kerdil.Kerdil di mata mereka.Ya,aku tak kuat!
Genangan air mata melalui pupuk sinar mindaku.Aku tidak berhenti berfikir sejak pulang dari sekolah.Berita itu ku sampaikan kepada keluargaku.Emak kesukaan;Mula membayangkan anaknya menjadi seorang doktor pakar.Kakakku,memperli.
"Kau masuk sains?Boleh ke?Matematik pun terkial-kial."
Ya,aku tahu.Bukan kehendakku inginkan kelas sains.Bukan harapanku untuk bergelar seorang doktor mahupun jurutera ,tetapi hanyalah seorang penulis berbekalkan pengalaman hidup yang bakal mencorak gaya sastera di masa hadapan.
"Nenek,cik dapat masuk kelas sains."
Nenekku terpempan.Tiada bait sepatah terkeluar dari mulutnya.Ya,dia inginkan Tuhan menghadiahkan yang terbaik buatku.Merupakan satu-satunya cucu bongsu yang dapat menaikkan lagi kegemilangan dalam keluarga berdarah jawa ini.
"Hei sayang,I dah balik."
Luqman segera membluetickkan chatku sebaik sahaja aku menghantar sms padanya.
"Haii sekian lama I menunggu buah hati I ni...balik jugak.Hehe."
"Hahaha rindu ya?What's are you doing now,dear?"
"Tengah baca drawing.Kejap lagi nak pergi kedai abah,nak hantar barang kejap."
Ayah Luqman membuka sebuah kedai makan manakala ibunya merupakan seorang akauntan.Adik lelakinya pula berusia empat belas tahun manakala abangnya baru sahaja menamatkan pelajaran dalam bidang kulinari.
"Sayang,i dah dapat kelas."
"Hah?Sayang dapat kelas apa?"
"Sains.Sains 1 sayang.Susah."
"Hahahahahaha.....tahniah sayang!Okey apa.Tapi kalau sayang tak boleh bawak,sayang mohonlah kelas lain."
"Cikgu tak bagi.Hampeh."
"Laa...takpelah sayang.I yakin isteri I ni pandai orangnya.Sayang study je ok?I will support you,dear!Cuma sayang kena study hard sikitlah sebab aliran tu susah."
Isteri?Allahu....siapa yang tidak gembira bila lelaki yang diharapkan bakal menjadi imam dalam hidupnya mengendalikan kemeriahan masjid memanggilnya dengan gelaran suci itu.Memang nyaman!
Aku terfikir juga kadang kala,Luqman ini serius atau tidak.Atau hanya seorang sweet talker?Tapi aku cuba menafikan segala pendapat fikrahku.Melihatkan janji dan kesungguhannya,aku percaya dia lelaki yang baik.Iya ke?

"LUPAKAN KENANGAN 2015"Where stories live. Discover now