" asal mata kau bengkak ni ? " tanya Tulip Adana sambil mengusap pipi gadis itu.
" tak ada apa lah " balas Sara Emilyn.
" kau nangis ke ? kenapa ? bagitahu aku " ujat Tulip Adana.
" sebenarnya aku ... aku ... " balas Sara Emilyn dengan tergagap.
" sebenarnya apa ? " tanya Tulip Adana lagi.
Soalan itu langsung tidak dijawab oleh Sara Emilyn namun dia terus memeluk Tulip Adana yang berada dihapannya lalu menghamburkan tangisnya buat kedua kalinya untuk hari ini. Tulip Adana hanya membalas pelukan itu sambil mengusap - usap belakang kawannya itu.
" nangisla sampai kau puas , aku ada je dekat sini teman kau ! " ujar Tulip Adana dengan nada sayu.
Semakin kuat tangisan Sara Emilyn apabila mendengarkan kata - kata daripada kawannya itu.
Setelah hampir 20 minit Sara Emilyn mennagis kini dia menyeka air matanya dengan menggunakan telapak tangannya. Terus sahaja pandangan yang kosong diberikan kepada Tulip Adana yang berada di hadapnnya.
" aku kena reject dengan syarikat tu " ujar Sara Emilyn dengan perlahan.
" apa dia ? kenapa pulak bukan ke kriteria yang diaorang mintak memang sesuai dengan kau ? " tanya Tulip Adana hairan.
" memang la tapi diaorang tak nak aku sebab aku dari syarikat Sinar tu " balas Sara Emilyn.
" lah mengarut je lah " ujar Tulip Adana.
" betul la " balasnya lagi.
" dia tak tahu ke bila diaorang reject kau sebenarnya diaorang dah rugi besar ? kau bagus kot ! " ujar Tulip Adana yang berbunyi pujian itu.
" takpe , buat masa ni kau tolong aku buat kertas kerja lepastu ikut aku jumpa client, jangan risau kau akan dibayar " pinta Tulip Adana kepada Sara Emilyn. Sebenarnya dia hanya mahu mengusir rasa sedih yang masih bersarang di hati kawannya itu.
" betu ke ni ? " tanya Sara Emilyn teruja.
" betul la , jom la makan aku dah lapar " ajak Tulip Adana seraya melangkah keluar dari bilik itu.
Sara Emilyn hanya mengikuti sahaja langkah kawannya itu ke arah meja makan.
Selesai sahaja makan Tulip Adana meminta diri untuk masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan diri. Selepas itu , dia akan meneruskan rutinnya yang sememangnya tidak boleh dipisahkan iaitu tidur.
Bunyi deringan yang datang dari arah telefon bimbitnya itu telah menganggu lenanya. Laju sahaja tangannya menggapai telefon kepunyaannya lalu menekan punat hijau di skrin itu.
" helo adik ! " ucap Thaqif Anaqi.
" ye long mahu apa ? " tanya Tulip Adana dengan suara seraknya.
" alamak , terkacau koala tengah tidur la pulak " balas Thaqif Anaqi sambil tergelak kecil.
" diam lah " ujar Tulip Adana.
" saja nak tanya meeting tadi okay ke ? " tanya Thaqif Anaqi.
" okay je ! " balas Tulip Adana.
" pameran nanti jadi la eh ? " tanya Thaqif Anaqi lagi.
" jadi tapi lagi dua bulan la " balas Tulip Adana.
" ermm .. along ! " panggil Tulip Adana.
" kenapa ? " tanya alongnya pula.
" esok ak jumpa boleh dekat kafe ada hal sikit nak bincang ! " ujar Tulip Adana.
" boleh sangat ! jumpa esok tau jangan lambat" balas Thaqif Anaqi seraya mematikan talian mereka.
**************************************
Sampai sahaj di kafe itu mata milik Tulip Adana terus menangkap sosok tubuh alongnya yang sedang duduk di salah sebuah kerusi di meja makan itu. Terus dia menghampiri meja itu seraya mengambil tempat berhadapan dengan alongnya. Hal yang ingin dibincangkan olehnya terbantut apabila dia lebih tertarik dengan makanan yang terhidang di atas meja itu.
" makan dulu la eh ? " ujar Tulip Adana sambil menayang muka kasihan.
" dipersilakan ! " balas Thaqif Anaqi.
Hampir 20 minit Tulip Adana dan Thaqif Anaqi hanya mendiamkan diri dan melayan nafsu makan mereka sahaja. Terus lelaki itu bersuara.
" cerita je la dik " ujar Thaqif Anaqi.
" ok macam ni , Sara kena reject dengan syarikat yang dia pergi interview semalam " beritahu Tulip Adana.
" lepastu dia menangis teruk sampai bengkak mata dia ! adik kesian la tengok dia " tambah Tulip Adana lagi.
" kesiannya ! tapi kenapa kena reject ? " tanya Thaqif Anaqi hairan. Setahunya Sara Emilyn bukan mempunyai kelulusan yang biasa - biasa sahaja.
" sebab dia pernah kerja dengan syarikat Sinar tu " balas Tulip Adana.
" jadi adik cerita dekat along sebab apa ? " tanya Thaqif hairan.
" along , tolonglah dia cari kerja " balas Tulip Adana sambil mengunyah sisa makanan dalam mulutnya itu.
" nak tolong macam mana , kawan - kawan along pun kerja akauntan dengan bisnes je . Kalau syarikat penulisan dan penerbitan memang tak ada lah " beritahu Thaqif Anaqi kepada adiknya.
" cantik sangat , cuba along tanya ada kerja kosong tak ? " pinta Tulip Adana.
" eh mana boleh la , pandai ke Sara tu nak kira - kira pulak " tolak Thaqif Anaqi.
" news reporter memang la cita - cita dia tapi dia ada kelulusan bahagian calculus tau sebab aunty Emma yang paksa dulu " balas Tulip Adana.
" ye ke ? " tanya Thaqif Anaqi yang tidak mempercayai adiknya itu.
" betul la , nanti adik suruh dia tunjuk sijil - sijil dia " ujar Tulip Adana.
" ok , nanti along cuba tanyakan " balas Thaqif Anaqi.
" ni yang sayang sangat dekat along ni ! " ucap Tulip Adana sambil tersenyum manis ke arah alongnya.
" ceh sayang along ke sayang Eussof sebenarnya ni ? " usik Thaqif Anaqi kepada adiknya.
" eh apesal pulak nak sayang dia ? " tanya Tulip Adana.
" yelah sebab dah tolong balutkan luka dekat jari haritu " usik Thaqif lagi.
" gulp ... macam mana along tahu pasal ni ? " getus hatinya.
" takpayah nak malu sangat , Eussof cuti harini " beritahu Thaqif Anaqi.
YOU ARE READING
Hello, MY ALIEN !
FantasyKisah seorang gadis yang bekerja sebagai seorang pelukis dan suka akan keindahan alam dan sering mencari tempat - tempat yang menarik untuk berkhemah. Namun disebabkan sekeping gambar yang aneh telah mendorongnya untuk menjejakkan kakinya semula di...
C H A P T E R 2 8 !
Start from the beginning
