C H A P T E R 2 0 !

4 0 0
                                        

Sara Emilyn yang mengintai langit di luar melalui tingkap biliknya. Dia mendapati cuaca di luar agak redup jadi mereka tidak perlu berpanas - panasan untuk ke warung pak aji sebentar lagi.

" gerak sekarang jom " ajak Sara Emilyn kepada Tulip Adana.

Gadis itu hanya mengangguk serta mengikuti langkah kawannya itu sehingga ke tangga rumah. Eussof yang sudah tercegat di bawah rumah itu terus sahaja menyarungkan seliparnya. Mereka bertiga berjalan beriringan menuju ke arah warung pak aji di hujung simpang itu. Macam biasa Eussof akan memakai topi apabila keluar daripada rumah.

Setelah 10 minit mereka berjalan akhirnya mereka sampai juga di warung pak aji itu. Terus sahaj mereka mengambil tempat duduk di bawah pokok buluh hiasan yang terdapat di kawasan hujung warung itu.

Pak Aji yang melihat kedatangan pelanggan baharu terus sahaja mengatur langkah ke arah mereka untuk mengambil pesanan. Baru sahaja menu diletakkan di atas meja terus sahaja pak aji menegur mereka berdua.

" eh , kamu Lyn dengan Adana kan ? bila mai ? " tanya pak aji dengan teruja.

" dua hari lepas kami sampai pak aji " ujar Tulip Adana dengan sopan.

" mak ajiiii ... sini tengok siapa mai ni " panggil pak aji kepada isterinya.

" sat la , siapa pulak mai ? " tanya mak aji kepada suaminya.

" ehh Lyn , Adana .... rindunya kat hampa berdua ni " ujar mak aji lalu memeluk mereka berdua secara bergilir-gilir.

" eh ni siapa ? " tanya pak aji pula.

" saya Eussof kawan Tulip dengan Sara " jawab Eussof.

" ohhh , awat pakai topi tak panaih ka ? " tanya pak aji lagi. 

" dah biasa " jawab Eussof dengan lembut.

" biarlah bang ,hampa semua nak pesan apa ? " tanya mak aji

" macam biasa la cendoii pulut , cendoi durian dengan bihun sup tiga lagi satu cendoi harum manis " ujar Sara Emilyn.

" siap , mak aji siapkan dulu sat lagi mai balik nah ! " ujar mak aji lalu beredar ke dapur.

" pak aji pergi amik pesanan denkat meja lain dulu nah ! " pamit pak aji.

Suasana di sini masih lagi meriah seperti mereka kecil - kecil dahulu. Cuma kanak-kanak semakin berkurang atau mungkin hanya bergantung pada gajet sahaja. Tidak lama kemudian warung pak aji itu dikunungi oleh remaja perempuan dalam lingkungan belasan tahun lalu mengambil meja bersebelah dengan mereka bertiga. 

20 minit kemudian mak aji datang untuk menghantar makanan yang dipesan oleh mereka di meja makan. Tanpa membuang masa mereka terus sahaja mengambil mangkuk yang berisi bihun sup itu sorang satu beserta cendol yang dipesan. 

Eussof yang terasa kepalanya sedikit membahang terus sahaj membuka topinya lalu diletakkan di atas meja. Sara Emilyn dan Tulip Adana hanya membiarkan sahaja lagipun kalau sudah rezeki di hadapan mata tidak mungkin mereka akan menolak untuk melihat wajah kacak Eussof itu. 

Tiba-tiba mata salah seorang daripada sekumpulan remaja itu tertancap ke arah Eussof. Terus sahaj dia mencuit lengan kawannya lalu menghalakan jari telunjuknya ke arah Eussof sambil berbisik-bisik. 

" abang ! " panggil salah seorang daripada gadis itu.

Eussof hanya mendiamkan dirinya sahaja. Sejujurnya dia tidak selesa apabila diperhatikan oleh sekumpulan gadis itu.

" amboii sombongg , mentang - mentang helok " ujar gadis itu lagi.

" abang masih solo lagi ka " tanya gadis itu.

" tak layan tu , juai mahai " kata kawan kepada gadis itu. 

Sara Emilyn yang menyampah dengan dengan sikap gadis itu terus sahaja menegur ke arah mereka.

" awat gatai sangat ? " tanya Sara Emilyn.

" sekolah pun tak habih lagi dah nak menggatai " tambah Sara Emilyn lagi. 

Gadis-gadis itu hanya terdiam lalu beredar daripada situ apabila ditegur oleh Sara Emilyn dengan lantang. Malu barangkali. 

Tulip Adana dengan Eussof hanya menyambung suapan mereka sahaja. Selesai sahaja mereka makan terus  sahaja mereka beredar daripada warung pak aji itu. 

Sampai sahaja di kawasan rumah terus sahaja kaki diatur ke rah pondok kayu di luar rumah itu. Mereka duduk sambil makan aiskrim yang dibeli semasa dalam perjalanan pulang ke rumah tadi. Sedang mereka rancak berbual sambil ketawa terbahak - bahak lalu disapa oleh mak som yang hanya memerhati sahaja mereka dari tadi.

" amboi sakan ketawa " tegur mak som

" ketawa la dah kelakar " jawab Tulip Adana senada.

" eh hat laki ni siapa ? pakwe hang ka Adana ? " tanya mak som sambil menunjuk ke arah Eussof.

" sikit , sikit pakwe itu je la ayat mak cik ni ! " gumam Tulip Adana. 

" kau ni Tulip " ujar Sara Emilyn sambil mecuit lengan kawannya itu.

" saya Eussof kawan Tulip dengan Lyn " jawab Eussof.

" ohh Eussof segak sungguh hang noh " puji mak som kepada Eussof.

" biasa je " jawab Eussof dengan rendah diri.

" dah ada makwe ke ? kalau belum maksom boleh kenalkan dengan anak saudara mak som " tanya mak som dengan tak malu.

" belum " jawab Eussof sambil menggeleng.

" elok sangat la tu " ujar mak som lagi.

" tak payah lah mak som , dia bukan suka pun anak saudara mak som tu " ujar Tulip Adana. 

" eh mana hang tahu ? " soal mak som sambil menjeling.

" dah kalau keturunan mak som mana ada yang semenggah pun kan " jawab Tulip Adana slumber.

" hang jaga sikit mulut tu noh aku boh penampaq sat lagi apa tak dapat kot ! " marah mak som. 

" meh sini " jawab Tulip Adana sambil menunjuk ke arah pipinya.

" dah lah mak som pergi balik je lah " ujar Sara Emilyn.

" kalau perangai hang macam ni memang patut pun takde jantan nak kat hang la " marah mak som lagi.

" pigilah ingat aku kisah ke apa ? " jerit Tulip Adana.

Terus Sara Emilyn menarik lengan Tulip Adana dan mengajak Eussof untuk masuk ke dalam rumah. 

" aku memang geram tau dengan mak som tu " ujar tulip Adana lagi.

" ye tahu tapi agak la bergaduh sampai macam tu " balas Sara Emilyn. 

" kamu tu jangan asyik bergaduh je dengan mak som tu Adana sat lagi jadi menantu dia kot " ujar aunty Emma.

" menantu apa pulak ibu , dia mana ada anak lelaki " ujar Sara Emilyn hairan.

" siapa cakap takde , anak lelaki dia bru je balik dari luar negara tau " terang aunty Emma lagi.

" eh tak pernah tahu pun dia ada anak lelaki " ujar Tulip Adana.

" anak angkat la , tapi memang rapat dengan mak som tu pun " terang aunty Emma lagi.

" dah pergi masuk mandi dah bau kambing dah semua ni " ujar aunty Emma sambil menutup hidungnya.

Mereka bertiga hanya akur sahaja dengan arahan lalu mengatur langkah ke dalam bilik.


Hello, MY ALIEN !Where stories live. Discover now