C H A P T E R 2 !

11 0 0
                                        

Kringg .... kringg .... bunyi alarm dari jam loceng kecil di atas meja sebelah katil milik Tulip Adana. Laju sahaja tangannya menekan punat off pada jam itu. Membulat matanya apabila jam menunjukkan pukul 11:00 am. Dia pasti akan diceramah oleh alongnya kalau dia terlewat sampai di cafe milik alongnya itu. Sudahlah dia berjanji untuk berjumpa dengan abangnya pada pukul 12:00 tengah hari. Kakinya terus diatur ke bilik air untuk membersihkan diri serta menunaikan solat subuh yang sudah terlepas pagi tadi. 

Baru sahaja kakinya melangkah ke dalam kafe milik alongnya itu terus sahaja mata alongnya menikam sepasan matanya yang bulat itu. Seram sejuk Tulip Adana kerana dia sudah lewat 30 minit dariapada waktu yang dijanjikan. 

" asal lambat ? " tanya Thaqif Anaqi kepada adiknya itu.

" terlajak perahu la along , bukan sengaja pun " jawab Tulip Adana slumber kepada alongnya.

" banyaklah terlajak ! " ujar Thaqif Anaqi

" betul la " jawab Tulip Adana sambil matanya melilau ke arah dapur kafe itu.

" mata tu asal ? " tanya Thaqif Anaqi kepada adiknya yang tak makan saman itu.

" memang takde makan-makan eh ? minum-minum ke ? memang jenis borak sambil puasa ke macam mana ? " soal Tulip Adana tanpa riak.

" elok sangat, kau dah sidai along 30 minit lepastu mintak makan pulak, banyak jelita muka kau " geram sahaja Thaqif Anaqi dengan adiknya ini.

Tidak semena-mena pekerja di kafe Thaqif Anaqi menghidangkan makanan yang dipesan oleh boss nya itu kerana Thaqif Anaqi tahu sungguh dengan perangai adiknya itu, janji pukul 12:00 tapi 30 minit kemudia baru dia akan sampai lepastu bagi banyak alasan.

Terus berubah wajah Tulip Adana dari muram menjadi ceria apabila makanan telah dihidangkan di hadannya dan alongnya. Banyak lauk kegemaran Tulip Adana yang dihidangkan. Macam tahu-tahu sahaja yang dia sudah lama teringinkannya.

" boleh makan dah ? " tanya Tulip Adana kepada abangnya.

Thaqif Anaqi hanya memandang wajah adiknya sambil mengangguk perlahan. Nasiblah dapat adik macam kau ni tak makan saman punya budak.

Setelah 20 minit mereka menjamu selera. Tiba-tiba suara Thaqif Anaqi memecahkan sunyi. 

" dah lama adik tak datang kafe along ni, pergi mana ? " soalan itu yang terpacul daripada mulutnya kerana adiknya langsung tidak bertanyakan khabar sejak kebelakangan ni.

" sibuk sikit la along, adik pergi cari port untuk melukis. Biasalah along dalam hutan mana ada line, tu yang tak boleh inform along tu " jawab Tulip Adana dengan panjang lebar. 

" ni pun adik baru je balik dari hutan simpan dekat melaka tu " jawab Tulip Adana lagi

" eh hutan simpan ? " tanya Thaqif Anaqi.

" ye la, seronok weii dekat situ sunyi je tau, takde orang ganggu " jawab Tulip Adana dengan penuh gembira.

" tapi along ada dengar pasal satu hutan simpan ni tapi tak tahulah dekat mana sebab diaorang rahsiakan lokasi " bagitahu Thaqif Anaqi dengan penuh serius.

" dah kenapa pulak nak rahsia-rahsia ni, ada emas ke ? " meluat betul dengan manusia yang nak berahsia sangat ni. Kalau tahu sudah ada bahaya beritahu sajalah kenapa harus disimpan lagi tidak ke tindakan itu akan mengancam kehidupan orang lain. 

" tak tahulah, tapi along harap adik buat kajian dulu sebelum pergi mana-mana hutan " terang Thaqif Anaqi lagi.

Tiba-tiba suara Tulip Adana pula yang memecahkan kesunyian. " kafe along apesal sunyi semacam je ni ? bukan waktu lunch hour ke ? " tanya Tulip Adana hairan. Alongnya punya masakan sudah lah sedap ditambah pula dengan rupa paras abangnya yang tampan yang mampu menarik ramai golongan perempuan untuk datang bertandang di kafe ini tapi lain pulak sekarang. 

Hello, MY ALIEN !Where stories live. Discover now