C H A P T E R 1 8 !

5 0 0
                                        

Malam sudah bertamu maka aunty Emma mula bertanyakan kepada anaknya Sara Emilyn itu. Dia sudah tahu bahawa anaknya telah diberhentikan kerjanya kerana tidak dapat menulis satu artikel berkaitan hutan simpan. Thaqif Anaqi yang menelefonnya dua minggu yang lepas lalu memberitahu tentang perkara itu kepadanya. Oleh itu , aunty Emma membuat keputusan untuk meminta anaknya itu pulang ke kampung terlebih dahulu.

" kenapa ibu pandang Lyn macam tu ? " tanya Sara Emilyn kepada ibunya.

" kamu ada apa - apa nak cerita pada ibu ? " tanya ibunya pula.

" tak ada " jawab Sara Emilyn sambil menjongketkan kedua belah bahunya.

" pasal kerja ke ? " sengaja ibunya menuturkan perkataan itu.

" kerja ? ok je ibu ! " jawab Sara Emilyn cuba menafikan.

" ibu dah tahu la Lyn " ujar ibunya senada.

" Anaqi ? " tanya Sara Emilyn.

" tak tahu la bos Lyn tu ibu , benda kecil je pun sampai nak berhentikan Lyn. " terang Sara Emilyn lagi. 

" tak apa la , bukan rezeki Lyn lagi dekat sana " jawab ibunya 

" lagipun Lyn ada interview dekat satu syarikat haritu tapi tak tahu la dapat ke tidak " ujar Sara Emilyn lagi.

" habistu dekat sana buat apa je sementara menganggur ni ? " tanya ibunya lagi.

" tolong Adana , teman pergi pameran lepastu dia bayar la Lyn " jawab Sara Emilyn. 

" tak apa lah , ibu doakan semoga Lyn dapat kerja yang bagus dengan cepat " ujar ibunya lagi.

" terima kasih ibu " ucap Sara Emilyn lalu memeluk ibunya sambil menangis. Ibunya hanya membalas pelukkan anaknya itu sambil mengusap belakang badan anaknya. 

Sara Emilyn berasa lega apabila satu beban yang ditanggung olehnya telah pun terlepas selepas meluahkan kepada ibunya itu. Perbuatan dua beranak itu telah diperhatikan oleh Eussof dari arah dapur. Terukir senyumannya apabila melihat mereka berdua berpelukkan. 

***********************

Tulip Adana yang terjaga pada pukul 5:30 pagi itu terus sahaja membawa sebuah buku miliknya ke ruang tamu. Nasib baik dia terjaga awal tidak mungkin dia akan terlepas solat subuh seperti semalam. Sedang ralit dia membaca buku sambil membulatkan kosa kata yang tidak difahaminya. Tiba - tiba sahaja suara Eussof menegurnya di ruang tamu itu. Tulip Adana hanya memandang sahaja ke arah Eussof.

" awal awak bangun Tulip " tegur Eussof seraya melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan dengan Tulip Adana.

" saya terjaga lepastu tak boleh tidur " jawab Tulip dengan suara malas.

" ohh " ujar Eussof sambil mengangguk.

Azan subuh berkumandang maka mereka berdua mendiamkan diri sahaja. Selesai sahaja azan terus Tulip Adana meminta kepada Eussof untuk masuk ke bilik bagi menunaikan solat subuh. Eussof yang hairan terus bertanya kepada Tulip.

" kenapa nak masuk bilik ? " tanya Eussof hairan.

" sebab saya nak solat subuh , awak tak nak solat sekali ke ? " jawab Tulip Adana seraya menanyakan kepada Eussof.

" solat , takpelah " jawab Eussof sambil tersenyum sumbing. Eussof langsung tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Tulip Adana itu. Dani juga sering mengatakan yang dia ingin solat dan dia juga pernah melihat Thaqif Anaqi memakai baju melayu berseta songkok lalu mengatakan yang dia ingin ke masjid untuk solat jumaat. 

Tulip Adana hanya mengatur langkahnya sahaja ke bilik lalu menunaikan solat subuh. Selesai solat subuh terus dia mengejutkan Sara Emilyn untuk menunaikan solat subuh. 

Hello, MY ALIEN !Where stories live. Discover now