Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir mereka di kampung jadi Sara Emilyn membuat keputusan untuk mengajak Tulip Adana dan Eussof ke sungai. Sudah lama dia tidak rasa kedinginan air sungai di kampungnya itu. Alang-alang dah sampai maka mereka harus mandi juga di sungai itu.
" petang ni pergi sungai jom " ajak Sara Emilyn kepada Tulip Adana.
" ehh boleh jugak , dah lama aku tak pergi situ " jawab Tulip Adana dengan setuju.
" sungai ? " tanya Eussof pula.
" haah , nanti petang ikut kitaorang tau " ujar Tulip Adana.
" bawak baju mandi sekali tau " pesan Sara Emilyn.
Emma baru sahaja selesai masak masakan untuk tengah hari itu terus melaungkan nama mereka bertiga untuk turun makan bersama - sama. Kaki mereka diatur ke arah dapur.
Selesai sahaja makan Tulip Adana masuk ke dalam bilik untuk merehatkan dirinya. Lebih tepat lagi melelapkan mata. Sara Emilyn hanya menggelengkan kepalanya sahaja melihat gelagat kawannya itu. Lagaknya seperti mengemas seluruh kawasan rumah dan diarahkan untuk memasak sahaja. Sedangkan dia hanya bangun , makan , tidur sahaja.
" kemain penat nampak " perli Sara Emilyn.
" 10 minit je lepastu kejut aku eh " balas Tulip Adana lalu melelapkan matanya.
" kau punya 10 minit , petang nanti baru bangun kan " ujar Sara Emilyn dengan nada menyampah.
" aduhh nanti nag gerak kejut aku tau " balas Tulip Adana lagi.
" suka hati la " gumam Sara Emilyn seraya berlalu ke ruang tamu.
Mata Sara Emilyn tertancap pada sosok tubuh Eussof yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Terus sahaja Sara melabuhkan punggunnya bersebelahan dengan Eussof yang sedang tekun itu. Eussof langsung tidak memandang ke arahnya. Seolah - olah Sara tidak wujud di sebelahnya itu.
" amboi , fokus nampak " tanya Sara Emilyn.
" eh Sara , maaf tak perasan " jawab Eussof sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
" eleh , kalau Tulip laju pulak eh " usik Sara Emilyn.
" eh man , mana ada la " balas Eussof sambil tersenyum kambing.
" dari semalam asyik tengok cerita sama je , tak bosan ke ? " tanya Sara Emilyn hairan. Cerita yang ditonton oleh Eussof pada hari ini sudah ditonton semalam.
" tak , sebab kapal yang dia naik sama macam kapal saya " beritahu Eussof.
" kapal ? awak ada kapal ke ? " tanya Sara Emilyn dengan nada terkejut. Sungguh dia tidak sangka bahawa Eussof ini memang orang kaya seperti yang dia fikirkan.
" ada ! kapal tu yang bawa saya datang sini " terang Eussof lagi sambil matanya masih melekap pada kaca televisyen.
" kapal terbang ke maksud awak ? " tanya Sara Emilyn lagi.
" haah , tu sama macam alien tu naik " beritahu Eussof sambil menunjuk ke arah televisyen di mana scene alien sedang menaiki kapal angkasa mereka atau lebih dikenali sebagai UFO.
Terkejut Sara apabila melihat apa yang ditunjukkan oleh Eussof itu, langsung dia tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh Eussof sebentar tadi. Tidak mungkin Eussof memang makhluk asing seperti dia maksudkan kepada Tulip Adana tempoh hari. Niatnya hanya untuk bergurau sahaja dengan kawannya itu.
" er .. takpelah Eussof kita siap-siap la nak pergi sungai " arah Sara Emilyn kepada Eussof.
" ok , saya masuk bilik sekejap " jawab Eussof seraya berlalu ke biliknya.
YOU ARE READING
Hello, MY ALIEN !
FantasyKisah seorang gadis yang bekerja sebagai seorang pelukis dan suka akan keindahan alam dan sering mencari tempat - tempat yang menarik untuk berkhemah. Namun disebabkan sekeping gambar yang aneh telah mendorongnya untuk menjejakkan kakinya semula di...
