C H A P T E R 1 4 !

5 0 0
                                        

Baru sahaja kaki Tulip Adana melangkah keluar terus matanya disapa dengan makanan yang terhidang di atas meja makan. Rajin pula kawannya itu memasak. Mungkin asbab menganggur maka terkeluar semula lah sifat rajin memasaknya itu. 

" tercegat apa lagi , makan la " ujar Sara Emilyn yang dari tadi perasan Tulip hanya memandang gerak-gerinya sahaja.

" rajin cik akak masak harini ! " tanya Tulip Adana dengan nada memerli.

" maaflah ni along kau yang hantar tadi " kata Sara Emilyn.

" cehh , ingat kau yang masak " balas Tulip Adana sedikit sebal.

Mereka berdua makan sahaja makanan yang terhidang di atas meja makan itu. Lauk - pauk yang diberikan oleh Thaqif Anaqi itu sungguh menyelerakan. Untung jika siapa menjadi isteri alongnya itu.

Tiba-tiba sahaja telefon bimbit milik Sara Emilyn berbunyi yang mennadakan ada orang membuat panggilan kepadanya. Laju sahaja punat hijau dskrin itu digeser. 

" siapa telefon ? " tanya Tulip Adana dengan perasaan ingin tahu.

" ibu aku la " jawab Sara Emilyn.

" aunty Emma ? kenapa ? " tanya Tulip Adana lagi.

" ibu aku suruh balik kampung hujung minggu ni , aku rasa dia tahu la yang aku tengah menganggur sekarang " terang Sara Emilyn.

" bagus la tu , aku nak ikut kau balik sekali boleh tak ? rindu pulak aunty Emma " tanya Tulip Adana lalu meminta izin untuk ikut Sra pulang ke kampungnya. 

" bagus sangat la tu , ibu aku pun memang suruh ajak kau balik sekali " jawab Sara Emilyn.

" yeah , ni yang aku nak dengar " jawab Tulip Adana sambil tergelak kecil.

Sara Emilyn hanya menggeleng sahaja melihat telatah Tuip Adana itu. Dia langsung tidak ada rasa cemburu dengan kawannya itu kerana dia sudah menganggap Tulip Adana seperti adiknya sendiri. Lagipun memang ibunya telah berjanji untuk menjaga mereka berdua selepas kematian kedua orang tua mereka. 

****************************

" ha elok sangat la tu adik ! " ujar Thaqif Anaqi apabila mendengar yang adiknya ingin pulang ke kampung berjumpa dengan aunty Emma.

" apa yang elok pulak ni ? " tanya Tulip Adana hairan. 

" boleh la bawak Eussof sekali nanti " balas Thaqif Anaqi.

" dah kenapa pulak semua tempat adik pergi nak kena bawak dia ? " tanya Tulip Adana dengan nada sedikit meninggi.

" alaaa , dia kan tak pernah tengok kampung jadi adik bawak la dia balik sana " terang Thaqif Anaqi lagi.

" tak nak lah , sibuk je ! " getus Tulip Adana. 

" haah kan betul jugak tu " celah Sara Emilyn yang dari tadi hanya menjadi pemerhati sahaja.

" apa ? kau setuju dengan mamat ni jugak ke ? " tanya Tulip Adana kepada Sara Emilyn sambil menunjuk ke arah alongnya.

" ye la , ibu aku mesti suka punya , lagipun ayah aku bukannya ada kawan pun dekat sana " terang Sara Emilyn.

" eh aku yang selalu ikut ayah kau masuk kebun buah tu tau dulu " marah Tulip Adana. Sebenarnya dia cemburu jika aunty Emma akan sayang Eussof lebih daripadanya.

" ehh kau kenapa ni ? dengan Eussof pun cemburu ke ? " tanya Sara Emilyn sambil ketawa.

" tah , eussof tu ayam pun tak tahu lagi nak cemburu ! " tambah Thaqif Anaqi sambil ketawa.

" diam lah ! " ujar Tulip Adana geram.

**************************

Thaqif Anaqi yang dari tadi perasan Eussofhanya menonton televisyen sahaja terus sahaja dia menghampirinya. Punggung dilabuhkan di sofa bersebelahan dengan Eussof.

Hello, MY ALIEN !Where stories live. Discover now