C H A P T E R 1 1 !

9 1 0
                                        

Tulip Adana yang sedang bersiap-siap untuk ke rumah alongnya pada pagi itu terkejut apabila pintu biliknya dirempuh oleh Sara Emilyn secara tiba-tiba.

Sara terus menanyakan soalan kepada Tulip " mana ? mana lelaki tu ? "tanya Sara Emilyn sambil mencari-cari di dalam kawasan bilik Tulip dan bilik mandinya.

Tulip Adana hanya memerhatikan saja tingkah Sara Emilyn itu. 

Semalam Tulip Adana ada sampai ke rumah sudah lewat malam jadi dia tidak sempat untuk menceritakan tentang apa yang berlaku. Pagi ini Sara Emilyn seolah-olah tahu apa yang berlaku dan berkemungkinan telah diberitahu oleh Thaqif Anaqi. 

" along lupa bagitahu kau ke yang lelaki tu ada dekat sana dengan dia ? "tanya Tulip Adana kepada Sara Emilyn.

Laju sahaja Sara Emilyn menggelengkan kepalanya. Setahunya Thaqif Anaqi hanya memberitahu bahawa Tulip Adana telah membawa seorang lelaki pulang bersama dengannya semalam. 

" jangan banyak bunyi kau siap je lepastu ikut aku " arah Tulip Adana kepada Sara Emilyn.

Sara Emilyn hanya akur sahaja dengan arahan yang diberikan oleh rakannya itu. 

skip !

Thaqif Anaqi yang sedang menghidangkan makanan di atas meja makan terhenti seketika apabila terdengar loceng rumahnya berbunyi seperti ada seseorang yang datang. Tidak lain dan tidak bukan sudah tentu adinya itu.

Sebaik sahaja Thaqif Anaqi membuka pintu rumahnya itu terpacul dua wajah iaitu Tulip Adana dan Sara Emilyn. Tanpa membuang masa terus Thaqif mempelawa mereka masuk ke dalam rumahnya.

" mana dia along ? "tanya Tulip Adana sambil meliarkan matanya ke sekitar rumah.

" dekat dalam bilik " jawab Thaqif Anaqi sambil membawa jug minuman.

Tulip Adana hanya menayangkan riak bersahaja dan mengambil tempat duduk di meja makan itu. Sara Emilyn turut melakukan perkara yang sama.

Pap .... bunyi pintu terbuka lalu semua mata yang ada di meja itu terus beralih pandangan ke arah pintu bilik yang terbuka itu. Mereka mendapati figura lelaki itu sedang keluar dariapada bilik itu sambil memakai baju tidur milik Thaqif Anaqi. Baju tersebut kelihatan menggelebeh kerana tubuh Thaqif Anaqi yang lebih besar daripada tubuh lelaki itu.

" ha Eussof sini la makan sekali "ajak Thaqif Anaqi kepada lelaki itu.

Laju sahaja kaki Eussof diatur ke arah meja makan dan mendapatkan tempat berhadapan dengan Tulip Adana.

" Eussof ? " tanya Tulip Adana kpada alongnya.

" haah , sebab muka dia handsome jadi along bagi la nama tu " jawab Thaqif Anaqi.

" lagipun dia suka je masa along panggil dia dengan nama tu " terang Thaqif Anaqi lagi.

Tulip hanya mendiamkan diri sahaja seolah tidak hairan langsung dengan apa yang diperkatakan oleh alongnya itu.

Mereka semua menjamah makanan yang terhidang di meja itu. Thaqif Anaqi menyediakan ayam masak sambal kicap dan gulai lala.

Tiba-tiba sahaja Eussof mengalirkan air mata dan mengibas - ngibas tangan di hadapan mulutnya seperti isyarat pedas. Terus sahaja Thaqif Anaqi menhghulurkan segelas air oren kepada Eussof. Gelas itu disambut oleh Eussof dan diteguk dengan rakus.

" tak makan pedas ke ? " tanya Sara Emilyn.

Laju sahaja Eussof menggelengkan kepalanya.

" eh dia faham la apa aku cakap "ujar Sara Emilyn dengan teruja.

" huh , semua orang tanya dia geleng je kerjanya , faham apanya ! " ujar Tulip Adana sambil mengambil lauk di hadapannya.

" adik ni mulut jaga sikit, kalau dia terasa macam mana ? " ujar Thaqif Anaqi kepada Tulip Adana.

Hello, MY ALIEN !Where stories live. Discover now