C H A P T E R 1 5 !

5 0 0
                                        

Tepat sahaja jam 9:00 pagi kereta milik Tulip Adana sudah berhenti di bahagian lobi rumah alongnya itu. Brek tangan ditarik bagi menunggu kedatangan Eussof. Tulip Adana hanya melayan sosial media di dalam telefon bimbitnya sementara menunggu Eussof. 

Eussof yang berjalan ke arah kereta milik Tulip Adana dengan membawa bag baju miliknya. Sara Emilyn yang perasan dengan kehadiran Eussof itu terus sahaja mencuit lengan kawannya itu.

" oii tengok tu , hensem sungguh la mat usop ni " ujar Sara Emilyn sambil tersengih.

" mana ? " tanya Tulip Adana lalu memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Sara Emilyn. Tidak dapat dinafikan apa yang dikatakan oleh Sara Emilyn itu benar. Kacak dan bergaya memang itu yang dia nampak kepada lelaki yang bernama Eussof itu. 

" tak la biasa je " jawab Tulip Adana yang cuba menafikan.

" eleh jual mahal , eh dia datang " ujar Sara Emilyn.

Pintu belakang dibuka oleh Eussof lalu dimasukinya ke bahagian penumpang belakang. Terus sahaja dia menyapa Sara dan Tulip.

" hai Tulip , Sara " sapa Eussof dengan ramah.

" hai Eussof , dah makan ke ? " tanya Sara Emilyn.

" em belum lagi tapi saya tak lapar lagi " jawab Eussof.

" ok lah macam tu kita gerak sekarang je la " ujar Sara Emilyn.

Tulip Adana hanya menekan pedal minyak lalu bergerak ke arah jalan yang ingin ditujui oleh mereka. Sepanjang jalan mereka hanya ditemani oleh lagu-lagu yang dimainkan oleh dj radio di corong radio sahaja. Eussof yang hanya bangun tidur bangun tidur sahaja dari tadi.

" jauh lagi ke ? " tanya Eussof.

" lagi dua jam sampai la " jawab Sara Emilyn.

" dua jam tu lama ke ? " tanya Eussof lagi.

" lama la jugak , kenapa ? " tanya Sara Emilyn lagi.

" tak ada apa lah , tanya je ! " jawab Eussof lalu memandang ke arah luar untuk melihat pemandangan.

Tulip Adana yang sedari perutnya sudah mula begendang dan meminta untuk didisi itu terus sahaja memberi lampu ke bahagian kiri lalu memasuki kawasan rehat dan rawat. Enjin dimatikan lalu mengajak yang lain untuk keluar daripada kereta.

" makan la , aku lapar la " ujar Tulip Adana senada.

" ehm sama la " ujar Sara Emilyn juga.

Mereka bertiga bergerak ke arah kiosk - kiosk kecil makanan dan minuman yang dibuka di situ. Sara Emilyn mengambil tempat duduk di bahagian hujung r&r itu. Eussof dan Tulip datang membawa makanan yang dipilih oleh mereka. Tulip Adana sudah membelikan makanan untuk kawannya itu. 

Keadaan cuaca yang agak panas telah membuatkan Eussof membuka topi yang dipakai olehnya. Tercengang Sra Emilyn dan Tulip Adana apabila melihat wajah tampan milik Eussof itu secara depan-depan. Semasa Tulip Adana keluar dengan Eussof tempoh hari langsung topi itu tidak dibuka olehnya , hal itu membuatkan wajahnya sukar dilihat oleh Tulip Adana. Tidak sangka pula hari ini topinya dibuka.

Eussof yang perasan dengan pandangan yang diberikan oleh dua orang gadis di hadapannya itu terus sahaja melambai - lambai tangannya di hadapan muka mereka berdua. Termati lamunan mereka apabila Eussof bertanya.

" kenapa ni ? kenapa diam macam ni ? " tanya Eussof sedikit panik.

" eh mana ada diam la " jawab Sara Emilyn sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya lalu menyiku lengan Tulip Adana.

Tulip Adana yang terasa seperti lengannya disiku terus sahaja berkata " ha ah mana ada diam " sambil menyedut air miliknya.

Tulip Adana dan Sara Emilyn yang terpandang sesama sendiri terus sahaja tergelak kecil dengan perbuatan mereka sebentar tadi. 

Selesai sahaja makan Eussof meminta izin untuk ke tandas. Hilang sahaja kelibat Eussof terus sahaja Tawa mereka meletus buat kali kedua. Sampai hilang suara mereka berdua apabila teringat tentang tadi.

" aku rasa dah sampai masa la Tulip " ujar Sara dengan sisa tawanya. 

" aku pun rasa macam tu la " jawab Tulip sambil ketawa.

" weii , kesian betul aku tengok muka cuak dia tadi , tapi tu la kacak betul masa dia buka topi tadi ek ! " ujar Sara Emilyn lagi.

" aku tak pernah puji lelaki tau tapi kalau yang tadi aku setuju " jawab Tulip Adana. 

" untung la bini dia nanti dapat suami kacak macam tu " ujar Sara Emilyn lagi.

" hilang terus penat kerja kalau muka suami macam tu en ? " balas Tulip Adana. 

Tulip Adana dan Sara Emilyn hanya memerhati sahaja Eussof yang sedang berjalan dari tandas ke arah mereka berdua. Tidak dapat dinafikan semua pasang mata di situ memandang ke arah Eussof yang sedang berjalan persis seorang model itu. Hebat sungguh penangan si Eussof ini.

Terus sahaja mereka masuk ke perut kereta untuk meneruskan perjalan ke rumah Sara Emilyn. Kini kereta yang dinaiki oleh mereka dipandu pula oleh Sara Emilyn. Jika mengharapkan Tulip Adana sahaja yang membawa kereta selama lima jam sudah lama patah pinggangnya. 

Tulip Adana yang kekenyangan itu terus sahaja terlelap selepas 30 minit meninggalkan kawasan rehat tadi. Tidak mungkin seorang Tulip Adana akan berjaga sehingga sampai ke destinasi. 

" Tulip memang suka tidur ke Sara ? " tanya Eussof dengan tiba-tiba.

" haah , kalau dekat rumah pun kerja dia tidur je " jawab Sara dengan slumber.

" ohh macam tu eh ? " tanya Eussof lagi.

" ye , kalau dia bosan atau tak ada apa nak dibuat dia kan tidur je lah " terang Sara Emilyn lagi.

" kalau macam tu kena selalu keluar la kan ? baru tak tidur " tanya Eussof pula.

" huh , dia ni lebih rela tidur berbanding keluar nak hadap manusia kat luar sana tu Eussof " jawab Sara Emilyn sambil tergelak kecil.

" peliknya , manusia macam ni pun ada eh " ujar Eussof hairan.

" mestilah ada , Eussof macam baru hidup semalam je , dekat bumi ni macam-macam jenis manusia ada tau " beritahu Sara kepada Eussof.

" kalau dekat planet saya tak ada macam ni ! sebab tu saya pelik " ujar Eussof.

" dekat planet ? planet apa pulak ni ? " tanya Sara Emilyn dengan hairan.

" rumah betul saya la Sara " beritahu Eussof.

" jap , awak datang dari mana ni ? " tanya Sara Emilyn lagi.

" zuhal " jawab Eussof slumber.

" huh ! mana ada orang dekat sana la Eussof , dah jangan nak merepek " arah Sara Emilyn. Sebenarnya dia takut dengan apa yang diperkatakan oleh Eussof sebentar tadi.

Eussof hanya akur dengan arahan yang duberikan oleh Sara Emilyn itu. 

Hello, MY ALIEN !Where stories live. Discover now