Setelah seharian bercuti maka pada hari ini Thaqif Anaqi dan Dani akan masuk kerja seperti biasa. Sebelum keluar bekerja Thaqif Anaqi sudah menyiapkan makanan dan pakaian yang secukupnya untuk Eussof. Walaupun hatinya berat untuk meninggalkan Eussof seorang diri di rumah namun dia harus datang ke kafe untuk bekerja. Dani pula hanya beriak biasa sahaja seperti tiada perasaan langsung.
Daun pintu kafe terkuak yang menandakan ada orang sedang masuk ke dalam. Muncul tiga orang wanita yang dalam lingkungan 20an yang menuju ke salah sebuah meja makan yang berhampiran dengan bahagian dapur kafe itu. Laju sahaja kaki Dani diatur untuk mengambil pesanan pelanggan itu. Setelah selesai mengambil pesanan Dani ingin berlalu pergi tetapi dia disapa oleh salah seorang wanita di meja itu.
" excuse me ! , mana lelaki kacak yang selalu dekat kitchen tu eh ? " tanya wanita itu kepada Dani.
" ada je dekat situ " jawab Dani bersahaja sambil berjalan menuju ke dapur tanpa sedikit pun menoleh ke arah mereka.
" berlagak ! " getus wanita itu lagi.
Dani memberikan pesanan pelanggan itu kepada encik Thaqif seperti biasa. Thaqif Anaqi mengambil kertas yang dihulurkan kepadanya dan dia mendapati muka Dani sedikit muram dan tidak ceria seperti selalu.
" pahal budak ni putus cinta ke apa ? tapi siapa yang nak dia ? " gumam Thaqif Anaqi sendirian.
Terus sahaja Thaqif Anaqi menyiapkan menu yang dipesan oleh pelanggannya itu. Selesai sahaja memasak terus dia menghidangkan makanan tersebut dan menekan loceng sebagai tanda siap. Dani yang mendengar terus mengambil makanan itu lalu dihantar ke meja tiga orang wanita itu tadi.
skip !
Tulip Adana yang sedang makan mi segera di meja makan sambil menonton run BTS di telefon bimbitnya itu terkejut apabila dicuit oleh kawannya yang tidak tahu dari mana itu. Terus sahaja mukanya berpaling ke arah Sara Emilyn yang hanya berwajah seperti tiada apa yang berlaku.
Sara Emilyn hanya tersenyum sambil memandang tepat ke arah muka Tulip Adana. Dia yang perasan dengan tingkah Sara itu terus sahaja dia menegur.
" kau asal tersengih macam kerang busuk tu ? " tanya Tulip Adana.
" kau tak rasa ke , apa yang aku rasa ? " tanya Sara Emilyn.
" rasa , rasa nak bagi penampar dekat muka kau ! " jawab Tulip Adana sambil membuat gaya ingin menampar.
" ishh .. bukan tu , tapi Eussof " jelas Sara Emilyn kepada Tulip Adana.
" asal dengan dia ? " tanya Tulip sambil mata masih melekat di skrin telefonnya.
" aku rasa dia macam suka kau la Tulip " terang Sara Emilyn.
Tersembur mi segera yang masih tersisa di dalam mulut Tulip Adana apabila ayat itu terpacul dari mulut kawannya itu.
" dah kenapa pulak kau ni Sara Emilyn oiii ! mengarut je la ! " marah Tulip Adana sambil mengelap meja makan yang terkena semburannya itu tadi.
" kau tak perasan ke semalam , dia cakap Tulip nak pergi mana ? kita tak boleh jumpa lagi ke ? dengan muka sekupang dia tu " terang Sara Emilyn.
" eh soalan macam tu pengawal bangladesh dekat shopping mall pun pernah tanya aku la , lepastu kau nak cakap mat bangla tu suka aku jugak lah ! macam tu ? " jawab Tulip dengan menayangkan muka menyampah. Baginya apa yang diperkatakan oleh Sara Emilyn itu hanya merepek sahaja kerana Sara Emilyn sangat gemar menonton drama jadi mungkin dia terpengaruh dengan babak cinta dalam drama tersebut.
" malas lah kau ni Tulip , sebab tu lah kau single sampai sekarang tau " marah Sara Emilyn dan mengatur langkah ke bilik tidurnya.
" siapa kata single ? ni tujuh orang ni apa ? " gumam Tulip Adana sambil jari teunjuknya menghala ke skrin telefonnya yang menunjukkan tujuh orang jejaka kacak yang dikenali sebagai kumpulan BTS itu.
ESTÁS LEYENDO
Hello, MY ALIEN !
FantasíaKisah seorang gadis yang bekerja sebagai seorang pelukis dan suka akan keindahan alam dan sering mencari tempat - tempat yang menarik untuk berkhemah. Namun disebabkan sekeping gambar yang aneh telah mendorongnya untuk menjejakkan kakinya semula di...
