Sebulan sudah berlalu namun Tulip Adana masih lagi tidak berjumpa dengan alongnya setelah pulang daripada Perlis tempoh hari. Sudah beberapa kali alongnya mengajaknya keluar namun dia menolaknya mentah - mentah. Bukan dia tidak mahu keluar tetapi dia memerlukan masa untuk dirinya sendiri. Tambahan lagi Eussof pula susad bekerja di kafe itu lagi berat langkahnya untuk kesana apabila dia masih teringatkan kejadian yang berlaku sebelum ini.
Tukk .. tukk .. tukk bunyi ketukan pintu dari arah pintu biliknya. Tidak lain tidak bukan mesti Sara Emilyn orangnya. Sebaik sahaja pintu terbuka terpacul wajah kawannya itu sambil menuju ke arahnya.
" oii sibuk ke ? " tanya Sara Emilyn.
" tak sangat , kenapa ? " tanya Tulip Adana.
" emm , bila kau nak jumpa along kau ? tak rindu ke ? " tanya Sara Emilyn lagi.
" tulah , aku pun rasa bersalah dengan along aku tu " beritahu Tulip Adana dengan nada kesal.
" dah tu , pergilah jumpa dia , kesian dia asyik tanya pasal kau je " terang Sara Emilyn lagi. Sebenarnya sudah beberapa kali juga Thaqif Anaqi menanyakan tentang Tulip Adana tetapi dia tidak tahu untuk memberitahu apa yang sepatutnya.
" tengok lah , esok ke aku pergi jumpa dia " jawab Tulip Adana tidak pasti.
" pergi je la , abang kau jugak kan ! " balas Sara Emilyn dengan nada tegas.
Setelah berkata demikian terus sahaja Sara Emilyn berlalu ke biliknya.
Tulip Adana meneruskan kerja - kerjanya yang masih belum disiapkan.
Keesokkan harinya Tulip Adana bersiap - siap untuk berjumpa dengan Thaqif Anaqi di kafe milik alongnya itu. Kakinya diatur keluar dari rumah dan menuju ke arah keretanya. Kawasan parkir kereta sememangnya sunyi kerana orang di sini hanya membuat hal masing - masing sahaja.
Kaki kanannya melangkah ke dalam kafe ThaQi itu lalu mengambil tempat duduk kegemarannya iaitu di bahagian yang berhampiran dengan dapur kafe itu. Sedang dia ralit bermain dengan telefon pintarnya Tulip Adana merasakan seperti seseorang yang sedang berdiri di hadapan mejanya. Dalam hatinya menyangkakan itu ialah Dani yang datang untuk mengambil pesanannya. Wajah diangkat untuk memandang ke arah figura itu namun sangkaannya meleset apabila sosok tubuh dihadannya ini ialah Eussof.
" hi Tulip ! " ujar Eussof dengan senyuman manis.
" err hi Eussof " balas Tulip Adana.
" awak nak order apa ? " tanya Eussof sambil menghulurkan kertas menu kepada gadis itu.
" awak cakap je dekat Thaqif , macam biasa " balas Tulip Adana senada.
" ok baik ! " ujar Eussof serta bergerak ke arah dapur.
Langkahnya terhenti apabila Tulip Adana memanggilnya.
" Eussof ! " panggil Tulip Adana.
" kenapa ? " tanya Eussof.
" nanti tolong panggilkan Thaqif sekali tau " ujar Tulip Adana.
Eussof hanya mengangkat ibu jarinya sahaja sebagai tanda ok.
Thaqif Anaqi yang memandang pelik ke arah Eussof yang datang menghampirinya itu. Lalu sebelah keningnya dijongketkan kepadanya.
" macam biasa " ujar Eussof dengan slumber.
" apa ? macam biasa apa ? " tanya Thaqif hairan.
" Tulip yang order " balas Eussof senada.
" Tulip ? dia ada dekat sini ? " tanya Thaqif Anaqi teruja.
ESTÁS LEYENDO
Hello, MY ALIEN !
FantasíaKisah seorang gadis yang bekerja sebagai seorang pelukis dan suka akan keindahan alam dan sering mencari tempat - tempat yang menarik untuk berkhemah. Namun disebabkan sekeping gambar yang aneh telah mendorongnya untuk menjejakkan kakinya semula di...
