" nanti bawa kereta tu elok-elok , dah sampai bagitahu " ujar aunty Emma kepada mereka bertiga.
Terus sahaja Tulip Adana dan Sara Emilyn mencium tangan aunty Emma dan ayah Idris manakala Eussof hanya menyalam ayah Idris sahaja lalu menunduk sedikit di hadapan aunty Emma sebagai tanda hormat.
Enjin kereta dihidupkan lalu pedal minyak ditekan oleh Tulip Adana sambil melambai-lambai ke arah qunty Emma dan ayah Idris. Tidak tahu bila lagi mereka akan datang semula untuk berjumpa dengan mereka berdua itu.
*****************
Kereta diberhentikan tepat di hadapan lobi kondominium milik Thaqif Anaqi untuk menghantar Eussof pulang. Eussof mengambil bag bajunya lalu keluar daripada perut kereta. Sebelum keluar dia sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua.
Sara Emilyn hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya sahaja manakla Tulip Adana sudah lena sejak satu jam yang lepas. Terus sahaja kakinya menekan pedal minyak untuk pulang ke rumah.
Setelah mengambil masa selama 20 minit untuk sampai akhirnya mereka tiba juga di kawasan apartment yang menjadi tempat tinggal mereka. Sara Emilyn mengejut Tulip Adana yang masih lagi lena itu.
" bangun dah sampai " ujar Sara Emilyn lalu bergerak ke arah bonet kereta untuk mengambil barang-barang miliknya.
" arghhh malasnya nak bangun " balas Tulip Adana sedikit menjerit. Kemudian kakinya diatur ke bahagian bonet untuk mengambil barangnya pula.
Kereta dikunci lalu mereka berdua bergerak ke arah lif.
Sampai sahaja di rumah mereka berdua terus menuju ke bilik masing-masing untuk membersihkan dan merehatkan diri.
**************************
Cuaca semakin terang siulan burung - burung yang berkicauan di udara yang mendakan waktu pagi telah menjelma. Thaqif Anaqi yang tersedar daripada lenanya itu terus mengatur langkah ke bilik mandi bagi menunaikan solat subuh. Kemudian dia menyiapkan sarapan pagi untuk Eussof dan juga Dani.
Kepulangan Eussof semalam hanya disambut dengan membuka pintu sahaja lalu dia berlalu ke bilik tidurnya kerana terlalu penat dengan urusan di kafenya. Langsung tidak sempat dia bertanyakan apa-apa pada lelaki itu.
" encik Thaqif , awal bangun " sapa Dani yang terdengar bunyi bising di dapur.
" kalau tak kau nak makan apa ? " jawab Thaqif Anaqi memerli.
Dani hanya beriak biasa sahaja kerana sudah terbiasa dengan sikap bosnya itu. Laju kakinya diatur ke meja makan untuk menjamah sarapan yang disediakan oleh Thaqif Anaqi itu.
" melahap sorang nampak , panggil la Eussof sekali " ujar Thaqif Anaqi yang melihat Dani sedang menyuap makaroni goreng ke dalam mulutnya.
" Eussof ? dia dah balik ke ? " tanya Dani hairan.
" aik , aku yang bukak pintu untuk dia semalam tau " balas Thaqif Anaqi.
" kalau betul dia balik mestilah ada dalam bilik , saya tak nampak dia pun dekat sebelah saya " jawab Dani bersahaja.
" lah , habistu aku bukak pintu dekat siapa pulak semalam ? " tanya Thaqif Anaqi hairan.
" encik Thaqif yang bukak kan bukan saya , jadi apa yang saya tahu , saya tak tahu " balas Dani sambil menayang muka tidak beriak itu.
" ehhh , betul la ngok ingat aku tipu kau ke ? " beritahu Thaqif Anaqi sedikit baran dengan sikap Dani itu.
" habistu mana dia ? " balas Dani dengan geram. Sakit pula hatinya melayan lelaki tua di hadapannya ini.
" tak mungkin aku nyanyok kot ! " gumam Thaqif Anaqi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" mungkin , faktor umur jugak kan " balas Dani slumber.
" kau ni memang nak kena dengan aku kan budak ! " ujar Thaqif Anaqi lalu memukul bahu Dani dengan sudip besi yang dibawanya dari dapur.
" aduh ! sakitlah " menyeringai Dani apabila dipukul oleh bosnya itu.
" huarghhhhhh " jerit satu suara yang datang dari arah ruang tamu rumahnya itu.
Thaqif Anaqi dan Dani hanya memandang sesama sendiri apabila mendengar suara itu. Dani mengangkat sebelah keningnya kepada Thaqif Anaqi yang memberi isyarat apa yang berlaku. Thaqif Anaqi hanya mengangkat kedua belah bahunya sebagai tanda tidak tahu.
Tiba - tiba sahaja mereka mendengar bunyi seperti seseorang yang sedang berjalan menuju ke arah dapur. Mata mereka hanya difokuskan ke arah bunyi yang didengari oleh mereka. Semakin dekat bunyi itu semakin laju degupan jantung mereka berdua.
Terpacul wajah Eussof di bahagian dapur itu yang masih lengkap berseluar jean berwarna biru gelap dan berbaju t-shirt putih kosong.
" selamat pagi ! Thaqif , Dani " ujar Eussof sambil tersenyum manis.
" selamat pagi Eussof " jawab mereka berdua serentak.
" hah , kan aku dah cakap aku tak nyanyok ! " ujar Thaqif Anaqi seraya menepuk bahu Dani.
" huh , Eussof awak tidur dekat mana semalam ? " tanya Dani hairan.
" dekat atas sofa " jawab Eussof.
" aik , kenapa tak masuk bilik je ? " tanya Thaqif Anaqi pula.
" saya memang nak masuk tapi awak kunci pintu lepastu saya ketuk pintu banyak kali tapi awak tetap tak bukak pintu , jadi saya tidur je lah dekat sofa tu " ujar Eussof dengan lebar.
" lahh , selfish la kau ni ! kesian Eussof " ujar Thaqif Anaqi dengan nada mengusik.
" diam lah encik Thaqif ! saya bukan sengaja pun ... maaf eh Eussof " balas Dani dengan rasa serba salah.
" Tak apa la , saya tak kisah pun " balas Eussof lagi.
" dah la Dani , kau makan cepat lepastu ikut aku pergi kerja " arah Thaqif Anaqi dengan tegas.
Dani hanya mengangguk sahaja sambil mengahbiskan baki makaroni di dalam pinggannya itu. Bahagia betul duduk dengan bos sendiri semua benda percuma tetapi satu perkara sahaja yang tidak disukai olehnya apabila bosnya membuka mulut, boleh terbakar jiwa dan raganya.
" Eussof , jaga rumah elok-elok tau , kitaorang pergi kerja dulu " ujar Thaqif Anaqi.
Dani yang mengikut sahaja langkah Thaqif Anaqi itu terus melambai - lambai ke arah Eussof. Seumur hidupnya dia tidak pernah mempunyai kawan sebaik Eussof kerana dia sering dibuli dan dipulaukan oleh rakan - rakan di sekolahnya. Dani yang berasal dari keluarga miskin dan ayahnya seorang penagih dadah telah membuatkan dia tidak mempunyai kawan.
Dalam perjalanan menuju ke kafe mereka berdua hanya mendiamkan diri sahaja. Lagu-lagu yang dimainkan oleh radio sahaj yang menemani mereka.
" saya kesian tengok Eussof tu la bos ! " ujar Dani tiba-tiba.
" kenapa pulak ? " tanya Thaqif Anaqi hairan.
" duduk rumah sorang-sorang lagipun kita berdua kan kerja siapa nak kawan dengan dia ? encik Thaqif tak kesian ke ? " jawab Dani lalu bertanya kepada Thaqif Anaqi.
" hemm ingat kenapa la tadi " balas Thaqif Anaqi bersahaja.
" aku pun tak tahu la , macam mana kalau dia orang yang dikehendaki ? tak rasa ke kita ni bersubahat ? " tanya Thaqif pula.
" tak mungkin dia orang jahat " jawab Dani dengan senada.
" apa yang kau yakin sangat ? " tanya Thaqif Anaqi lagi.
" tah , tapi arwah ibu saya pesan jangan menilai orang sesuka hati kita ! " balas Dani lalu keluar daripada kereta dan menuju ke kafe.
Thaqif Anaqi masih lagi mencerna perkataan yang keluar daripada mulut pekerjanya itu.
YOU ARE READING
Hello, MY ALIEN !
FantasyKisah seorang gadis yang bekerja sebagai seorang pelukis dan suka akan keindahan alam dan sering mencari tempat - tempat yang menarik untuk berkhemah. Namun disebabkan sekeping gambar yang aneh telah mendorongnya untuk menjejakkan kakinya semula di...
