Pagi hari lagi Sara Emilyn sudah bersiap - siap untuk menghadiri temuduga di satu syarikat mengenai bidang penulisan. Dalam hatinya berharap bahawa dia akan diterima untuk bekerja di syarikat itu. Laju sahaja dia mengatur langkah ke arah keretanya. Sampai sahaja di hadapan bangunan syarikat itu terus sahaja mulutnya berzikir untuk menghilangkan gemuruh pada dirinya.
Kaki diatur ke arah kaunter utama untuk mengambil nombor giliran. Hampir 30 minit dia menunggu gilirannya kini namanya dipanggil. Terus sahaja dia melangkah ke dalam pejabat itu lalu memberikan salam kepada lelaki dihadapannya itu yang dalam lingkungan 50an itu. Lelaki itu mempelawanya untuk duduk.
Sara Emilyn mengikut sahaja arahan lelaki itu. Baru sahaja dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi pejabat itu terus sahaja lelaki itu bersuara.
" sebelum ni kerja dekat mana ? " tanya lelaki itu tegas.
" dekat syarikat penulisan Sinar ! " balas Sara Emilyn.
" ohh , syarikat yang dah muflis tu ? " tanya lelaki itu dengan nada memerli.
Sara Emilyn hanya mengangguk perlahan dengan soalan yang ditanyakan oleh lelaki itu.
" jadi apa je yang menarik dekat awak sampai saya kena ambik awak bekerja ? " tanya lelaki itu sambil mengangkat sebelah keningnya.
" saya boleh karang cerita dengan baik dan saya akan pastikan saya boleh menarik lebih ramai orang untuk membaca cerita atau berita yang saya tulis " balas Sara Emilyn dengan yakin.
" itu je ? kalau macam tu pekerja saya dekat sini lagi bagus " sindir lelaki itu.
" encik cakap je apa yang encik saya akan cuba laksanakan dengan baik " balas Sara Emilyn lagi.
" sebenarnya macam ni la cik Sara eh , saya memang tak berminat untuk ambik pekerja yang pernah bekerja dengan syarikat Sinar tu " beritahu lelaki itu.
" mungkin kalau saya ambik cik Sara ni akan menjatuhkan reputasi syarikat saya " tambah lelaki itu lagi.
" tapi encik bagi la saya peluang " pinta Sara Emilyn.
" no means no ! awak boleh keluar sekarang ! " ujar lelaki itu dengan nada tegas.
Sara Emilyn yang hanya akur dengan arahan lelaki tua itu terus sahaj keluar daripada bilik pejabat itu. Kaki diatur ke arah keretanya lalu dia menghamburkan segala tangisannya. Sudah bermacam - macam cara dia cuba lakukan namun tiada satu pun yang menyebelahi dirinya. Hampir 15 minit dia melayan perasannya kini dia bergerak untuk pulang ke rumah.
Setelah sampai ke apartment , kakinya diatur sahaj ke dalam biliknya. Langsung tiada mood untuk melayan sesiapa. Tanpa dia sedar matanya mula terlelap apabila kepalanya terasa agak berat.
Tulip Adana yang baru sahaja pulang daripada perbincangan tentang pameran lukisan yang bakal diadakan dalam tempoh dua bulan dari sekarang. Tangannya yang memegang bungkusan makanan itu diletakkan di atas meja. Segala barang - barang diletakkan di atas meja biliknya dan mencampakkan tudungnya ke dalam bakul pakaian.
" Sara ooo Sara jom makan " ujar Tulip Adana separa menjerit.
Tulip Adana yang sedang menghidangkan makanan itu dia tas meja berasa hairan apabila sahutan langsung tidak disambut oleh kawannya itu. Setahunya semasa di kawasan parkir tadi sudah ada kereta milik Sara Emilyn yang terletak elok bersebelahan dengan parkirnya. Laju langkahnya diatur ke arah bilik kawannya itu lalu memulas tombol biliknya. Sepasang matanya tertancap pada sosok tubuh Sara Emilyn yang sedang tidur di atas katil.
Dia mengahmpiri kawannya itu lalu menggoncangkan sedikit badan Sara Emilyn. Gadis itu yang mudah terganggu lenanya apabila diganggu terus sahaj membuka matanya. Tulip Adana yang perasan dengan mata Sara Emilyn yang kelihatan bengkak itu laju sahaja bertanya.
YOU ARE READING
Hello, MY ALIEN !
FantasyKisah seorang gadis yang bekerja sebagai seorang pelukis dan suka akan keindahan alam dan sering mencari tempat - tempat yang menarik untuk berkhemah. Namun disebabkan sekeping gambar yang aneh telah mendorongnya untuk menjejakkan kakinya semula di...
