C H A P T E R 1 0 !

8 1 0
                                        

" Hari ini aku akan cari juga jawapan " getus hati Tulip Adana. 

Sebaik sahaja tayar keretanya masuk di kawasan parkir hutan simpan itu. Terus sahaja dia mematikan enjin keretanya. Tulip Adana menghampiri pondok pengawal dan melakukan rutinnya seperti biasa apabila mendapatkan kad pelawat terus sahaja dia masuk ke dalam kawasan hutan itu.

Tempat pertama yang ingin dia tujui bukanlah port melukisnya tetapi di kawasan semak - samun yang bersebelahan dengan air terjun itu. Terus sahaja kakinya diatur ke kawasan semak itu. Namun tiada apa yang dia dapati. 

" mustahil " getus hati Tulip Adana.

Kawasan ni sunyi terlalu sunyi untuk didiami oleh manusia lagipun tiada apa yang boleh dijadikan sebagai sumber makanan. Terus sahaja kakinya melangkah ke arah suatu kawasan yang agak tersorok. Matanya membulat apabila mendapati banyak stok makanan seperti jajan dan air kotak. 

" sah memang ada orang dekat sini, tak mungkin pekerja diletakkan di kawasan hujung hutan sebegini " gumam Tulip Adana. 

Mata Tulip Adana pula menangkap sesuatu beg kecil di dalam rumah usang itu. Tulip cuba untuk menghampiri dan ingin mencapai bag itu. Namun perbuatannya terhenti apabila dia terdengar bunyi seperti orang yang ingin memasuki rumah tersebut. Alangkah terkejutnya apabila munculnya seseorang yang langsung tidak dikenali olehnya. 

Mereka hanya mendiamkan diri dan memandang antara satu sama lain. Tulip mula bertanya dengan lelaki itu.

" awak siapa ? kenapa tinggal sini ? " tanya Tulip Adana dengan takut.

Lelaki itu tidak menjawab dan langsung melarikan diri dan meninggalkan Tulip Adana seoarang diri. Tulip langsung tidak melepaskan peluang untuk mengejar lelaki itu. Di kawasan hutan yang agak tebal ini menyukarkan Tulip untuk melihat ke arah mana lelaki itu melarikan diri. 

Tulip mula memperlahankan langkahnya kerana dia langsung tidak dapat menangkap kelibat lelaki itu. Dia mula berjalan semula ke arah rumah usang itu untuk mengambil semula bag lukisannya itu. Terkejut dibuatnya apabila bag itu langsung tiada di atas meja itu. 

Tulip merengus kasar. " hilang pulak , warna aku tu dah lah mahal tahu tak ,kalau suka cakap suka, jangan ambil sesuaka hati " sambil meraup wajahnya. Warna itu dihadiahkan oleh alongnya semasa hari lahirnya tahun lepas maka bag warna itu sangat bermakna baginya kerana di bag itu terdapat gambar kartun dan nama Tulip Adana yang disulam sendiri oleh alongnya. 

Tulip mengatur langkah dan melabuhkan punggung di atas salah satu batu di kawasan air terjun itu. Sambil itu Tulip turut merendamkan kakinya ke dalam air sungai itu. Lega sedikit rasanya apabila air yang dingin itu terkena kulit kakinya. 

Sudah habis berehat Tulip mula keluar daripada kawasan hutan itu. Langkahnya terhenti apabila ditegur oleh ak cik tempoh hari. 

" Tulip, pak cik nak tanya sikit boleh ? " tanya pak cik itu.

" tanya apa tu pak cik ? " ujar Tulip hairan.

" kita duduk dekat kerusi tu dulu boleh ? " ajak pak cik itu.

Tulip Adana hanya mengikut sahaja langkah pak cik itu.

" kamu selalu melukis kat dalam tu, tak ada rasa apa-apa ke ? " tanya pak cik itu tanpa basa-basi.

" rasa ? rasa la nyaman lepastu tenang " jawab Tulip senada.

" eh bukan, rasa benda pelik-pelik " terang pak cik itu.

Malu pula rasa dirinya apabila salah menjawab soalan pak cik di hadapan ini.

" kalau macam tu tak de lah pak cik , tapi apa nak pelik ni kan hutan simpan " terang Tulip.

Hello, MY ALIEN !Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora