" Tulip ! " ujar Sara Emilyn yang baru sahaj balik dari kafe ThaQi itu.
' Waalaikumsalam " jawab Tulip Adana.
" amboii garang " balas Sara Emilyn lalu tergelak kecil.
Tulip Adana hanya membiarkan sahaja kawannya itu. Sara Emilyn terus sahaja menghampiri Tulip Adana yang sedang duduk di meja makan itu.
" nak tahu tak ? " tanya Sara Emilyn.
" apa dia ? kau dah dapat kerja ke ? " tanya Tulip Adana dengan teruja.
" bukan la tapi pasal Eussof " ujar Sara Emilyn lagi.
" kenapa dengan dia ? " tanya Tulip Adana pula.
" minggu depan dia kerja dengan along kau dekat kafe tu " beritahu Sara Emilyn.
" ohh , tahu ! " balas Tulip Adana.
" huh , mana kau tahu ? " tanya Sara Emilyn sedikit terkejut.
" tak payah nak terkejut sangat la cik Sara Emilyn oii , kau lupa ke owner kafe tu kan along aku mestilah aku tahu " balas Tulip Adana.
" lah baru nak surprise " ujar Sara Emilyn sambil mencebik
" surprise tengkorak kau la ! " bidas Tulip Adana.
***************************************************
Memandangkan hari ini merupakan hari pertamanya bekerja di kafe milik Thaqif Anaqi jadi Eussof menyarungkan t-shirt kerja yang diberikan oleh Dani kepadanya dua hari lepas. Eussof menayangkan wajah ceria sahaja kepada Dani dan Thaqif Anaqi.
Mereka berdua hanya memandang sahaja ke arah Eussof yang kelihatan segak walupun hanya mengenakan baju t-shirt sahaja.
" woishhh semart siottt ! " puji Dani
" terima kasih " balas Eussof sambil tersenyum.
" dah , jom nanti lambat pulak ! " ujar Thaqif Anaqi.
Mereka bertiga berjalan beriringan menuju ke arah kereta milik Thaqif Anaqi.
Sampai sahaja di kafe Thaqif Anaqi mengarahkan Dani untuk mengajar Eussof di bahagian kaunter. Buat masa sekarang Thaqif hanya membiarkan Eussof bekerja di bahagian hadapan dahulu sementara dia masih baharu. Dani hanya akur sahaja dengan arahan bosnya itu.
Dani mengajar Eussof cara - cara untuk melayan pelanggan yang datang ke kafe itu serta cara mengendalikan mesin wang di kaunter. Eussof hanya mengangguk sebagai tanda faham dengan apa yang diajari oleh Dani.
Sementara kafe masih lagi tidak dikunjungi oleh pelanggan Dani mengarahkan Eussof untuk menyapu dan mengemop lantai terlebih dahulu. Eussof hanya mengikut sahaja arahan itu. Bagi dirinya kerja - kerja itu langsung tiada masalah baginya kerana dia sudah terbiasa mengemas.
Thaqif Anaqi yang perasan dengan cara layanan yang diberikan oleh Dani kepada Eussof itu berasa hairan. Selalunya layanan seorang lelaki semestinya kasar tetapi lain pula layanan yang diberikan oleh seorang Dani.
" jangan cakap dia belok sudah ! " getus hati milik Thaqif Anaqi sambil menayangkan riak geli.
Tanpa membuang masa Thaqif Anaqi terus menyiapkan makanan yang dipesan oleh pelanggan.
Dalam pukul 13:00 pm datang tiga orang wanita dalam lingkungan 30an ke kafe ThaQi itu. Mereka mengambil tempat bersebelahan dengan kaunter kafe itu. Dani meminta Eussof untuk mengambil pesanan daripada tiga orang gadis itu. Eussof akur lalu mengambil sebuah tablet yang disediakan khas untuk mengambil pesanan setiap pelanggan di situ. Dani hanya memerhatikan sahaja tindakan Eussof itu.
YOU ARE READING
Hello, MY ALIEN !
FantasyKisah seorang gadis yang bekerja sebagai seorang pelukis dan suka akan keindahan alam dan sering mencari tempat - tempat yang menarik untuk berkhemah. Namun disebabkan sekeping gambar yang aneh telah mendorongnya untuk menjejakkan kakinya semula di...
