C H A P T E R 2 4 !

4 0 0
                                        

" Eussof bosan tak duduk dekat rumah ni ? " tanya Thaqif Anaqi tiba - tiba.

" ermm , bosan jugak " jawab Eussof dengan jujur.

" kalau aku ajak kau kerja dengan aku kau nak ? " tanya Thaqif Anaqi lagi.

" eh boleh ke ? betul ke ni ? nak ! " balas Eussof dengan teruja.

" kalau macam tu , isnin ni kau ikut aku pergi kerja ! " ujar Thaqif Anaqi.

" chantekkkk ada kawan ! " celah Dani yang hanya menjadi pemerhati sahaja daripada tadi.

Alfin iaitu salah seorang pekerja Thaqif Anaqi itu telah berhenti kerja kerana mendapat kerja yang baharu iaitu bekerja dengan pak ciknya.

" rumah bersih ni , kau yang kemas ke ? " tanya Thaqif yang hairan dengan keadaan rumahnya yang bersih.

" haah sebab saya bosan " jawab Eussof senada.

" sah ! Eussof memang suami idaman semua para wanita sebab pandai mengemas cuma ... " puji Dani lalu menggantungkan ayatnya itu.

" cuma ? cuma apa ? " tanya Thaqif hairan dengan Dani yang sengaja menggantungkan ayatnya itu.

" cuma lambat macam siput sikit otak tu " jawab Dani dengan jujur. 

" oiii , mulut kau ni budak ! " marah Thaqif Anaqi apabila Dani yang slumber sahaj mengatakan begitu di hadapan tuan badan.

Eussof yang mendengar perkataan yang dilontarkan oleh Dani itu hanya tergelak sahaja. Sejujurnya dia langsung tidak mengambil hati dengan kata - kata itu. Laju sahaja tangannya menahan Thaqif Anaqi yang ingin melepuk Dani.

" ada lagi satu , orang kalau nak buat kek letak tepung dalam mangkuk kan ? tapi Eussof lain dia yang masuk dalam tepung tu dah rupa kuih cakoi dah ! " ujar Dani dengan slumber badaknya sambil ketawa mengekek - ngekek. 

Thaqif yang mendengar apa yang diperkatakan oleh Dani itu terus sahaj tergelak kecil apabila mengingati semula kejadian tempoh hari. Dia menyedari tindakannya itu tidak betul terus sahaja dia mendiamkan dirinya walau hatinya masih lagi ingin ketawa. 

" maaf la Eussof , dia ni kalau bercakap memang suka hati dia je " ujar Thaqif Anaqi dengan bersalah.

" tak apa lah , saya suka dengan orang yang macam ni " balas Eussof pula.

Thaqif Anaqi yang mendengar kejujuran yang keluar daripada mulut Eussof itu sedikit terkejut. Kuat betul imannya masih boleh bertahan dengan sikap Dani yang persis adiknya Tulip Adana tetapi berlainan jantina sahaja. 

*****************************

Tulip Adana yang sedang sibuk melayari media sosial di telefon bimbitnya sambil merebahkan dirinya di atas katil sedikit terkejut apabila disergah oleh kawannya itu. Sudah tentu ada perkara penting yang ingin diperkatakan olehnya sekiranya gadis itu sanggup mencarinya di dalam bilik.

Sara Emilyn yang masuk ke dalam bilik kawannya itu terus sahaja merebahkan dirinya di sebalah Tulip Adana yang masih lagi fokus ke arah telefon bimbitnya itu. 

" woi cik Tulip , tak nampak aku ke ? " tanya Sara Emilyn dengan nada memerli.

" ermmmm " jawab Tulip Adana dengan nada malas.

" amboii , malas betul gayanya " ujar Sara Emilyn lagi.

" nak apaaaaaa ? " tanya Tulip Adana dengan nada meleret.

" esok makan dekat kafe along kau nak ? " ajak Sara Emilyn. 

" malas aku , kau nak kau pergi sorang " balas Tulip Adana.

" alaaa jom la " ajak Sara Emilyn lagi.

" aduhhh malas laaa " jawab Tulip Adana lagi. 

" so aku kena pergi sorang la ni ? " tanya Sara Emilyn.

" ye la , boleh lah menggedik dengan Thaqif Anaqi kau tu " balas Tulip Adana senada.

" betul jugak en , dah lah aku masuk tidur dulu " pamit Sara Emilyn sambil tersenyum.

Tulip Adana hanya menghantar kawannya itu dengan ekor mata sahaja. Baru sahaja ingin menyambung melayari media sosial pintu biliknya terbuka untuk kali kedua. Terpacul muka Sara Emilyn di situ. 

" jangan lupa mimpikan Eussof tau ! " ujar Sara Emilyn sambil ketawa lalu menutup pintu bilik itu.

Tulip Adana yang mendengarkan apa yang diperkatakan oleh kawannya itu terus sahaja menjeling namun bibirnya mengukir senyuman yang manis. Dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya ketika ini. 

*****************************

Sara Emilyn yang melangkah masuk ke dalam kafe itu terus sahaj mengambil tempat duduk yang berdekatan dengan bahagian dapur kafe itu. Dani yang perasan dengan kehadiaran Sara itu terus sahaj ke meja yang diduduki oleh gadis itu untuk mengambil pesanan. 

" sorang je ke ? " tanya Dani dengan ramah.

" haah , Tulip malas " balas Sara Emilyn.

" pulak dah " ujar Dani.

Sara Emilyn hanya mencebikkan bibirnya sahaja.

Dani berlalu pergi serta menghulurkan menu yang dipesan oleh Sara Emilyn itu ke arah dapur. Kemudian dia langsung membuat kerjanya di bahagian kaunter itu.

Setelah 10 minit makanan yang dipesan olehnya diletakkan di atas meja oleh Thaqif Anaqi. Sara Emilyn hanay mengawal senyumannya sahaja. Thaqif Anaqi yang sedari Sara Emilyn hanya seorang diri sahaja lalu bertanyakan.

" Tulip mana ? " tanya Thaqif Anaqi 

" dia malas " jawab Sara Emilyn sambil menyuapkan sepotong ayam ke dalam mulutnya.

" malas ? tah bila nak rajin pun tak tahu " gumam Thaqif Anaqi. 

" err by the way , minggu depan Eussof kerja dengan saya tau " beritahu Thaqif Anaqi.

" ohh ye ? bagus la tak ada la dia sunyi dekat rumah tu " balas Sara Emilyn.

Thaqif Anaqi hanya menagngguk sahaj dengan pernyataan gadis itu.

" Sara bila kerja ? " tanya Thaqif Anaqi lagi.

" belum dapat lagi , next week ada interview dekat syarikat lain pulak " balas Sara Emilyn. 

" ohh , aunty Emma dengan ayah Idris sihat ? " tanya Thaqif Anaqi ingin tahu.

" erm sihat je tapiii .... " balas Sara Emilyn yang tiba sahaja teringat bahawa Thaqif Anaqi memberitahunya tentang dirinya dibuang kerja itu.

" tapi apa ? " soal Thaqif hairan.

" kenapa bagitahu aunty Emma pasal saya kena buang kerja ? " tanya Sara Emilyn dengan wajah serius.

" err , sebab saya kesiankan awak itu je " balas Thaqif Anaqi dengan wajah cuak.

" tak payah nak kesian sangat la , tahu la saya nak jaga hidup saya " ujar Sara Emilyn.

Thaqif Anaqi yang mendengarkan gadis itu terus sahaja menayangkan wajah tanpa reaksi dan meminta izin untuk menyambung kerjanya di dapur. Hatinya sedikit terusik dengan kata-kata gadis itu yang seolah - olah tidak kisah dengan kepekaan dirinya terhadap gadis itu. 

Sara Emilyn yang perasan dengan tingkah Thaqif Anaqi itu berasa hairan dan membiarkan sahaja. Tidak mungkin dia tersalah cakap. 


Hello, MY ALIEN !Donde viven las historias. Descúbrelo ahora