" kau pernah balik kampung tak ? " tanya Thaqif Anaqi tanpa basa - basi.
" kampung ? apa tu ? " tanya Eussof hairan.
" aduhh , kampung tu ada hutan ada kebun lepastu ada haiwan , sungai pun ada tau tapi suasana dekat sana lagi tenang daripada KL yang kita tinggal sekarang ni " terang Thaqif Anaqi dengan lebar.
" ohh , boleh mandi ke sungai tu ? " tanya Eussof lagi.
" ehh mesti la boleh , sejuk tau air sungai tu " ujar Thaqif Anaqi lagi.
" wahh menariknya , bila kita nak pergi kampung tu ? " jawab Eussof yang kelihatan teruja.
" hujung minggu ni tapi aku tak ikut tau , kau , Tulip dengan Sara je " ucap Thaqif Anaqi.
" saya nak ikut jugak encik Thaqif ! " celah Dani yang baru sahaja keluar dari arah dapur sambil membawa segelas air kopi.
" eh , kau kena kerja eh jangan nak mengada ! " bantah Thaqif Anaqi.
" ala , untung la Eussof dapat balik kampung " ujar Dani lalu melabuhkan punggung bersebelahan dengan Thaqif Anaqi.
" ingat tau hujung minggu ni " ujar Thaqif Anaqi lalu mengatur langkah kebilik tidurnya.
" aik pergi mana ? movie tak habis lagi ni encik Thaqif " ujar Dani
" tidur la dah malam kan " jawab Thaqif Anaqi senada.
" oh lupa orang tua kan ! faham sangat " gumam Dani.
" aku dengar tau " jerit Thaqif Anaqi.
Dani hanya menayangkan wajah terkejut sahaja manakala Eussof hanya tergelak sahaja melihat perangai mereka berdua itu. Sejujurnya Eussof sudah lama tidak ketawa dan tersenyum semasa berada di dunianya. Apabila di tersenyum dia berasa sangat tenang dan gembira.
" Dani , balik kampung kena bawa apa ? " tanya Eussof kepada Dani.
" bawak la apa awak nak bawak Eussof janji tak bawak bini orang " jawab Dani dengan slumber.
" bini orang ? " tanya Eussof.
" aduh susah lah tak faham lawak ni ! " getus Dani.
" nanti saya tolong awak kemas barang eh ? sekarang ni kita tengok movie dulu eh ... kejap lagi Elsa saya nak menyanyi tu " jelas Dani dengan mata yang masih tertumpu di skrin televisyen itu. Sudah kalau Dani semstinya kartun sahaja cerita yang diminatinya.
Eussof hanya mengangguk lalu mengalihkan pandangannya ke arah skrin televisyen itu.
***************
Malam ini merupakan jumaat malam sabtu jadi Dani sudah berjanji untuk membantu eussof mengemas pakaiannya untuk dibawa esok.
" berapa hari balik kampung tu ? " tanya Dani kepada Eussof.
" Sara cakap hari rabu baru balik sini " jawab Eussof.
" usih lama eh lima hari " ujar Dani dengan suara sedikit meninggi.
Tiba sahaja pintu bilik mereka terbuka dari arah luar , terus sahaja muncul wajah Thaqif Anaqi di sebalik pintu itu.
" dah kemas baju dah ? " tanya Thaqif Anaqi.
" tengah kemas la ni " jawab Dani bersahaja.
" kau kemas elok-elok tau Dani jangan nak kenakan anak orang pulak " ujar Thaqif Anaqi tegas. Bukan dia tidak tahu perangai budak Dani itu.
" ingat saya jahat sangat ke ? saya baik la , kan Eussof ? " ujar Dani seraya mengajukan soalan kepada Eussof.
Eussof hanya mengangguk kepala sahaja.
" jangan tidur lambat sangat nanti terlajak tidur pulak " pesan Thaqif Anaqi.
" ha dengar tu Eussof " ujar Dani kepada Eussof.
" eh kau pun sama , esok kau kerja pagi kan dengan aku ? jangan nak bangun lambat pulak , aku potong gaji kau kang ! " ujar Thaqif kepada Dani.
" ye la encik Thaqif " jawab Dani dengan malas.
Baru sahaja pintu bilik ditutup oleh Thaqif Anaqi. laju sahaja otak Dani memproses idea untuk mengenakan Eussof. Memandangkan Eussof akan meninggalkannya sendirian selama lima hari jadi dia ingin mengusik kawannya itu.
" Eussof " panggil Dani separa bebisik.
" kenapa ? " tanya Eussof.
" tahu hantu tak ? " tanya Dani.
" tak apa tu ? " tanya Eussof pula.
" hantu tu makhluk halus tau , muka dia buruk sangat lepastu kuku dengan gigi dia tajam tau " terang Dani sambil menahan tawanya.
" eh dia ada dekat sini ke ? dia makan saya ke nanti ? " tanya Eussof yang sedikit takut.
" tak ada dekat sini tapi ada dekat kampung yang awak nak pergi esok tu , habislah mesti awak tidur sorang-sorang kan ? lagi la hantu tu suka dekta awak " jelas Dani dengan lebar.
" ishh ye ke ? tak jadi la saya ikut mereka esok! " ujar Eussof.
" ehh tak boleh janji harus ditetapati kalau tak awak tergolong dalam orang munafik , nak ke jadi munafik huh ? " tanya Dani lagi.
Eussof hanya menggelengkan kepalanya berkali-kali.
" kalau tak nak , awak ikut je Sara dengan Tulip esok tau " ujar Dani lagi. Puas hatinya apabila dapat menakut-nakutkan Eussof. Sejujurnya dia juga takut dengan perkataan hantu itu tetapi bila difikirkan semula dia tinggal dengan encik Thaqif jadi dia boleh tumpang di bilik encik Thaqif kalau dia berasa takut walaupun dia terpaksa menahan makian daripada encik Thaqif Anaqi itu.
YOU ARE READING
Hello, MY ALIEN !
FantasyKisah seorang gadis yang bekerja sebagai seorang pelukis dan suka akan keindahan alam dan sering mencari tempat - tempat yang menarik untuk berkhemah. Namun disebabkan sekeping gambar yang aneh telah mendorongnya untuk menjejakkan kakinya semula di...
C H A P T E R 1 4 !
Start from the beginning
