skip !
Tepat sahaja pukul 10 pm kafe milik Thaqif Anaqi akan ditutup. Semasa Thaqif dan Dani berjalan ke kereta untuk pulang. Thaqif hanya perasan Dani masih lagi muram seperti memikirkan sesuatu yang tiada penawarnya. Tanpa membuang masa terus Thaqif menanyakan kepada Dani.
" kau kenapa Dani , putus cinta ke ? " soal Thaqif sambil membuka pintu kereta bahagian pemandu.
" eh mana ada la " jawab Dani sambil masuk ke dalam perut kereta di bahagian penumpang.
" habistu asal muka macam tu ? " tanya Thaqif lagi.
Dani membiarkan soalan encik Thaqif berlalu pergi dan langsung tidak menjawabnya. Thaqif hanya mendiamkan dirinya sahaja dan menekan pedal minyak keretanya itu.
Baru sahaja kaki Dani ingin melangkah masuk ke dalam rumah itu terus sahaja langkahnya terhenti apabila melihat keadaan rumah encik Thaqif itu. Thaqif yang perasan Dani memberhentikan langkahnya dengan tiba-tiba terus menolak tubuh Dani ke hadapan. Terus sahaja membulat mata Thaqif Anaqi apabila melihat keadaan rumahnya yang tiada beza dengan sarang tikus.
" ada pencuri ke encik Thaqif ? " tanya Dani sambil memegang baju Thaqif Anaqi.
" tak mungkinlah " jawab Thaqif sambil menuju ke arah ruang tamu rumahnya.
Dani yang masih setia dengan memegang baju Thaqif hanya mengikut sahaja langkah lelaki itu.
' Pranggg ' bunyi seperti kaca pecah yang datang dari arah dapur.
Terus sahaja Thaqif dan Dani memusingkan kepala mereka ke arah dapur. Tanpa membuang masa Thaqif terus mengambil sebatang bulu ayam untuk dijadikan sebagai senjata sekiranya pencuri itu menyerang mereka. Sampai sahaja di dapur mata milik Thaqif dan Dani menangkap suatu figura yang penuh dengan tepung dan figura itu turut terkejut dengan kedatangan mereka berdua di dapur.
Terus sahaja Thaqif Anaqi melepaskan genggaman Dani pada bajunya dan menjerit serta ingin melarikan diri. Dani terus menarik lenggan encik Thaqif dan memberi isyarat untuk bertenang. Thaqif hanya mengikuti sahaja arahan Dani itu. Dani memberanikan diri untuk bertanya kepada figura di dalam dapur itu.
" kau pencuri ke ? kalau kau bukan pencuri kau keluar sekarang " arah Dani dengan tegas.
Langsung tiada respon daripada soalan yang ditanyakan olehnya sebentar tadi. Terus sahaja figura itu muncul sambil mengangkat tangannya dan melambai - lambai ke arah mereka berdua.
" Saya Eussof la " jawab lelaki itu dengan polos.
" lah, Eussof kenapa sampai bertepung ni ? " tanya Dani lalu menghampiri Eussof.
" saya lapar la ! " ujar Eussof dengan muka sedihnya sambil mengusap perutnya sebagai tanda lapar.
" lapar ? makanan yang aku masak tadi kau tak makan ke ? " tanya Thaqif dengan hairan.
Eussof hanya menggelengkan kepalanya sahaja dan berkata " pedas " .
Thaqif Anaqi hanya menepuk dahinya sahaja kerana dia terlupa bahawa Eussof tidak boleh makan masakan yang pedas.
" lagi satu kenapa ruang tamu bersepah jugak ? " tanya Thaqif Anaqi kepada Eussof.
Eussof hanya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu lalu berkata " saya nampak benda terbang , lepastu saya lari sebab takut ".
Benda terbang apa yang dimaksudkan oleh Eussof itu. Langsung dia tidak mengerti.
" ohhh .. lipas ke ? dia tak gigit pun la " terang Dani kepada Eussof.
" lipas ? mana Dani mana ? " tanya Thaqif Anaqi sambil memandang sekeliling rumahnya itu.
" memang muka je elok , badan cantik tapi lipas pun takut ke encik Thaqif ? " tanya Dani senada sambil menarik tangan Eussof ke ruang tamu.
" ok Eussof , kita kemas balik semua ni tau , kalau bersepah macam ni nanti lagi banyak benda terbang tu datang dekat awak ! " terang Dani kepada Eussof dengan lembut.
Eussof yang mendengar arahan daripada Dani itu terus sahaja mengemas segala benda yang telah dibaling olehnya semasa lari daripada benda terbang itu "lipas " .
Thaqif Anaqi pula membersihkan bahagian dapur yang penuh dengan tepung serta pinggan kacanya yang pecah di atas lantai. Berkemungkinan Eussof tidak sengaja untuk memecahkannya.
Setelah habis mengemas Dani meminta Eussof untuk membersihkan dirinya yang dipenuhi tepung itu terlebih dahulu. Kesian pula hatinya melihat Eussof dalam keadaan begitu sudah seperti kuih cakoi yang ibunya selalu buat dahulu sebelum dia pergi ke sekolah . Rindu pula pada arwah ibunya itu.
Selesai sahaja mereka bertiga membersihkan diri terus sahaja Thaqif Anaqi mengajak untuk ke meja makan. Memandangkan Eussof yang mengadu kelaparan telah membuatkan Thaqif berasa serba salah dengannya. Bukan dia tidak meninggalkan makanan untuk Eussof tetapi msakannya sahaja yang tidak menepati citarasa Eussof.
Eussof kelihatan begitu berselera apabila dapat makan nasi putih , telur dadar berserta sup ayam itu. Thaqif dan Dani hanya tersenyum melihat gelagat Eussof itu. Sudah dewasa tetapi masih lagi berkelakuan seperti kanak-kanak yang masih kecil.
" sedap tak Eussof ? " tanya Dani kepada Eussof.
Eussof mengangguk sambil mengangkat ibu jarinya sebagai tanda sedap.
skip !
Rutin Dani sebelum tidur mesti dia akan bermain permainan internet. Eussof yang hanya memerhatikan tingkah Dani itu dari tepi. Dani yang perasan dengan tindakan Eussof itu terus bertanya.
" nak main jugak ke ? " tanya Dani kepada Eussof.
Terus bersinar biji mata Eussof apabila ditanya begitu kerana Eussof langsung tidak tahu tentang kewujudan benda itu. Pertama kali dia melihat benda itu semasa Tulip Adana ingin menghantarnya pulang.
" nah main la ! " Dani menyuakan telefon bimbitnya ke arah Eussof.
Telefon bimbit itu bertukar tangan namun Eussof hanya mebelek - belek sahaja telefon itu. Dani hanya memerhatikan sahaja tindakan Eussof itu.
" kenapa tak main ? " tanya Dani lagi.
" ini benda apa ? " tanya Eussof tanpa menjawab soalan Dani.
" ni apa ? huh ? ni telefon bimbit la Eussof " jawab Dani dengan hairan. Tidak mungkin masih wujud manusia yang tidak tahu dengan telefon bimbit. Sedangkan sekarang manusia sudah menjadi hamba kepada gajet.
" untuk main game je ke ? " tanya Eussof lagi.
" tak , banyak benda boleh buat tau , dengar lagu pun boleh ! " jawab Dani lagi.
" lagu tu apa pula ? " tanya Eussof hairan.
Ha sudah tidak mungkin Eussof seperti Alfin rakan sekerjanya itu. Tidak mungkin mereka berdua tidak bersekolah. Benda biasa macam ini pun mereka tidak mengerti bagaimana nasibnya mahu menghadap mereka berdua ini.
" lagu tu macam muzik la , dulu waktu perhimpunan sekolah tak menyanyi ke ? " terang Dani lalu bertanya kepada Eussof.
" sekolah pun saya tak tahu apa Dani ! " jawab Eussof lalu memberi semula telefon bimbit Dani.
Dani hanya menyambut huluran itu dan meletakkan telefon bimbitnya itu di atas meja kecil bersebelahan dengan tempat tidurnya itu.
YOU ARE READING
Hello, MY ALIEN !
FantasyKisah seorang gadis yang bekerja sebagai seorang pelukis dan suka akan keindahan alam dan sering mencari tempat - tempat yang menarik untuk berkhemah. Namun disebabkan sekeping gambar yang aneh telah mendorongnya untuk menjejakkan kakinya semula di...
C H A P T E R 1 2 !
Start from the beginning
