II - EPILOGUE

72 13 1
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ RIUH KEDENGARAN suasana dalam dewan besar itu. Genap sebulan tepat seperti rumor yang sengaja dikeluarkan oleh Hazaen, sepasang suami isteri itu melangsungkan majlis sanding mereka.

Ya, sepasang suami isteri.

Kali ini, pihak media turut dijemput bagi meraikan majlis mempelai tersebut.

"Seronok tak main kahwin - kahwin?" soal Marissa. Wanita itu duduk disamping Irisy.

Majlis sanding kedua - duanya sudah selesai. Sekarang sudah tiba waktu menjamu selera. Jadi, Irisy mengambil kesempatan yang ada buat menjumpai rakan - rakan serumahnya dahulu.

"Banyaklah kau main kahwin - kahwin." cebik Irisy. Akurasi untuk memukul Marissa sangatlah tinggi.

Nasib sahaja majlis masih belum selesai. Dibatalkan sahaja niatnya buat memukul wanita itu.

"Main kahwin - kahwinlah itu. Apa perasaan kahwin dua kali dengan orang yang sama?" soal Iman pula.

"Tak ada rasa apa pun. Aku rasa biasa aja." kelutuk Irisy.

"Cih, iya - iya aja kau tak ada rasa. Hari itu kemain cerita yang Hazaen lamar kau── humph! "

Laju sahaja Irisy menekup mulut Dayana. Wajahnya mula bertukar rona.

"Jangan ungkit, gila!"

Serentak dengan itu, rakan serumah Irisy menghamburkan tawanya. Ada sahaja kerenah berdua ini kalau bersua.

"Eleh, malu. Bukan ke selama ini kau tak reti malu?" soal Dianah, bersahaja.

"Mana ada! Aaa, berhenti menyakatlah, tenuk!" kesal Irisy.

Sungguh menjemput rakan serumahnya ke majlis sanding adalah keputusan yang buruk. Sikap kesemuanya masih sama.

Masih terkesan menyebalkan.

"Laki kau mana ini?" soal Dayana kepada Irisy.,

"Laki kau orang mana?" Irisy memulangkan semula paku buah keras.

Keempat - empat wanita itu menukar pandangan. Sengihan kecil terbit pada wajah kesemuanya.

"Lupa pula laki kita satu kroni besar." gumam Marissa.

"Tahu pun kau." ujar Irisy.

Pandangannya ke arah dimana sekumpulan lelaki sedang berkumpul. Sesekali terdengar ilai tawa daripada kumpulan tersebut.

Sudah tentu salah seorang yang berada disana ialah Hazaen. Diikuti dengan Ziyad, Mateen, Raiz, Aidan, Haiqhaf dan Aniq.

Kesemuanya berada disana. Entah apa yang sedang dibualkan pun Irisy tidak tahu. Kemain rancak lagi para jejaka itu berbual.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

KLAK.

BUNYI tombol dipulas menerjah telinga Irisy. Spontan wanita itu menoleh ke arah pintu masuk bilik tidur.

Selang beberapa saat, figura tegap menyapa pandangannya. Lelaki itu mengukir senyuman kecil buat Irisy.

"Tak tidur lagi, cherie? " soal Hazaen sembari mengatup semula pintu bilik.

Irisy menggelengkan kepalanya. Telefon pintarnya diletakkan ke atas meja kecil yang berada disamping katil.

"Tak, saya tunggu awak." ujar Irisy.

SempurnaWhere stories live. Discover now