I - 18

42 16 2
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ BUM!

BONET kereta Hazaen tutup rapat selepas selesai memasukkan segala jenis barang. Pagi itu dia perlu bergerak pulang ke rumahnya.

Hazaen melangkah kearah beranda rumah semula. Gadis yang duduk diatas kerusi roda itu dihampirinya. Irisy masih lagi rancak berbual dengan Puan Indah dan Encik Fauzan.

Langkah dimatikan sebaik sahaja berdiri dibelakang kerusi roda tersebut. Sempat - sempat dia mengerling Irisy yang berada diatas kerusi roda itu.

"Hazaen dah nak gerak dah ke?" soal Encik Fauzan. Lelaki itu mengangguk.

"Kalau macam itu, dah boleh dah bawa baby ke kereta. Kejap lagi kami menyusul ke kereta Hazaen." ujar Puan Indah pula.

Hazaen mengoyak senyuman kecil. Kerusi roda milik Irisy ditolak penuh berhati - hati kearah kereta berjenis Nissan GT-R35 berwarna black matte milinya.

Pintu kereta dibuka. Tubuh kecil itu terus digendong lalu diletakkan keatas seat kereta. Kemudian, tangannya naik mengelus kepala Irisy.

Hazaen memusingkan tubuhnya. Kerusi roda milik Irisy diangkat sedikit sebelum dilipat menjadi kecil. Kemudian, Hazaen berjalan kearah bonet kereta. Kerusi roda tersebut dimasukkan ke dalam bonet kereta.

"Nanti bawa kereta itu hati - hati. Jangan bawa laju - laju sangat." pesan Encik Fauzan. Beliau dan Puan Indah berjalan beriringan kearah kereta Hazaen.

"Tak adalah. Hazaen bawa perlahan je. Kalau bawa sendiri mungkin laju sikit kot daripada biasa." ujar Hazaen. Ayatnya diakhiri dengan tawa kecil.

"Ayah dah agak dah. Kalau dah berjinak - jinak dengan kereta ini memang gian bawa kereta itu lain."

Hazaen mengekehkan tawanya. Dia faham makna disebalik lawak yang cuba disampaikan oleh bapa mertuanya itu.

Maknanya, Encik Fauzan cuba mengaitkan lawak beliau dengan pekerjaan Hazaen── seorang pelumba kereta.

"Tak akanlah Aen nak pertaruhkan nyawa anak ayah dengan ibu. Ayah dengan ibu jangan risau. Nanti dah sampai rumah, Aen call."

"Iyalah, nanti ada masa datanglah rumah ibu dan ayah lagi." ujar Puan Indah lagi.

Sekali lagi Hazaen mengangguk, "Eh, ibu dengan ayah tak mahu jenguk Irisy dalam kereta ke?"

"Baby dah salam ibu dengan ayah tadi. Aen masuklah kereta dulu. Nanti ibu tinjau dia daripada luar."

"Aen minta diri dululah, ibu, ayah. Nanti ada masa Aen datang lagi."

Bahu Hazaen, Encik Fauzan pegang lembut, "Jangan terasa hati dengan baby sangat. Biasalah dia barulah nak berkenalan dengan Aen. Nanti lama - lama, retilah dia bergaul dengan kamu."

"Aen tak ada terasa hati pun dengan Irisy. Aen okay ajalah. Aen faham keadaan dia sekarang ini." nafi Hazaen.

"Haih, sudah - sudahlah berbualnya. Bila Hazaen ini nak balik kalau tak habis - habis berbual?" soal Puan Indah. Wanita paruh baya itu tertawa halus.

Hazaen turut mengukirkan senyuman. Tangan Puan Indah dicapai lalu dikucup lembut kekura tangan ibu mertuanya itu. Begitu juga dengan Encik Fauzan.

Sejurus itu, Hazaen berjalan kearah bahagian pemandu. Pintu kereta dibuka lalu dia melangkah masuk ke dalam perut kereta. Pintu kereta kembali dikatup olehnya.

Irisy yang berada disamping, Hazaen pandang. Gadis itu sedang bermain dengan telefon pintarnya.

"Lambailah ibu dengan ayah itu." tegur Hazaen.

SempurnaWhere stories live. Discover now