II - 11

42 11 3
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ   SKRIN TELEFON yang berada dihadapannya itu dipandang olehnya. Setiap bait ayat dan tulisan dibaca penuh teliti. Berita tersebut boleh dikatakan sedang menghangat sekarang ini.

“Setelah lama mendiamkan diri, Pelumba Formula One Malaysia dan Global Model Ambassador── Hazaen Idham, kembali hangat diperkatakan. Beberapa orang peminat bersetuju dan menyokong isu yang berkait rapat kali ini.”

“Seperti yang kita tahu, Hazaen Idhama atau Jen Idham menghilangkan diri selepas isu kencan yang menjadi bualan ramai lima tahun lepas. Tiada sedikit pun penjelas bagi isu tersebut. Pihak media telah cuba mencari Jen bagi mendapatkan keterangan lanjut tetapi malangnya jejaka tersebut tidak dapat dikesan dan menghilangkan diri.”

“Kini, jejaka tersebut kembali hangat diperkatakan selepas gambar beliau bersama dengan seorang wanita dan seorang anak kecil tersebar.”

“Kata peminat, wanita dan anak kecil yang berada dalam gambar tersebut benar - benar isteri dan anak kepada Jen Idham. Kata peminat lagi, isu lima tahun lepas mungkin berkait rapat dengan isu sekarang. Tambah peminat lagi, kemungkinan Jen Idham sudah lama berkahwin tetapi masih belum mahu mewarwarkan isu perkahwinan beliau.”

“Peminat turut bingung akan status jejaka itu sekarang. Adakah isu lima tahun lepas juga berkait rapat dengan isu── mengapa Jen Idham melepaskan kerjayanya sebagai pelumba kereta?”

“Pihak media akan cuba mendapatkan Jen Idham sekali lagi bagi membantu menjelaskan isu terkini. Sekian daripada kami. Pelbagai info akan dikemas kini dari masa ke semasa.”

Keluhan kecil dilepaskan oleh Hazaen selepas membaca artikel tersebut. Lelaki itu menyandarkan tubuhnya pada badan sofa. Kepalanya diarahkan kearah siling rumah.

“Laju betul pihak media dapat gambar itu.” keluh Hazaen.

“Siapa sahaja tak terkejut? Kau menghilangkan diri hampir lima tahun lamanya tanpa khabar mahupun berita. Soal isu lima tahun lepas juga kau biarkan menyepi sahaja. Tiada penjelasan pun yang kau keluarkan.”

“Tahu - tahu kau lepaskan kerjaya kau sebagai racer than muncul semula dengan isu rumah tangga. Siapa aja tak terkejut?” seloroh Aidan. Hazaen yang kelihatan pasrah itu dipandangnya.

“Silap - silap orang akan fikir kau kahwin dekat Siam atau rampas bini orang sebab sembunyikan perkahwinan kau──”

Belum sempat Aidan menghabiskan ayatnya, Hazaen terlebih dahulu melempar bantal hiasan tepat mengenai wajah Aidan.

“Aku nak warwarkan apa, gila? Nak warwarkan yang aku dah bercerai? Macam itu ke? Tak ke lagi terkejut pihak media?” soal Hazaen.

Aidan sekadar mengukir sengihan kecil. Lelaki itu mengambil bantal yang telah dilemparkan oleh Hazaen sebentar tadi. Bantal tersebut diletakkan ke atas sofa.

“Dah itu apa plan kau lepas ini?” soal Aidan.

Hazaen sekadar menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu. Dia masih belum fikir tindakan selanjutnya.

“Kau ini bengaplah, Jen. Kau gunalah peluang yang ada ini untuk dapatkan Irisy semula. Kata nak kahwin balik dengan Irisy.”

“Apa maksud kau dengan peluang yang ada? Kau nak suruh aku buat apa dengan pihak media?” soal Hazaen kurang faham. Lelaki itu membetulkan posisi duduknya.

Aidan menjungkitkan sebelah keningnya. Senyuman penuh makna terukir pada wajah tampan lelaki tersebut.

“Kau sungguh nak Irisy semula ke tak ini? Kalau nak, usaha lebih sikit, Jen. Orang perempuan ini lebih suka kalau kita usaha lebih untuk dapatkan dia. Nanti barulah dia rasa diri mereka dihargai── tak murah.” jelas Aidan.

SempurnaWhere stories live. Discover now