I - 24

44 18 6
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ PINTU RUMAH dibuka oleh Hazaen. Selepas memastikan Dayana keluar dengan selamat daripada perkarangan rumahnya, barulah Hazaen melangkah masuk ke dalam rumah.

Pintu rumah dikatup rapat olehnya. Irisy yang berada diatas sofa itu dipandangnya. Gadis itu sudah pun melihat kearah Hazaen terlebih dahulu.

Membulat sepasang mata itu melihat kearah Hazaen. Hampir sahaja Irisy jatuh kerana cubaan untuk bangun daripada duduknya. Nasib sahaja Hazaen lebih pantas menangkap Irisy sebelum jatuh mencium lantai.

"Irisy, awak itu belum boleh berjalan lagi." tegur Hazaen. Nadanya kedengaran cemas.

Irisy menggelengkan kepalanya. Kedua - dua belah tangannya naik memegang kedua - dua belah sisi wajah Hazaen. Seluruh wajah tampan itu ditiliknya.

"Jen, muka awak..."

Lelaki itu mengukir senyuman kecil. Tangan kanan Irisy yang berada disisi wajahnya itu dipegang. Kemudian, kekura tangan isterinya itu diusap lembut.

"Berhenti senyum Hazaen. Macam mana awak boleh dapat luka ini?" soal Irisy khawatir.

Wajah Hazaen dipenuhi dengan kesan luka. Terdapat goresan yang masih lagi basah dengan darah pada tulang pipi kanan Hazaen dan batang hidung lelaki itu.

Pada ulas bibir bawah Hazaen turut terdapat luka. Namun darah pada luka tersebut sudah pun kering. Dan terdapat juga kesan lebam pada tulang pipi kiri dan hujung dahi Hazaen.

"Hazaen, jawab saya."

Bukannya mahu menjawab, sebaliknya Hazaen mengekehkan tawa kecil. Lelaki itu bingkas bangun daripada melutut. Kotak first-aid kit yang tergantung elok pada dinding rumahnya diambil.

Kemudian, dia kembali berjalan kearah Irisy. Kotak first-aid kit itu diletakkan keatas ribanya. Sengihan kecil terukir pada wajah tampan Hazaen.

"Tolong ubatkan boleh?" pinta Hazaen.

Irisy berdecit kasar. Kotak first-aid kit yang berada diatas riba Hazaen itu, dia ambil. Kotak tersebut dibuka oleh Irisy.

Seputik kapas dikeluarkan bersama dengan larutan iodine. Botol iodine dibuka lalu dituangkan sedikit cecair itu diatas kapas. Setelah itu, botol Iodine kembali ditutup.

"Macam mana awak boleh dapat luka ini, Jen?" soal Irisy ulang. Kapas tersebut dibawa dekat pada luka dipipi kanan Hazaen.

Hazaen sekadar menjungkitkan bahunya. Irisy tahu, Hazaen tidak berniat langsung mahu memberitahunya.

Sesekali Hazaen mendesis kecil. Perih daripada larutan iodine itu terasa meresap masuk ke dalam lukanya.

Anak matanya tidak lepas daripada memandang wajah cantik yang berada dihadapannya itu. Gadis itu masih lagi sibuk mengubati lukanya.

Hazaen mengukir senyuman kecil. Tiada sedikit pun cacat cela pada wajah isterinya itu. Kening Irisy terbentuk cantik. Sesuai dengan wajah kecil gadis itu.

Bulu mata si gadis memanjang ke bawah dan tidak melentik. Bentuk matanya juga tidaklah terlalu besar. Hanya kecil tetapi tidak sipit. Turun pula pada hidung Irisy, gadis itu memiliki hidung separa mancung dan ukiran bibir yang nipis sahaja.

Hazaen mengekeh tawa kecil. Gadis dihadapannya itu sudah pun melebihi kata sempurna.

Entah sejak bila, putik kapas tersebut sudah pun berada di bibir Hazaen. Sekali lagi Hazaen meringis kecil.

"Oh, sorry. Sakit ke?" soal Irisy cemas. Gadis itu meniup lembut luka yang berada pada ulas bibir si jejaka── berharap perihnya berkurang.

Seketika kemudian, Irisy tersentak. Baru dia sedar bahawa jaraknya dengan Hazaen begitu dekat. Perlahan - lahan Irisy mengundurkan sedikit tubuhnya.

SempurnaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz