I - O7

58 18 12
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ DIA MUNDAR - mandir dihadapan wad yang menempatkan Irisy. Sesekali, dia meninjau keadaan di dalam sana. Terdapat beberapa orang doktor bertugas sedang menguruskan gadis tersebut.

Dia duduk pada kerusi menunggu dihadapan wad. Kedua - dua tangannya naik meraup wajahnya, kasar. Decakan perlahan terbit daripada ulas bibirnya.

Selang beberapa minit, pintu wad Irisy dibuka. Seorang doktor keluar bersama dengan jururawat disampingnya.

"Cik ini... waris Cik Irisy?" soal doktor tersebut.

Dia mengangguk. Dia bingkas bangun daripada duduknya, "Ya, saya."

"Keadaan Cik Irisy sudah semakin membaik. Kemungkinan esok, dia akan sedar seperti biasa. Cuma satu sahaja yang perlu Cik tahu perihal pesakit."

"Apa dia?" soalnya.

"Pesakit disahkan lumpuh separuh badan. Jangan risau, lumpuhnya bukanlah bersifat kekal dan boleh pulih semula. Cuma pesakit perlu menjalani rawatan fisioterapi semalam tiga bulan." jelas Doktor tersebut.

Dia mengangguk, "Saya faham."

"Saya harap awak dapat pujuk pesakit untuk menjalani rawatan fisioterapi. Terima kasih. Kalau Cik nak melawat pesakit, silakan." ujar lelaki berprofesi sebagai doktor itu.

Lagi - lagi dia mengangguk faham. Selepas sahaja doktor bertugas berlalu, dia melangkah kearah pintu wad Irisy. Pintu tersebut ditolak daripada luar.

Dia melangkah masuk ke dalam wad tersebut. Tiada orang lain yang ditempatkan bersama dengan Irisy. Hanya gadis itu seorang sahaja yang berada dalam ruangan tersebut.

Langkahnya mati apabila tiba disamping katil yang menempatkan gadis tersebut. Wajah pucat itu dipandang sayu. Keluhan kecil terbit daripada bibirnya.

Sebenarnya, dia tidak mempunyai apa - apa yang mahu disampaikan kepada gadis itu. Dia hanya mahu melawat Irisy sahaja. Dapat lihat wajah gadis itu pun sudah cukup baginya.

Hampir lima belas minit dia berada dalam ruangan tersebut, dia mengambil keputusan untuk keluar daripada wad si gadis.

"Esok saya akan datang melawat lagi── mungkin? Saya pun tak pasti. Kemungkinan saya hanya akan perhatikan awak daripada luar sahaja. Saya belum bersedia buat bercakap dengan awak." tutur dia perlahan. keluhan kecil dilepaskan.

Senja sudah bertukar gelap. Sebentar lagi pasti rakan serumah Irisy bakal bergilir menjaga gadis itu. Dia tidak mahu rakan - rakan Irisy menangkap perbuatannya.

Pintu wad dikatup rapat selepas dia melangkah keluar daripada wad tersebut. Barusan sahaja dia melangkah, satu suara memanggilnya.

Spontan dia menoleh kebelakang. Gerangan tersebut dihiraukan olehnya. Dia kembali menyambung langkahnya.

Grep!

Lengan bajunya ditarik kasar oleh si pemanggil.

"Apa?" soalnya. Nada suaranya agak kedengaran kasar. Lengannya direntap kasar daripada pegangan gadis berkacamata itu.

"Kau yang kejarkan Irisy ke hospital, bukan?" soal gadis itu.

Dia hanya diam. Tidak menidakkan dan tidak juga mengiyakan.

"Aku mahu ucapkan terima kasih kerana telah bantu Irisy. Maaf kalau tingkah aku agak lancang tadi." ucapnya.

Anak matanya turun pada kad pelajar yang tergantung pada leher gadis berkacamata tersebut. Sebaris nama itu dibaca lantang.

Spontan sepasang mata sipit itu terbuka luas. Wajah pelajar tersebut dipandang, "Kau──"

"Ya, aku. Aku tahu kau pasti kenal aku juga, bukan?"

SempurnaWhere stories live. Discover now