I - O1

116 21 17
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ AKU NAK keluar pergi survey barang kahwin dengan Hazael." ujar gadis berambut paras pinggang itu kepada rakan serumahnya.

"Hazael jemput kau ke?" soal Dianah Haniesya.

"Siapa lagi yang mahu jemput aku kalau bukan Hazael?" soalan dibalas dengan soalan. Irisy seperti mahu menyindir Dianah.

"Aku tanya sahaja. Manalah tahu kau drive sendiri ke." gadis yang sedang menonton televisyen itu mencebik.

Irisy dengan Dayana ini dah boleh bungkus, campak ke laut. Dua - dua kaki sarkastikus.

"Tak adalah. Hazael ada urusan hari ini. Jadi dia suruh aku yang drive sendiri. Nanti jumpa terus dekat sana sahaja." jelas Irisy. Kali ini, tanpa sarkastik.

Dianah mengangguk faham, "Hati - hati bawa kereta. Apa - apa call aku tak pun Chot atau pun Iman. Jangan call Jaja. Dia itu dah kahwin. Takut kacau masa dia dengan husband dia pula."

"Baik akak Danah. Nanti apa - apa aku telefon. Aku keluar dahulu."

Daun pintu dikatup rapat oleh Irisy. Kunci kereta dikeluarkan daripada beg tangannya. Langkah diatur kearah sebuah Toyota Camry berwarna putih.

Sebaik sahaja gadis berambut panjang itu masuk ke dalam kereta, telefon pintar miliknya dikeluarkan. Nombor seseorang didail.

"Saya dah nak gerak ini. Awak dah sampai ke?" soal Irisy sebaik sahaja talian disambungkan.

"Dah sampai dah. Saya tunggu awak depan Padini. Nanti carilah saya dekat situ."

"See you around 20 minutes lagi. Kalau awak mahu makan dahulu, pergilah." ujar Irisy.

"Eh, tak apalah. Saya makan dengan awak sahaja nanti."

"Betul ini?"

"Betul, sayang. Kita jumpa kejap lagi, ya?"

Irisy mengekeh kecil. Gadis itu mengangguk sebelum membuka mulut, "See you there, El."

titt! Panggilan diputuskan oleh pihak disebelah sana. Iphone 14 Plus itu, Irisy masukkan semula ke dalam beg tangannya.

Minyak ditekan lalu kereta berwarna putih itu meluncur keluar daripada perkarangan rumah sewa mereka.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ BUNYI DERAPAN yang terhasil daripada kasut tumit tinggi milik Irisy jelas kedengaran. Langkah besar itu terarah pada sebuah bangku yang berada dihadapan Padini.

Senyuman lebar terukir pada wajah gadis cantik itu. Susuk tubuh yang duduk bersendirian dibangku itu, Irisy sergah.

Terhincut bahu si empunya tubuh akibat terkejut. Tawa riang terbit daripada ulas bibir Irisy.

SempurnaNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ