I - 41

42 15 7
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ AIR KOTAK yang berada ditangan, Dayana sedut. Gadis itu sedang melangkah kearah lobi pusat perubatan. Dia mahu menghantar borang pada kaunter pendaftaran sebelum pulang ke rumah.

Kelasnya pada hari itu sudah pun lama tamat. Cuma dia sahaja yang tidak mahu pulang ke rumah terlebih awal.

Beberapa lembaran kertas, Dayana letakkan keatas kaunter. Serentak dengan itu, Thiana yang berada dibelakang kaunter memandang kearah Dayana.

Gadis yang sedang menyedut air daripada kotak minuman itu dipandang.

Akibat terasa risih dipandang lama oleh Thiana, Dayana mengambil keputusan untuk membuka mulut.

"Akak ini dah kenapa pandang saya macam itu? Rasa macam nak tembus muka saya ini ha." soal Dayana. Thiana dipandang pelik.

"Kau ini santai sahaja akak tengok. Kau tak ada baca berita ke?"

Dayana mengerutkan dahinya, "Berita apa pula?"

"Isu terkini── yang tengah hangat sekarang ini. Kau tak ada baca ke?" soal Thiana.

"Maksud akak... news board UM ke? Kalau news board UM, saya belum tengok lagi. Saya jarang tengok news board."

Thiana menggelengkan kepalanya. Telefon pintar miliknya yang berada diatas meja kaunter itu dihulurkan kepada Dayana.

"Baca baik - baik Dayana. Berita ini melibatkan kau." ujar Thiana.

Artikel yang terpapar pada layar telefon Thiana, Dayana baca dengan teliti. Seketika kemudian, gadis itu membesarkan matanya.

Berita ini terkait dengan dirinya! Berita tentang Hazaen dan dia sedang berkencan hangat diperkatakan.

Spontan Dayana menekup mulutnya. Sungguh dia tidak percaya akan berita tersebut.

Bahkan di dalam artikel tersebut, pihak media ada mengatakan tentang status dia dan Hazaen. Yang tidak boleh blah-nya, pihak media mengatakan mereka adalah sepasang suami isteri.

Kepala brain dialah!

"Akak tahu siapa disebalik pemilik account X yang sebarkan ciapan itu, Aya."

Dayana mengangkat wajah, laju, "Siapa?"

"Tetapi Aya kena tolong akak. Akak terdesak sangat ini, Aya." pinta Thiana. Tangan Dayana, dia raih.

"Aya kena tolong akak."

"Saya boleh tolong akak tetapi apa yang akak mahu saya lakukan?" soal Dayana.

"Nanti akak beritahu. Sekarang, Aya telefon Yad dahulu. Beritahu Yad bahawa berita yang tersebar itu hanyalah salah faham diantara pihak media dan Hazaen." arah Thiana.

Dayana mengerutkan ruas dahinya, "Tetapi──"

"Beritahu Yad segera, Aya. Akak tak mahu kau orang bergaduh." bidas Thiana.

Gadis berkaca mata itu mengangguk. Telefon pintar dikeluarkan daripada poket seluarnya. Kontak Ziyad dicari.

Cubaan pertama gagal. Talian tersebut terus dihubungkan kepada peti suara. Dayana sudah mula diserang rasa gelisah.

Sekali lagi dia mencuba membuat panggilan. Sama juga, panggilannya disambungkan terus kepada peti suara.

Dayana mengeluh. Baru sahaja dia mahu mencuba buat kali terakhir, Ziyad terlebih dahulu menelefonnya semula.

Pantas panggilan tersebut dijawab oleh Dayana.

"Hello, bintang──"

"Kenapa tak jawab call saya?" belum sempat Ziyad menyapa, Dayana terlebih dahulu memintas lelaki tersebut.

SempurnaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora