I - O2

57 18 9
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ AKU DARIPADA dulu tak berkenan dengan si Hazael itu. Kau itulah yang beria mahukan sangat lelaki itu." kelutuk Nuriman. Tidak lupa juga dengan mimik muka menyampah.

Marissa mengangguk── setuju dengan hujah Iman sebentar tadi, "Ini kalau Jaja tahu, habislah kau. Kau patut bersyukur yang dia dah kahwin dan tak duduk dekat rumah ini dah."

"Setuju. Kalau kau rasa tak boleh go dengan Hazael, bincanglah dengan ibu dan ayah. Putuskan sahaja pertunangan kau orang." Ujar Dianah pula.

Gadis berambut paras pinggang itu berdecit kecil. Semua penghuni rumah sewa itu tidak pernah sehaluan dengannya. Ada sahaja benda yang mahu dibantah jika keputusan yang dibuat diputuskan oleh Irisy.

Tanda - tanda dengki dan busuk hati macam inilah.

"Tetapi tak akanlah dia mahu curang pula? Dah hampir tujuh tahun aku bercinta dengan, tak pernah - pernah ada sejarah Hazael curang." bantah Irisy. Gadis itu mahu mempertahankan Hazael.

"Jadi kau nak cakap yang kau percayakan dia?" soal Dianah dan Irisy mengangguk.

"Susah nak cakap dengan Juju ini. Belajar tinggi - tinggi tetapi bodoh. Itu bukan percaya Irisy Zhulaiqa, itu namanya bodoh. Kalau kau rasa dia berubah, tanyalah dia. Mana tahu dia ada masalah atau pening uruskan syarikat ayah dia." Ujar Iman. Geram betul dengan Irisy ini.

"Tak mahulah. Nanti dia kata aku kepochi nak tahu urusan dia."

"Habis selama ini kau tak kepochi? Aku rasa selama ini... even dia mahu mandi pun dia inform ke kau. Tak cukup kepochi ke itu?" soal Marissa pula.

Dianah dan Iman mengangguk serentak. Kedua - dua gadis itu bersetuju dengan Marissa.

"Kau bincanglah dengan El elok - elok. Ataupun buatlah solat istikharah, minta Allah tunjuk jalan yang terbaik." tambah Dianah pula.

Segelas air Lemon Tea, Dianah capai. Gelas tersebut dibawa ke ulas bibirnya. Air tersebut disisip oleh Dianah.

Ting!

Loceng yang berada diatas pintu kafe Marissa berbunyi. Spontan ke semua mata tertumpu kepada pintu kaca tersebut.

Seorang lelaki bertubuh tinggi── mengenakan topi dan pelitup muka masuk ke dalam kafe tersebut bersama dengan seorang lagi lelaki berkulit putih.

Sekali kilas kelihatan seperti rupa Mat Salleh.

Marissa bingkas bangun daripada duduknya, "aku ke kaunter dululah. Ada costumer. Kau orang minumlah dahulu. Nanti dah selesai suruh Juju bayar." izin Marissa.

Gadis bertubuh kecil itu berjalan kearah meja kaunter. Dianah, Iman dan Irisy ditinggalkan begitu sahaja dimeja.

Irisy berdecit, "Balik - balik aku yang kena belanja. Dia owner cafe kot. Kedekut tahi hidung masin betul." kutuk Irisy.

"Okay then, jom kita lat. Siapa kalah dia belanja." cadang Nuriman.

Dianah dan Irisy bersetuju. Ketiga - tiga gadis itu mengeluarkan tangannya lalu diletakkan keatas meja.

"Lat tali lat tali tamplom!"

Kekura tangan Dianah terarah ke bawah manakala Iman dan Irisy terarah keatas. Dianah bersorak gembira.

"Osom cepat." arah Dianah.

Kemudian, Irisy dan Iman menghadap antara satu sama lain, "Osom!"

Tangan Iman membentuk batu manakala tangan Irisy membentuk burung. Gadis bertudung bawal itu tersenyum riang.

SempurnaWhere stories live. Discover now