II - O7

43 12 0
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  BELL RUMAH kedengaran memenuhi segenap ruangan dalam rumah sewa tersebut. Lekas Irisy mengambil tudung yang tersangkut dibelakang pintu rumahnya.

Wanita itu menyarung tudung sarungnya terlebih dahulu sebelum membuka daun pintu. Senyuman manis terukir pada wajahnya.

“Jaja!”

Wanita berprofesi sebagai doktor itu mengukir senyuman lebar, “Hai Juju. Kau tengah masak ke? Aku mengganggu?”

Anak mata Irisy jatuh pada apron yang masih tersarung pada tubuhnya sendiri. Sengihan terukir pada wajah wanita itu.

“Iya, aku baru lepas masak. Eh, masuklah. Ajak Yad sekali.” pelawa Irisy.

Dayana mengangguk faham. Dia melangkah masuk ke dalam rumah Irisy diikuti dengan Ziyad dan dua orang anaknya.

“Arell mana?” soal Dayana kepada Irisy.

“Dekat ruang tamu, Ja. Kau tak kerja hari ini?”

“Aku cuti tiga hari. Aku baru habis shift malam, weh.” jawab Dayana.

Setiba sahaja diruang tamu, Dayana mendaratkan punggungnya ke atas sofa. Tubuhnya disandarkan pada badan sofa.

“Kalau ngantuk tidurlah. Kau shift malam tiga hari, kan?”

Dayana mengangguk, “Pagi tiga hari, petang tiga hari, malam tiga hari. Cuti pun tiga hari.”

“Kau tak penat?”

“Hahaha nak penat pun tak guna juga. Aku dah penat - penat belajar untuk kerjaya ini tak akan mahu berhenti tiba - tiba pula.” seloroh wanita itu bersama dengan tawa yang dibuat - buat.

Punyalah dulu dia belajar bagai nak rak, dengan kerja sambilannya lagi. Tak akan dia mahu berhenti kerja pula. Sia - sia sahajalah lima tahun dia berhempas pulas untuk dapatkan kerjaya impiannya.

“Boleh aja kalau awak nak berhenti kerja. Saya boleh sara awak, bintang.” sampuk Ziyad. Lelaki tinggi lampai itu mengambil tempat disebelah Dayana.

“Iedan, pergi salam umi Irisy.” arah Ziyad kepada anak sulungnya itu.

Ziddane bangun daripada duduknya lalu berlari kearah Irisy. Tangan kanan Irisy diraih oleh anak lelaki itu. Dikucup ringkas kekura tangan Irisy.

Kemudian, Ziddane kembali berlari kearah Hairell semula. Dia duduk bersila dihadapan rakan sebayanya itu.

Irisy mengekehkan tawa kecil, “Arell, salam mama Aya dengan abi Yad.”

Kini giliran Hairell pula bangun daripada duduknya. Anak lelaki itu berjalan kearah Dayana dan Ziyad. Dia menyalami Dayana terlebih dahulu sebelum Ziyad. Selesai, anak lelaki itu kembali ke tempat asalnya semula.

“Sebiji rupa ayah dia.” cebik Dayana tanpa menyedari apa yang barusan keluar daripada mulutnya itu.

Cepat Ziyad menekup mulut Dayana menggunakan tangan besar lelaki itu. Sengihan janggal terbit pada ulas bibir Ziyad.

“Bintang...”

Dayana membulatkan matanya. Tangan Ziyad ditepis lalu menoleh kearah Irisy, “Maaf, aku tak bermaksud untuk ingatkan kau pada lelaki itu.”

“Tak apa. Aku dah jumpa dengan dia semalam.”

“Hah?!” kali ini bukan hanya Dayana sahaja terkejut. Ziyad turut sama - sama terkejut mendengarkan ayat Irisy.

“Sumpahlah kau dah jumpa dengan Hazaen?” soal Dayana.

Irisy mengangguk, “Iya, aku jumpa dia waktu dekat airport semalam. Semalamkan aku ke airport buat jemput Kak Ngah dengan Bang Ngah aku.”

SempurnaWhere stories live. Discover now