I - 3O

45 16 0
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SUSUK BERTUBUH tegap yang sedang menghampiri Irisy itu dipandang penuh teruja oleh si gadis.

Terus tangannya didepakan── meminta Hazaen segera memeluknya.

Tidak perlu menunggu lama, sebaik sahaja Hazaen tiba dihadapan Irisy, isterinya itu dipeluk erat. Dikucup lembut pipi gebu milik Irisy.

"Tahniah!" ucap Irisy girang. Sungguh dia berbangga dengan Hazaen.

Rambut Hazaen, Irisy usap lembut.

"Terima kasih, cherie."

Sekali lagi, Hazaen mengucup ringkas pipi kanan Irisy sebelum lelaki itu kembali berdiri dengan benar. Bunga dan sekotak hadiah bersama dengan piala yang diperolehi olehnya sebentar tadi dihulurkan kepada Irisy.

Gadis itu tidak banyak tingkah. Dia menyambut huluran Hazaen itu. Ditilik hadiah milik Hazaen itu. Entah kenapa dia berasa senang akan perkara itu.

"Congrats, Jen." ucap Mateen dengan nada bangga. Telapak tangannya dilagakan dengan telapak tangan Hazaen.

"Thanks! Thank you juga sebab bantu aku."

"Tak ada hal ah, bro. Benda kecil sahaja." ucapnya. Sisi lengan Hazaen ditepuk kasar.

Lelaki berprofesi sebagai pelumba kereta itu hanya mengenakan sleeveless shirt berwarna hitam. Secara tidak langsung lengan Hazaen terdedah tanpa ada apa - apa kain.

Dan disebabkan itu Mateen memilih untuk menampar sisi lengan Hazaen── berharap Hazaen bakal merasakan perit.

Tetapi tidak. Lelaki bernama lengkap Hazaen Idham itu tidak merasakan apa - apa sama sekali.

"Eh, aku gerak balik dahulu. Kesian pula Irisy berpanas dekat luar ini." pamit Hazaen.

"Aku pun nak gerak dah ini. Nak hantar Anah balik rumah sewa dia. Jumpa lagi."

Mateen sama - sama pamit. Kedua - duanya berbual ringkas sebelum Mateen memanggil Dianah supaya mengikuti langkahnya.

Dianah mengambil kesempatan yang ada buat berpamitan dengan Irisy sebelum gadis itu mengejar langkah Mateen.

Sempat dia melambai kearah Irisy sebelum bayang Dianah benar - benar hilang. Kini, fokusnya dialihkan kepada Hazaen semula. Lebar senyuman yang diukir buat lelaki itu.

"Tahniah, Jen." sekali lagi Irisy mengucapkan kata tahniah.

Hazaen menjungkitkan sebelah keningnya, "Tak akan 'tahniah' sahaja?"

"Habis? Awak nak hadiah ke?" soal Irisy bingung. Ruas dahi gadis itu berkerut.

Hazaen menyungging sengihan. Keningnya dijungkitkan berkali - kali── membawa makna tersembunyi.

"Dekat rumah nanti saya beritahu."

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

WAJAH PULAS gadis yang berada dalam dakapannya itu dipandang kasih. Entah buat kali yang ke berapa, Hazaen mengucup ringkas kening si gadis.

Ditarik tubuh kecil itu supaya semakin merapatinya. Dielus lembut bahu si isteri. Senyuman kecil terukir pada wajahnya.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

❝ JEN, SAYA nak tanya sikit boleh?" izin Irisy.

"Banyak pun tak apa, cherie."

"Tentang tawaran awak tempoh hari── tentang rawatan fisioterapi itu. Tawaran itu masih ada?" soal Irisy.

SempurnaWhere stories live. Discover now