I - 11

43 17 2
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ HAZAEN MENGELUH kecil. Baru sahaja melangkah keluar daripada wad Irisy, semua mata sudah pun tertancap padanya.

Susuk tubuh tinggi lampai menarik perhatian Hazaen. Terus lelaki itu melangkah menghampiri lelaki tinggi tersebut.

"Yad..." tubuh Ziyad didakap oleh Hazaen.

"Abang Jen okay?" soal Ziyad khawatir. Belakang tubuh Hazaen dielus lembut oleh Ziyad.

Hazaen hanya mengangguk. Dia mahu lebih lama berada dalam dakapan Ziyad. Tidak boleh dinafikan, dakapan lelaki bertubuh tinggi itu sangatlah hangat.

Patutlah Dayana suka peluk Ziyad jika ada masalah. Senyaman itu rupanya berada dalam dakapan seorang Ziyad Nufa'el.

"Itu... Hazaen yang Jaja minat itu ke?" soal Dianah pada Marissa. Gadis itu berbisik tepat pada cuping telinga Marissa.

Marissa hanya mengangguk, "Nampak macam iya. Bapak handsome Jen bila tengok depan - depan."

"Patutlah Jaja minat. Handsome rupanya." gumam Dianah.

Bahu Dianah, Marissa senggol, "Kau ini. Kan Yad ada depan ini. Kalau Yad dengar, terasa dia nanti."

"Yad pun tak kalah tampan juga. Lagian pula Ziyad lebih tinggi daripada Hazaen. Dekat situ pun Hazaen dah kalah dengan Ziyad."

Marissa mengangguk, "Jaja kan minat lelaki tinggi."

"Betul."

"Eh, eh! Melebih pula kau ini. Tak payah nak peluk laki aku lama sangat."

Marissa dan Dianah mengangkat wajahnya. Fokus dua gadis itu tertumpu pada Dayana. Gadis berkacamata mata itu sedang menarik tubuh Ziyad supaya menjauhi Hazaen.

Dianah melopong melihat tindakan Dayana itu. Dayana dipandang tidak percaya, "Ja?"

"Apa?"

"Kau kenal Hazaen?" soal Dianah.

"Kenal lah! Dia kan F1 racer yang aku minat itu."

"Bukan── maksud aku, kau nampak macam dah kenal dia lama." ujar Dianah. Ayatnya dijelaskan supaya Dayana lebih faham.

Dayana mengangguk, "Hazaen ini kawan Yad. Jadi secara tak langsung aku kenal lah dengan dia."

"Lagian pula, bukan aku dah cerita ke dekat kau perihal kejadian dekat rumah Hazael tempoh hari?"

Dianah baru teringat. Gadis itu mengangguk dua tiga kali. Dayana ada menyebut nama Hazaen tempoh hari. Mungkin waktu itu dia kurang memberi perhatian apabila Dayana bercerita.

"Oh, patutlah." lagi - lagi Dianah mengangguk.

Patutlah Dayana tak seteruja dahulu apabila melihat Hazaen. Kalau dulu, asal Hazaen ada game di Sepang, pasti gadis itu teruja mahu pergi bagi melihat Hazaen.

Namun sekarang, boleh pula gadis itu bergaduh dengan Hazaen.

Hazaen mengundurkan langkahnya kebelakang. Lelaki itu menjauhi Ziyad. Dayana dipandang atas bawah. Rasa mahu tabok sahaja budak kecil ini.

"Tahulah Ziyad itu sendirian berhad. Ambilah, ambil." geram Hazaen. Sempat - sempat lelaki itu menjeling Dayana.

Ziyad mengeluh kecil. Yang berdua ini, asal bersua pasti ada sahaja isu yang mahu diadukan. Bahkan Ziyad sahaja boleh dijadikan isu pergaduhan dua manusia itu.

"Macam mana? Abang dah cakap dengan Irisy ke?" soal Ziyad dan Hazaen mengangguk.

"Lepas itu Juju cakap apa?" soal Dayana pula.

SempurnaWhere stories live. Discover now