I - 28

43 17 18
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ TERIMA KASIH, Mateen. Kau betul tak mahu masuk minum dahulu?"

"Eh, tak apalah. Aku nak balik rumah dahulu. Ada hal nak kena uruskan dengan mertua aku." tolak Mateen lembut.

"Kalau macam itu, tak apalah. Terima kasih tolong belikan barang." ucap Hazaen sekali lagi.

"Tak ada hal lah, bro. Jumpa esok time game. Jangan lambat pula." pesan Mateen sebelum lelaki itu melangkah keluar daripada pagar rumah Hazaen.

Sebaik sahaja kereta milik Mateen meluncur laju, baharulah Hazaen kembali mengatup rapat pintu rumahnya.

"Mateen hantar apa?"

Spontan Hazaen memusingkan tubuhnya. Irisy yang berada diatas sofa ruang tamu itu dipandang.

"Barang masak. Saya tak sempat nak keluar jadi saya kirim sahaja pada dia. Alang - alang dia mahu ke rumah mertuanya." jelas Hazaen seraya melangkah kearah dapur.

Irisy mengangguk faham. Belakang tubuh Hazaen yang sedang mengeluarkan barang dapur itu dipandang daripada ruang tamu.

"Awak nak masak apa?" soal Irisy.

Tanpa menoleh, Hazaen menjungkitkan bahunya, "Saya ingat nak buat kek. Iyalah, kan Aya dengan Yad mahu datang hari ini."

Irisy mengangguk faham. Sengihan kecil terukir pada wajah gadis berambut panjang itu, "Saya nak teman awak dekat dapur."

Serentak dengan itu Hazaen mengekeh kecil. Dia memusingkan tubuhnya lalu berjalan kearah ruang tamu. Irisy yang berada diatas sofa itu dicempungnya.

Dia kembali berjalan kearah dapur semula. Kali ini Hazaen tidak meletakkan Irisy keatas kerusi seperti biasa. Isterinya itu diletakkan keatas kaunter dapur.

Barang - barang dan semua jenis bahan yang bakal digunakan untuk mengadun kek, Hazaen letakkan keatas kaunter juga.

Irisy hanya memandang gerak - geri suaminya itu daripada atas kaunter dapur.

"Awak reti buat kek ke?" soal Irisy. Jarang dia dengar lelaki reti baking. Paling - paling pun masak sahaja.

"Bolehlah sikit - sikit."

Hazaen lincah melakukan perkara yang disuruh seperti yang berada dalam video pada iPad-nya itu.

"Awak nak buat kek flavour apa?"

Soalan Irisy itu berjaya menghentikan aktiviti Hazaen. Terus si suami menoleh kearah si isteri.

"Awak nak flavour apa?"

"Matcha! " yakin Irisy menyebut jawapannya.

Air muka Hazaen mendadak berubah, "Matcha? "
Irisy mengangguk yakin, "Kenapa? Awak tak suka matcha ke?"

"Bukan tak suka cuma kurang gemar." jawab Hazaen.

"Tetapi bukan ke awal kita jumpa... awak berebut coklat matcha dengan saya?"

Spontan Hazaen menghamburkan tawanya. Sudah tentu dia masih ingat akan kejadian sebulan yang lepas.

Kejadian yang membawa dia dan Irisy bersua buat kali pertamanya.

"Itu coklat Mateen, lah. Dia yang suruh saya belikan." ujar Hazaen.

Pada mulanya, memang coklat itu untuk Mateen tetapi dek kerana dia berebut pula dengan Irisy, terus terkubur niatnya untuk membelikan coklat tersebut buat Mateen.

"Memang kena beli rasa matcha aja ke? Kau boleh sahajakan beli rasa lain? Sudahlah aku craving teruk Beryl's ini."

Itu merupakan rungutan yang dilemparkan oleh Mateen apabila melihat Hazaen melangkah keluar daripada outlet Beryl's dengan tangan kosong.

SempurnaWhere stories live. Discover now