Code 15

64 15 23
                                    

HENRY dapat rasakan ada seseorang yang memerhati dari celah tingkap gelongsor itu. Darwish dan Eldric sudah tidur, itupun dia yang suruh. Jam tangan strawberry milik Irvan yang diberi kepada Henry dikerling sebentar di pergelangan tangan. Sudah sejam berlalu.

Entah apa yang berlaku kepada mereka bertiga. Moga-moga Tuhan melindungi.

Lewat ekor mata. Firasat Henry semakin kuat mengatakan ada orang ditepi tingkap.

Henry beranikan diri datang mendekat.

"Pstt... phoenix. Ini aku. Takkan dah lupa?"

Kening Henry berkerut. Siapa pula yang panggil dia dengan nama samaran nya itu? Setahu Henry. Selain rakan sepasukan, dan Uncle Grey, Zean adik kepada orang tua itu juga tahu. Takkan lah...

"Badrol?" Henry menyoal separuh berbisik.

"Ya Allah..." Zean mengucap panjang. Dahi ditepuk. Nama dia punyalah cantik, tapi dapat dengan Henry. Dari Zean ke Badrul.

"Badrol kan?" Henry menyoal lagi.

Badrul pun Badrul lah. Zean tak kisah.

"Apa-apa lah. Corasus dalam bahaya. Mereka diserang oleh Black Wolf. " beritahunya lagi.

Tingkap gelongsor dibuka oleh Henry. Sempat dia liarkan pandangan ke sekeliling, risau kalau ada mata yang memerhati. Tetapi tidak ada.

"Cepat, masuk ke dalam!"

Zean angguk laju.


MUJUR Neil Rayyan tiba di situ. Kalau tidak, entah apa yang akan berlaku pada Fiq. Tubuh Fiq dipapah. Irvan pula senang hati membelasah cukup-cukup lelaki yang menyerang cendawan kecil itu.

"Mari pulang. Kita dah dapat apa yang kita mahu." beritahu Irvan.

Neil Rayyan sekadar mengangguk.

Tibanya mereka digelanggang bola keranjang. Tingkap gelongsor dibuka. Satu per satu mereka masuk ke dalam. Yalah, takkan nak masuk ke dalam sama-sama? Sudah lah tingkap itu tak luas, tak juga kecil.

"Badri?" Kali ini giliran Irvan. Dari Zean, ke Badrol, dan ke Badri. Zean sudah tak tahu nak berbuat apa. Nak marah, hal itu kecil sahaja. Tidak perlu nak dibesar-besarkan.

Zean mengeluh perlahan. "Badri pun Badri lah."

Tubuh kecil Fiq disandarkan pada dinding. Perlahan dan perlahan Fiq angkat kelopak mata. Awal-awal kabur, lama-lama jelas sedikit. Fiq gosok mata.

"Eh, Zubir? Macam mana kau boleh ada kat sini?"

"Zubir zubir... banyak cantik Zubir kau. Nama dia Zayan. Betul tak?" tambah Neil Rayyan lagi.

Fiq sentuh dahi. Ada darah. Tapi taklah teruk mana hingga dia perlu dikejarkan ke hospital. Tak jantan namanya kalau luka sekecil itu tak mampu nak tahan.

"Nama aku Zean." sebut Zean. Mereka angguk saja.

"Macam mana kau boleh ada kat sini?" soal Irvan.

"Ziyad yang suruh. Lepas dia lost connection dengan kau orang. Dia suruh aku ke sini. Apalah... aku tengok kau orang berempat ini ok saja. Tak perlu bantuan aku pun. Tengok tu... siap tambah ahli baru." Tunjuk Zean ke arah Darwish dan Eldric yang sedang lena dibuai tidur.

Mungkin mereka penat sampai tak perasan kehadiran Zean.

"Ahli baru apanya? Mengarut sajalah kau ini." Irvan menjeling.

"Black Wolf. Orang yang serang Fiq tadi ialah salah seorang ahli dari kumpulan itu." jelas Zean. Air kosong diteguk perlahan. Basah sedikit tekaknya, boleh lah dia memulakan cerita lepas ni.

"Apa lagi yang kau tahu pasal dia orang? Cepat cakap. Kita tak boleh berlama-lama kat sini." Henry sudah tidak sabar keluar dari tempat pelik itu.

"Miracle. Sekolah ini bukan atas nama Rafael, tapi Wolf. Highscore, peraturan pelik, atau apa-apa yang berkait dengan Miracle semua wujud atas nama Wolf. Erti kata lain, dia dah rancang semua dengan teliti, dia lah punca dan dalang sebenar." Zean tarik nafas dan hembus.

Laptop Henry dipinjam. Video yang dia pindahkan dari komputer Tuan Yohanes langsung dicari. Henry pelik. Darimana Zean tahu mereka pernah pecah masuk ke dalam bilik Tuan Yohanes? Darimana dia tahu ada video yang dia ambil dari komputer itu?

"Video tu..." Henry berhenti berkata.

Video yang pernah dia lihat dengan Fiq dan sepatutnya ditunjukkan kepada Neil, tetapi mereka tidak berani.

Neil mendekat. Seluruh tubuh kaku bila dia terpandang wajah Neilya Rayna. Wajah itu... iras benar dengan wajah arwah Ibu mereka. Wajah yang amat dia rindu. Suara yang amat dia rindu untuk dengar.

Neil Rayyan tahan air mata dari menitik. Memori silam menerpa ingatan.

Sudah seminggu berlalu Neilya tak pulang ke rumah. Laporan polis sudah dibuat, dan mereka mengesahkan bahawa kakaknya itu berkemungkinan diculik ataupun melarikan diri bersama teman lelaki. Tetapi, takkan lah?

Neilya saja sudah bertekad pada dirinya dan Neil untuk tidak bercinta sehingga umurnya meningkat ke usia dewasa. Dan, Neil tahu Neilya berpegang pada janjinya. Dia sedia maklum Neilya berkawan rapat dengan seorang pelajar lelaki dari sekolah tinggi Miracle. Dia tak kisah kalau Neilya mahu berkawan, jangan melampaui batas sudah. Dia sendiri yang akan uruskan lelaki itu.

Tetapi, hari demi hari berlalu. Kehilangan misteri itu semakin menimbulkan pertanyaan dikalangan jiran-jiran dan kenalan yang mengenali anak kepada bekas peninju itu.

Andaian, khabar angin, mula tersebar luas. Neil juga yang kena tempiasnya.

Dua minggu selepas kejadian itu berlaku. Pihak polis menemukan mayat seorang gadis bertelanjang bulat yang dibuang ke dalam sungai berhampiran kawasan sekolah rendah. Hasil siasatan menunjukkan bahawa Neilya Rayna disahkan meninggal dunia selepas menerima pukulan kuat dikepala. Mereka juga mendapati gadis itu dirogol berkali-kali oleh orang yang berbeza-beza.

Di fikiran Neil Rayyan, hanya satu nama yang terlintas. Tetapi dia tidak berani memberitahu kepada pihak berkuasa. Manalah mereka mahu mendengar pandangan dari remaja lelaki yang baru berusia 14 tahun pada ketika itu. Dan, Neil bertekad. Dia akan cari siapa pelakunya, dan balas dendam ke atasnya.

Irvan menepuk bahu Neil Rayyan. Dia tahu lelaki itu kuat.

"Aku ok. Aku tak apa-apa."

Bohong! Dia tidak pandai menipu perasaannya bila melibatkan Neilya Rayna.

"Rafael. Dia jadi mangsa." ujar Zean.

Neil Rayyan ketap bawah bibir. "Apa maksud kau?"

"Macam aku cakap... sekolah ini dikuasai oleh Wolf, dan bukannya Rafael." sambung Zean.

Jadi selama ini Neil Rayyan lepaskan kemarahan pada orang yang tidak bersalah? Kenapa?

"Aku tahu kau takkan percaya cakap aku. Tapi tengok video ini."

Henry tak menyangka Zean adik Tuan Ziyad itu mahir dalam bidang hacking. Kode-kode, bahasa asing, dan simbol tertentu terapung-apung pada skrin laptop. Sekelip mata sahaja, video Rafael dipaparkan.

"Kalau kau tak nak mati. Kau kena ikut cakap aku." WOLF menyerahkan tugas paling besar kepada Rafael.

Henry tambah kelantangan suara. Darwish yang terjaga, cepat-cepat menyertai mereka.

"Drama apa ni, drama apa ni."

Rafael angkat muka. Mukanya dipenuhi kesan tumbukan dan lebam merata-rata.

"Kalau aku tak nak?" Rafael menyoal seakan mencabar Wolf.

"Kau kenal dengan perempuan ini?" Gambar Neilya Rayna diangkat. Mata Rafael membesar. Jantung berdebar hebat.

"Kau sentuh dia. Kau akan mati. Ok, aku akan ikut cakap kau." Rafael mengepal penumbuk. Ingin saja dilepaskan ke wajah bertopeng itu, tetapi dia tidak boleh melakukan apa-apa.

Kerana nyawa Neilya Rayna terletak pada Wolf.






𝐏𝐋𝐀𝐘 𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐀𝐌𝐄 [C]Where stories live. Discover now