Code 14

52 17 11
                                    

"Buat masa sekarang kita selamat kat sini." Pintu bilik stor sukan dihadang dengan almari usang.

Fiq mengambil tempat duduk disebelah Henry yang sedang berhempas pulas mendapatkan rakaman cctv sekitar kawasan sekolah. Neil Rayyan pula memerhati keadaan di luar dari celah tingkap. Manakala Irvan menyiapkan mi segera yang sempat diambil dari lokar Neil untuk dimakan bersama. Darwish dan Eldric yang tidak tahu menahu sekadar melihat tanpa bicara.

"Dah siap. Jom makan." Empat cup mi segera dibawa oleh Irvan, selebihnya dibantu oleh Neil.

Garpu plastik dihulur kepada Darwish dan Eldric.

"Makan." arah Irvan sambil duduk bersila di atas lantai.

Eldric masih takut-takut. Dia teragak-agak ambil garpu plastik dari Irvan.

"Jangan takut. Dia takkan apa-apakan kau. Dia baik." ujar Neil Rayyan. Irvan angguk laju.

"Ceh! Baik lah sangat." Fiq buang muka.

"Apa yang sudah berlaku? Aku tak faham. Kenapa Rafael mati kena bunuh? Siapa yang buat semua itu?" Darwish membuka bicara.

Irvan berhenti menyuap mi segera ke dalam mulut.

"Aku pun tak tahu. Aku tak ada jawapan untuk itu."

Kocek seluar Henry diraba. Kopiko blister pack yang tersisa lima biji dibawa keluar. Dua biji diisi ke dalam mulut, selebihnya diberikan kepada Fiq.

"Weyh, aku pun nak juga!" Neil Rayyan cuba merebut gula-gula berperisa kopi itu daripada Fiq. Fiq jelir lidah. Dua biji dia ambil, sebiji lagi diberikan kepada Neil.

Neil menjeling geram.

"Yes! Dapat juga akhirnya." Laptop dipusing ke arah mereka berempat.

Darwish berhenti menyuap mi segera. Dia meletak cup di atas lantai dan menyertai mereka berempat melihat paparan itu.

"Setiap koridor dijaga oleh empat hingga ke enam orang. Kita betul-betul dah kena perangkap kat sini. Kalau nak keluar pun... kena plan dulu." Henry bersuara. Mi segera perisa kari diambil dan disuap ke dalam mulut.

"Mal. Kenapa mi aku kembang?"

Irvan pandang sinis. "Dah kau yang biarkan. Kita orang dah habis makan, kau baru nak makan."

"Whatever lah!" Irvan dijeling.

"Tapi kita tak boleh nak berlama-lama kat sini. Lambat laun pasti ketahuan." Tambah Fiq. Neil Rayyan mengangguk laju.

"Habis itu kita nak buat apa? Berdepan dengan dia orang? Nope. Aku tak berani." Awal-awal Darwish menyatakan hasratnya yang dia tak mahu terlibat kalau ada pergaduhan.

"Jangan risau. Aku akan pastikan yang kau orang berdua tak kena usik." Sebagai orang yang paling tua diantara mereka berenam, Henry menunjukkan sifat protective seorang abang kepada adik-adiknya.

"Kau ok, Eldric?" Neil Rayyan bertanya.

Eldric angguk laju.

"Tengah fikirkan girlfriend lah tu." usik Fiq.

"Mana ada!" nafi Eldric.

"Iyalah tu. Habis tu sebelum ini yang kau berbual mesra dengan pelajar sebaya aku itu apa? Siap bertukar surat macam tak boleh jumpa face to face." Darwish menambah.

Fiq menggoncang jari. "Eleh..."

Eldric menangkap jari telunjuk Fiq. "Kita orang tak ada apa-apa lah."

"Serious lah kau orang berdua tak ada apa-apa? Tak silap nama pelajar tu..." Neil cuba mengingat nama gadis pujaan hati Eldric.

"Usop." jawab Darwish selamba.

"Bukan. Itu nama pelajar paling muda dalam kelas aku." balas Neil.

"Erm... Syasya?" Eldric bersuara juga. Neil Rayyan mengangguk laju.

"Betul tu!"

"Shh!"

Pandangan mereka teralih kepada Irvan yang memerhati dari celah tingkap.

"Dia orang ada dekat luar. Matikan lampu. Cepat!" Separuh berbisik, Irvan mengarah.

Darwish yang paling dekat dengan suis lampu bilik stor bangun. Suis lampu dimatikan. Henry pula mengurangkan kecerahan pada laptopnya. Dia melihat melalui paparan cctv.

"Dia orang dah makin dekat." beritahu Henry.

Kira-kira sepuluh orang lelaki sasa membawa senjata tajam berkeliaran digelanggang bola keranjang. Mereka memeriksa setiap tempat termasuklah tempat duduk penonton. Setelah berpuas hati, mereka mula melangkah pergi.

"Kejap! Bilik stor. Kita belum periksa bilik stor tu." beritahu salah seorang dari rakan mereka.

Henry berdecit geram. Kalau mereka periksa bilik itu, tiada pilihan lain. Mereka perlu menyerang, atau mereka yang akan diserang.

Irvan sedia dengan pemukul besbol ditepi tingkap. Fiq dan Neil juga sedia dengan senjata mereka. Manakala Henry yang bertugas sebagai hacker perlu lah dilindungi. Dia berkumpul dengan Eldric dan Darwish.

Henry perhati paparan cctv. Perlahan dan perlahan... tiga orang lelaki maju ke bilik stor. Tombol dipulas oleh seorang lelaki yang paling tinggi diantara mereka.

Jantung Darwish berdebar kencang. Antara takut dan gementar, dia pilih takut. Dia takut apa yang berlaku dekat Rafael berulang pada mereka.

"Wen! Dia orang ada kat hujung lorong." beritahu salah seorang rakan mereka.

Lelaki tinggi yang bernama Wen itu menoleh ke belakang. Di tinggalkan bilik stor tanpa diperiksa. Lain hari sajalah mereka periksa, bukan ada apa-apa pun.

Sempat lelaki yang memanggil Wen memandang ke arah bilik stor sebelum membuntuti langkah rakan-rakannya di hadapan. Takkan dia tahu mereka bersembunyi di situ?

Henry melepas nafas lega. Tetapi muka lelaki yang memanggil nama Wen itu seperti pernah dia lihat sebelum ini. Tetapi di mana? Bukan di Miracle, tetapi dirumah Uncle Grey sewaktu mereka beraya ke rumahnya. Henry angkat bahu. Kebetulan saja.

Lagipula dalam dunia ini ada tujuh orang bermuka sama. Jadi dia tak hairan kalau ada yang iras-iras dengan adik Uncle Grey.

"Malam ni kita stay kat sini. Tapi awal pagi esok. Kita kena gerak." Irvan berkata layaknya seorang ketua yang memimpin pasukannya.

Mereka mengangguk laju.

"Tapi kita tak boleh leka. Jamal, Jamil, kau orang berdua ikut aku. Kita kena cari jalan keluar dari tempat ini." Cadang Irvan.

"Setuju." Neil dan Fiq berkata serentak.

"Aku nak ikut boleh?" Darwish bersuara. Mereka tahu niatnya mahu membantu, tetapi dengan keadaan Darwish yang tidak tahu ilmu pertahanan diri. Mereka susah mahu percaya.

"Tak perlu rasanya. Stay sini dengan Kamil. Kita orang bertiga pergi tak lama pun." Jamin Fiq serius.

Darwish dan Eldric angguk saja.





BANDANA yang menutupi separuh dari wajah Fiq ditarik ke bawah. Dia dapati ada pergerakan mencurigakan sekitar kawasan belakang sekolah. Dia segera memaklumkan kepada Neil dan Irvan agar mereka tahu dan cepat-cepat datang ke situ. Fiq perhati saja dari tepi sebatang pokok besar dan mampu untuk melindungi tubuh kecilnya. Memang benar... sekolah ini memang pelik.

Fiq perhati lama-lama sehingga dia tak perasan ada seseorang menapak ke arahnya.

Perlahan dan perlahan...

Ranting-ranting patah yang dipijak kedengaran jelas ditelinga Fiq. Dia menoleh ke belakang.

Lambat.

Besi besbol mendarat tepat dikepala Fiq. Cecair merah yang mula mengalir dari kepala nya tidak dipeduli. Sewaktu lelaki itu cuba mengangkat tubuh kecil Fiq. Dia dihalang oleh Neil Rayyan.

"Tak guna!"















Memandangkan HD dah completed. Giliran PTG pula fyy nak push.

𝐏𝐋𝐀𝐘 𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐀𝐌𝐄 [C]Where stories live. Discover now