Code 5

95 18 12
                                    

"Jangan jadi bodoh Code!" Henry bersuara keras.

"Maju." Neil Rayyan memberi arahan.

Black, salah seorang hamba Rafael. Bertubuh besar dan lebih tinggi berbanding Neil Rayyan. Jika dilihat dari luar, mereka cumalah mengharapkan Black. Orang kuat? Mungkin. Yang lain cuma tahu berdiri di belakang dengan senjata di tangan masing-masing. Sedikit pun tidak berani datang mendekat kecuali Black.

Xander dan Hilman? Mereka menjadi penonton tidak berbayar di situ. Kembali duduk di atas sofa. Katanya tadi, beria-ria menunjukkan skil tidak seberapa itu. Sekarang... sudah menjadi penonton seperti sedang berada di panggung wayang.

Black mematahkan jemarinya seolah memberi amaran awal. Soal ini... dia tak main-main. Dari mata kasar, pelajar yang mungkin muda setahun atau dua tahun dari Black kelihatan bersemangat. Aura yang mengelilingi dia cukup memberi amaran awal. Tapi namanya sudah Black, ancaman sekecil itu dia tak adalah nak takut mana.

Selipar tidur ditanggalkan dan berganti dengan kasut sekolah Eldric. Neil Rayyan memalingkan muka ke kiri, cuba mencari kelibat Eldric. Sesaat, mata mereka bertembung arah. Eldric kelihatan kaku.

Mungkin terkejut?

"Maaf, nanti aku belikan yang baru,"

Usai berkata dia kembali memandang Black. Eldric masih terkejut. Dia seakan-akan tak percaya Neil Rayyan baru saja mencabar The Devil.

Tidak menunggu lama, empat orang menyerbu ke arah Neil Rayyan. Setiap serangan dapat dia elak, dan balas. Terkadang Black ikut campur. Yang lain? Cuma tinggal di belakang menyaksikan pertarungan empat lawan satu. Neil Rayyan menyeringai. Sengaja dibiarkan pipinya menjadi mangsa tumbukan dari Black, kalau bukan kerana Uncle Grey yang bersuara ditempat ini juga Black dibelasah teruk-teruk. Tapi... tak salah untuk dia bermain lagi bukan?

"Aku dah cakap... sampah macam kau ni..."

Belum habis Black bercakap, satu tumbukan dihayun sepenuh tenaga ke arah Black. Tubuhnya terjelopok di atas lantai dengan tepi bibir mula mengalirkan cecair merah. Black menyinis sambil mengelap cecair tersebut.

"Orang macam kau ni..."

Dia kembali bangun. Membetulkan kedudukan, dan bersedia membalas serangan Neil Rayyan.

"Memang patut mati!"

Tangan yang mengepal penumbuk dilepaskan ke arah Neil Rayyan. Seakan dapat membaca pergerakan dari Black, Neil Rayyan sempat mengelak. Dia tunduk dan kembali berdiri. Celah kelangkangan Black menjadi sasaran. Dia mengerang kesakitan dengan mulut menyumpah-nyumpah. Sepantas kilat, hidung yang sememangnya pesek itu menjadi lebih pesek bila tumbukan dari Neil mendarat di muka Black.

Black rebah di situ. Beberapa orang pengikut Black datang menerpa ke arahnya. Di tangan mereka terdapat senjata seperti besi besbol, dan kayu.

"This is your last chance, pergi sebelum aku ubah fikiran." Tegas Neil Rayyan memberi amaran awal. Peduli apa mereka?

Berhamburan kata carutan yang dituju ke Neil Rayyan, satu pun dia tak dengar atau lebih tepat tidak ambil peduli.

Seketika berlalu, Neil Rayyan sudah pun duduk di atas lantai dengan wajah senang hati. Suka melihat sepuluh orang terbaring lemah di atas lantai. Ada yang memegang lutut, perut, mengerang kesakitan, dan ada yang sudah tak sedarkan diri di situ. Salah satunya Black. Setakat serangan lemah darinya dengan mudah Black jatuh.

Hilman seakan tak percaya. Sepuluh lawan satu? Lelaki ini boleh dikatakan sebagai raksasa kerana masih mampu tersenyum-senyum seperti orang gila. Berbeza reaksi dari Xander, dia tak kagum pun.

𝐏𝐋𝐀𝐘 𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐀𝐌𝐄 [C]Where stories live. Discover now