Code 3

97 22 23
                                    

"Show me what you got,"

"Guys!"

Lantang suara itu menjatuhkan arahan kepada Hilman dan Xander. Mateo pula berundur beberapa tapak ke belakang. Sudah tahu apa yang ingin dilakukan oleh mereka. Sebilah kapak dan besi besbol dibawa keluar dari dalam peti harta karun berwarna coklat gelap berhampiran tempat duduk Rafael. Sementara seorang hamba Hilman mengangkat meja kecil dan diletak betul-betul di hadapan Neil Rayyan.

"Ap... apa..."

Kedua tangannya direntap kasar dan dipaksa melekap pada atas meja. Hilman datang mendekat bersama sebilah kapak, manakala Xander sudah mengambil tempat di belakang Neil Rayyan.

Rafael menghitung. Tiba pada angka satu, Xander memukul belakang tubuh Neil Rayyan sehingga Neil Rayyan jatuh melutut. Kedua tangannya cuba ditarik, tetapi gagal. Hamba Hilman mencengkam kuat pergelangan tangan Neil Rayyan. Hayunan kapak bagai ingin membelah jantung, Neil Rayyan meronta sekuat hatinya di susuli jeritan ketakutan dibuat-buat. Dia sudah merasakan lebih dari itu. Misi-misi sebelum ini telah menjadikan dia seseorang yang lebih berani dan sedia menghadapi ancaman musuh.

Setakat begini, mudah sahaja. Dia cuma perlu berpura-pura.

Neil Rayyan mula terasa jemarinya mengeluarkan cecair merah pekat. Bila dia buka mata, sebilah kapak hampir-hampir memisahkan jari cantiknya. Kapak tajam itu berhenti tepat-tepat di atas jari Neil Rayyan.

Hilman senyum sumbing. Kapak di jauhkan dari tangan Neil Rayyan. Sementara Xander sudah berdiri tegak di sebelah Rafael sambil bertepuk tangan.

"Bravo! Ini yang aku suka. Aku suka ketakutan kau, reaksi muka, dan cara kau jerit minta tolong. Aku suka dengar." puji Rafael.

Setiap hamba baru disajikan dengan sambutan dari The Devil. Seperti tadi, Mateo sudah pernah melaluinya. Namun dia lebih teruk berbanding hamba-hamba yang lain. Ketakutan melebihi segalanya. Dia terkencing di dalam seluar sebelum dibelasah cukup-cukup oleh Xander. Selepas itu barulah dia diambil sebagai orang kanan Xander. Pengecut rupanya Mateo ini.

"Tapi aku tak nak jadi hamba. Aku nak jadi diri aku. Aku manusia, dan aku tak terima arahan dari orang lain."

"Kau fikir kau siapa hah?!" tempik Mateo.

Dia mencengkam kuat kolar baju Neil Rayyan sebelum dihalang oleh hamba Hilman yang bernama Huzairi. Tubuh Neil Rayyan ditolak kasar sehingga dia terjatuh lagi ke atas lantai. Boleh dikira berapa kali dia jatuh dalam hari ini.

Alah... berpura-pura jatuh dan berpura-pura lemah sebahagian daripada lakonannya juga.

"Jadi... kau nak hidup sebagai manusia?" Rafael menyoal. Neil Rayyan mengangguk laju.

Kaca mata berbingkai silver dirapikan sedikit. Tanpa mereka tahu, setiap kali Neil Rayyan menyentuh kaca matanya ataupun melihat ke arah mangsa. Gambar ataupun video ditangkap melalui kanta dan disalurkan kepada Henry untuk siasatan lanjut. Biasanya Henry mengimbas wajah pesalah yang dihantar oleh Neil Rayyan melalui kaca matanya sebelum Henry mula mengorek maklumat mengenai mereka.

Rafael tergelak besar. "Jamal... Jamal... Ok! Aku akan jadikan kau sebagai manusia. Manusia sebenar. Bukan patung, hamba suruhan, ataupun tukang jilat kasut aku. Cuma manusia." Rafael berkata sinis. Dia kembali duduk ditempat asal. Sama seperti tadi. Kali ini kedudukan kaki dibawa bersilang.

"Pergi,"

Malam itu, bilik asrama yang dihuni seramai enam orang kosong tanpa pemilik katil masing-masing kecuali Neil Rayyan. Ditempat yang agak tersorok, di sebelah lokar. Di situ lah Neil Rayyan bersama komputer riba memeriksa maklumat peribadi The Devil yang dihantar oleh Henry.

𝐏𝐋𝐀𝐘 𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐀𝐌𝐄 [C]Where stories live. Discover now