Code 4

82 22 27
                                    


"Erghh... lepaskan aku!"

Sia-sia. Tiada guna dia menjerit meminta tolong. Tiada sesiapa yang akan datang membantu, dan menyelamatkan Firdaus dari tiga ekor iblis ini.

Dia dipaksa melutut oleh Khuzairi, hamba kepada Hilman. Dia pun apa kurangnya juga. Rambut Firdaus dicengkam kuat oleh Khuzairi dan memaksa Firdaus mengangkat kepala.

Buk!

Terpusing wajahnya ke kiri bila tumbukan dari Khuzairi melayang tepat-tepat diwajah Firdaus. Kedua tangannya sudah diikat dengan tali. Dia tidak mampu melawan mahupun membalas semula serangan itu. Dia terlalu lemah! Hanya di sebabkan dia tidak sengaja menumpahkan air ke atas baju Xander, ini yang dia dapat? Dia disuruh menjilat muntah Xander?

"Allah..." Firdaus sudah tak mampu membuka mata. Depan matanya sendiri, dia disajikan dengan pandangan kurang enak.

Muntah air haram yang bercampur dengan cecair kuning. Sekali hidu saja sudah tahu itu apa. The Devil dan alkohol tidak boleh dipisahkan.

"Aku minta maaf Xander! Ini semua salah aku. Tapi perlu ke..."

"Jangan banyak cakap lah!" Khuzairi menyampuk.

Buk!

Buat kali kedua pipinya menjadi mangsa tumbukan seorang pemula dari Khuzairi. Firdaus tertiarap mencium lantai. Tubuhnya menjadi mangsa tendangan berkali-kali dari Khuzairi. Raungan menahan sakit jelas ditelinga pelajar-pelajar yang mengelilingi tempat itu. Tetapi tiada sedikit pun di antara mereka yang ingin membantu. Malah terus tergelak dan melontar bebola kertas ke arah Firdaus.

Rafael yang baru tiba di situ mengangkat jari telunjuk ke bibir mengisyaratkan sesuatu. Serta merta bunyi sorakan yang kedengaran kuat di gelanggang bola keranjang itu terhenti. Pandangan mereka beralih pada tiga orang lelaki yang mula duduk di atas sofa.

Rafael Alden, Alexander Oliver, Hilman Julian.

Siapa yang tidak mengenali mereka akan di anggap lemah dan lebih teruk berbanding sampah!

"You can go," Xander menjatuhkan arahan. Khuzairi mengangguk laju dan melangkah menuju ke Mateo. Firdaus kembali melutut bila Xander berdiri betul-betul di depannya.

"Firdaus... Firdaus... Nama kau sedap di dengar." Pujian itu tersangatlah palsu. Firdaus membuang ludah. Ikutkan hati nak saja dia ludah terus ke muka Xander. Firdaus tergelak hambar. Gelakkan yang cukup hambar dan sumbang ditelinga Xander.

"Enough." Xander masih mengawal nada suaranya. Firdaus tak peduli. Dia masih lagi tergelak seperti orang kurang akal di mata Xander. Mana mungkin dia mahu menjilat muntah air haram itu? Mati sekali pun jangan harap dia akan buat.

"Enough!" Suaranya bertukar keras. Rambut Firdaus ditarik dengan kuat sehingga kulit kepalanya terasa ingin tercabut. Sedaya upaya dia mengeraskan tubuh. Tetapi malangnya, sia-sia. Bau busuk semakin menusuk ke dalam hidung. Sedikit saja lagi mukanya tersentuh dengan air haram itu.

Rafael menyinis. Itulah siapa suruh cari pasal? Kan sudah kena.

"Bravo!" Rafael menepuk tangan tanda puas hati.

Hilman sudah lama meninggalkan tempat duduk, dan bergerak ke arah sekumpulan pelajar perempuan. Tidak cukup tiga, bertambah lagi dua. Begitulah kehidupan Hilman yang berlandaskan nafsu semata-mata. Sama juga seperti yang lain.

Terputus-putus nafas Eldric bila dia tiba di gelanggang bola keranjang. Tidak seperti Neil Rayyan masih lagi bertenaga. Pada mulanya Eldric selangkah di hadapan, tak lama Neil Rayyan memecut seperti dikejar hantu dan terus meninggalkan Eldric di belakang.

Dia atlet lumba lari kah apa?

"Pinjam kasut kau." arah Neil Rayyan.

"Kau nak buat apa?" Tanpa banyak tanya, Eldric menurut. Bila di lihat, Neil Rayyan hanya memakai sepasang selipar tidur berwarna biru dan bercorak angry birds. Tapi... apa yang dia nak buat dengan kasut Eldric?

"Ok, good." balas Neil Rayyan selamba.

"Kau nak buat..."

Swoshh...

Balingan kasut sekolah Eldric mengenai tepat belakang kepala Xander. Peluang yang ada terus diambil oleh Firdaus. Serta merta Firdaus melepaskan diri dari Xander, dia mengesot ke belakang dengan harapan Xander tidak menyedari.

Xander buka mata. Sebelah tangan mengepal penumbuk, sebelah tangan lagi mengutip kasut sekolah itu.

Xander memusingkan tubuh menghadap Neil Rayyan dan Eldric. Pelajar yang berada di sekitar mereka mula menjarakkan diri, takut-takut mereka juga terkena tempias dari serangan balas Xander.

Tak cukup satu, tambah lagi satu. Tetapi kali itu balingan kasut dari Neil Rayyan dapat dibaca oleh Xander. Dia sempat menangkap.

"Kau rupanya..."

"Jamal."

Neil Rayyan menoleh ke arah Eldric seakan memberi isyarat mata supaya jauhkan diri dari Xander. Dia sendiri yang cari pasal, tiada sesiapa yang patut terlibat dalam hal ini. Termasuklah Eldric.

"Pergi."

Eldric kaku. Sama ada membiarkan Neil Rayyan dibelasah teruk oleh Xander, ataupun larikan diri sekarang.

"Jangan jadi bodoh, Jamal! Dia bukan lawan kau." bisik Eldric cukup keras.

"Jangan risau, dia tak setanding dengan aku." Neil Rayyan membuka kaca matanya dan berikan pada Eldric.

"Jaga elok-elok. Arwah abang aku yang bagi." pesannya. Eldric mengangguk laju. Padahal apa yang dia maksudkan, ialah Fiq.

"Jamal... hamba Mateo kan?" soal Xander masih berbasa-basi. Neil Rayyan menggeleng.

"Mateo? Sejak bila pula aku jadi hamba lelaki pengecut tu?" sindirnya. Mateo yang berada tidak jauh dari situ sudah seperti cacing kepanasan. Telinganya berasap bila Neil Rayyan kata dia pengecut.

"Don't play games with me, Jamal. Kau tahu aku siapa?" Beza setapak, mereka kini saling berhadapan.

"Tahu. Cuma seorang manusia biasa yang berlagak sombong. Kau lah tu kan? Dengan geng kau sekali?"

"Oh, my mistake. Mana ketua kau? Puppy come here, come here..." Neil Rayyan memandang ke arah Rafael yang sedang menghisap cerut. Tak lama, cerut diletakkan di atas Ashtray. Dia bangun dan membuka kaca mata hitam. Asap yang tersisa dihembus penuh nikmat.

Hilman juga terasa dirinya terpanggil. Dia berdiri di sebelah Rafael.

"Kau panggil aku apa tadi?"

"Puppy. Salah ke?" soal Neil Rayyan menguji kesabaran si ketua pula. Hilman membuang muka. Betul-betul berani.

"Damn it! Jangan nak cari pasal, Code! Dia orang bukan lawan kau." Henry bersuara.

Malangnya... sedikit pun tidak dipedulikan oleh Neil Rayyan. Kesabarannya memuncak.

"Puppy, huh? Aku tak nak lah bazirkan tenaga aku layan orang kurang akal macam kau ni. Jadi... apa kata kau minta maaf dan jilat kasut aku. Do it now! " jerit Rafael di hujung kata.

"Kalau aku tak nak?" Neil Rayyan masih berkeras. Sememangnya darah seorang peninju mengalir di dalam tubuh Neil Rayyan. Seandainya Encik Rizman tahu, pasti dia berbangga.

"Tiga lawan satu? Tak cukup."

"Sepuluh lawan satu. Come and get me," cabar Neil Rayyan sinis. Eldric menelan air liur, betul-betul berani mencari maut.

"Tempah maut? Aku on jer. Alden?" soal Hilman. Rafael seperti biasa. Bukan mahu mengelak atau larikan diri, dia cuma malas mengotori tangannya.

"Aku bagi dekat kau orang. Ajar sampah ni baik-baik. Tunjukkan dekat dia siapa aku, kau, dan Xander. Dia salah orang kalau nak cari pasal."












Bersambung:u

𝐏𝐋𝐀𝐘 𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐀𝐌𝐄 [C]Where stories live. Discover now