Code 10

57 18 1
                                    

"Aku dapat inform dari Uncle Grey. Dia cakap, si setan tu dah bawa Code pergi dari sini."

"Maksud kau?" soal Fiq. Rambut palsu Afro dirapikan di depan cermin.

Henry menjeling. "Kau ni lembab lah! Si Rapael tuu dah bawa Code keluar dari Miracle. Itupun susah sangat kah nak faham? Apalah..." Henry berleter.

"Ada dua kemungkinan. Pertama, Rafael bawa ke hideout dia. Ataupun yang kedua Code..."

"Dia tak mati lagi. Dia takkan mati. Aku tahu." pintas Fiq. Rambut palsu di buka. Mujur lah ketika itu tiada sesiapa yang berada di dalam bilik asrama selain mereka bertiga.

"Aku yakin," tambah Fiq.

"So, what we gonna do now?" soal Henry.

Irvan mengetap bawah bibir. Dia buntu hendak berbuat apa.

Fiq mengeluh kecil. Kalau mereka tidak mencari tahu, sampai bila mereka akan tahu?

"Malam ini... Nixrasus on action," Terlakar senyuman di wajah dingin Irvan.

"Ya, mari lihat... sama ada mereka mampu nak kalahkan kita." sambung Fiq.

"Mereka pasti akan menyesal, betul tak?" celah Henry lagi.



Tepat pada pukul 2 pagi, CCTV berjaya dimatikan oleh Henry selama 20 minit sahaja. Dua daripadanya menyusup masuk ke dalam bilik pejabat pengetua. Manakala Irvan lengkap berpakaian serba hitam, dan topeng kepala kuda mengawasi keadaan di luar. Henry yang bertugas sebagai hacker dalam pasukan mula memeriksa komputer Tuan Yohanes. Manakala Fiq menyelongkar almari, laci di bawah meja pejabat, dan rekod pelajar Miracle yang tersusun rapi di rak buku.

Separuh daripada data-data penting telah berjaya dipindahkan ke dalam pendrive. Tahu lah Henry macam mana dia nak uruskan lelaki tua itu. Video-video serangan seksual ke atas pelajar perempuan dihapus oleh Henry. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan pelajar-pelajar yang menjadi mangsa Tuan Yohanes. Syaitan seperti itu patut dihukum dan diajar cukup-cukup!

"Jumpa!"

Dari hujung koridor, kedengaran derapan tapak kaki semakin lama semakin menghampiri pejabat Tuan Yohanes. Henry di dalam sudah tak senang duduk. Mana tidak nya apabila dia memerlukan masa selama seminit saja lagi untuk memindahkan fail terbesar yang ada dalam komputer Tuan Yohanes.

"Lama lagi?" Irvan menyoal.

Henry tidak menyahut. Dalam masa seminit macam-macam yang boleh berlaku sepertinya...

Henry terdiam. Seluruh tubuh nya mengeras seperti terkena renjatan eletrik apabila video yang memaparkan muka Neilya Rayna mula bermain. Volume dikurangkan. Fiq yang sedang leka memeriksa buku rekod pelajar Miracle menapak ke arah Henry.

Dia juga sama. Fail terbesar yang dimaksudkan oleh Henry mengandungi video misteri kehilangan Neilya.

Completed.

Pendrive dicabut dari komputer. Beberapa video salinan yang masih tersimpan di dalam komputer Tuan Yohanes turut dihapus. Tidak ada yang tersisa.

"Mari pergi," Irvan bersuara. Henry dan Fiq mengangguk laju.

Szuupp...

Bayangan hitam baru saja melintasi di belakang Encik Roy seraya membuatkan bulu roma nya berdiri tegak. Encik Roy teragak-agak mahu menoleh ke belakang. Belantan yang dibawa digenggam erat. Air liur ditelan kesat. Baru mahu menapak pergi, secara tiba-tiba bekalan elektrik terputus pula. Hitam pekat dipandangan Encik Roy. Mujur lah ketika itu dia membawa lampu suluh sebagai persediaan untuk menghadapi situasi sebegini.

Setapak dia cuba melangkah ke depan, bahunya terasa ditepuk dari belakang. Secara automatik, lampu suluh terlepas dari tangan. Cecair hangat mula membasahi celah kelangkangan Encik Roy. Air liur ditelan buat kesekian kalinya.

Dan... lambat-lambat Encik Roy pusingkan kepala ke belakang. Irvan dengan topeng kepala kuda melepaskan tumbukan menuju tepat ke muka Encik Roy. Hanya sekali tumbukan, Encik Roy sudah tidak sedarkan diri dan kini terbaring di atas lantai.

Mereka bertiga meneruskan langkah ke tempat persembunyian Rafael yang dimaksudkan oleh Uncle Grey.

Neil Rayyan mengangkat kepala. Terasa sakit dan berdenyut-denyut setelah dipukul dengan objek yang keras. Nasib baik dia tak lupa ingatan. Rambut basah berjuntaian seperti rumpai laut menutupi dahi Neil Rayyan. Bibir pecah. Dahi benjol. Mata bengkak. Kesan tumbukan dan lebam merata-rata. Wajah nya tenggelam dalam kolam darah. Wajah nya itu tidak lagi menyerupai wajah kacak Neil Rayyan.

Alat pendengaran nya pula sudah rosak akibat termasuk air. Oleh itu dia tidak dapat berkomunikasi dengan rakan sepasukan.

"Macam mana... masih nak lawan cakap aku?" soal Rafael. Kedua tangan dan kaki terikat pada palang besi sekali gus menghalang lelaki itu dari berbuat apa-apa.

Neil Rayyan senyum saja. Dia mengangkat bahu.

"Aku takkan tunduk pada syaitan macam kau, fael. Dan aku takkan biarkan kau jahanamkan orang lain macam apa yang kau buat dekat aku,"

"Terus? Aku nak dengar." Rafael bersuara sinis.

Dia tunduk lalu menghembus asap cerut betul-betul di hadapan Neil Rayyan. Neil Rayyan cuba mengelak, tetapi Rafael kian menghembus asap sehingga Neil terbatuk-batuk mencari ruang udara.

Rafael tergelak sinis. Baru mahu mengangkat badan, Neil Rayyan meludah tepat ke muka Rafael. Tubuh Rafael mengeras seketika. Wajah nya tegang menahan marah yang meluap-luap.

Cerut yang masih bernyala di campak ke atas lantai. Urat hijau yang timbul di tangannya mencengkam kuat leher Neil Rayyan sehingga kakinya terangkat sedikit.

"Kau... bunuh aku..."

"Akan ada orang yang da... datang untuk bunuh kau, fael."

"Kau... takkan mampu untuk bunuh aku."

"Sebab..."

Berasa geram terhadap Neil Rayyan, Rafael melayangkan tumbukan berkali-kali ke wajahnya. Kepala yang terpusing ke kiri dikembalikan ke posisi asal. Renungan tajam menikam ke arah Rafael. Senyuman melebar hingga ke telinga. Air liur yang bercampur darah terasa penuh di dalam mulut.

Neil Rayyan tergelak menayangkan sebaris gigi kemerahan.

"Kau... cuma seekor tikus yang terperangkap dalam..."

"Play the game,"

"On my count. 3, 2, 1, move!" Henry menjatuhkan arahan. CCTV berjaya dimatikan buat 30 minit. Bukan mudah baginya untuk mengawali sistem pertahanan Miracle.

Fiq melempar bilah shuriken tepat ke arah dua orang lelaki yang sedang leka bermain daun terup di laman belakang rumah. Sementara Irvan mengambil peluang untuk menyusup masuk ke dalam dan mengelar leher lawan yang maju ke hadapan. Sewaktu Irvan sedang sibuk, salah seorang dari lawannya berjaya meloloskan diri. Namun, tindakannya pantas di sedari oleh Fiq. Bilah shuriken dilempar tepat di belakang kepala. Dalam kiraan tiga saat, kepala si mangsa meletup serta merta dan hanya meninggalkan tubuh tanpa kepala. Henry meluru deras ke hadapan. Menyepak dada lawannya sehingga tubuh itu terpelanting ke belakang dan melanggari pintu utama.

Saling berbalas isyarat, mereka bertiga berpecah di situ.

𝐏𝐋𝐀𝐘 𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐀𝐌𝐄 [C]Where stories live. Discover now