Code 12

59 18 24
                                    

"Kita dah terperangkap di sini."





TIGA orang lelaki sasa menyeret tiga orang lelaki yang dipenuhi kesan pukulan merata-rata sambil merayu untuk dilepaskan. Tiba saja di depan seorang lelaki yang sedang duduk menyilang kaki sambil menghisap cerut. Tubuh lemah Rafael ditolak ke hadapan. Karung hitam yang mengatup kepalanya ditarik dari atas.

"Tolong... lepaskan aku. Tolong..." rayu Rafael lagi.

Lelaki bertatu serigala di hadapannya itu tidak mempeduli akan rayuannya. Cerut yang dihisap diletak atas ashtray. Asap dihembus betul-betul depan muka Rafael hingga lelaki itu terbatuk-batuk dan rakus mencari nafas. Lelaki bertatu naga senyum sumbing.

"Aku suruh kau hapuskan dia orang. Bukan bermain dengan dia orang. Sekarang... siapa yang akan bertanggungjawab atas apa yang dah berlaku?"

"Beri... berikan aku satu peluang untuk buktikan yang aku mampu, Tuan. Tolong... aku tak nak mati lagi." rayu Rafael.

Air mata bercampur darah semakin laju mengalir. Lelaki bertatu serigala tergelak senang hati.

"Ok! Aku akan beri kau satu peluang. Ingat... selepas ini. Kalau kau gagal, kau akan ku campak ke dalam laut." Amaran berbunyi keras dan mengancam ditelinga Rafael.

Rafael mengangguk laju. Lelaki bertatu serigala menyandarkan tubuh pada kerusi kayu. Pistol Glock 17 yang berada di atas meja dibelek seketika. Rafael telan air liur. Terasa pahit! Kerana sudah bercampur dengan darah.

Tetapi Rafael sedia menanti apa yang akan dilakukan oleh lelaki bertatu serigala meskipun dia tahu pengakhirannya apa.

Lelaki bertatu serigala halakan pistol tepat ke dahi Rafael.

"Tiada maaf bagi ku."

Bang!

Darah merah yang terpercik ke wajahnya dijilat rakus. Lelaki bertatu naga tersenyum puas melihat Rafael terlentang kaku di atas lantai.

"Bawa dia pergi. Yang lain... isi ke dalam karung dan bakar hidup-hidup. Aku tak nak mereka tahu siapa aku."

"Baik, tuan!"



TABURAN bintang di dada langit kian memudar ketika mentari pagi memancarkan sinar. Angin yang bertiup perlahan menghembus dedaun kering dari pepohon lalu jatuh ke atas tanah. Di salah satu kawasan yang agak tersorok dari kesibukan kota, terletak bangunan sekolah dengan padang hijau mengelilinginya.

Miracle. Sekolah berasrama yang menerima pelajar cemerlang dan berasal dari golongan berada sahaja. Dijadikan sebagai sekolah impian kerana menerima layanan serupa sekolah internasional. Dari segi mata pelajaran, pencapaian, dan keselesaan, Miracle menerima pujian tertinggi.

NEIL Rayyan yang baru tersedar dari tidur meringis kesakitan apabila dia menyentuh balutan kain kasa yang melilit sekitar dahinya. Dilihat saja Fiq yang mahir dalam bidang perubatan membersihkan luka pada bahagian sikunya.

"Mana yang lain?" soal Neil Rayyan apabila dia memerhati sekeliling bilik asrama itu kosong. Hanya mereka berdua saja yang tinggal. Tubuh yang memakai singlet hitam disandarkan dikepala katil.

Fiq berhenti membersihkan luka Neil Rayyan. Dia berfikir sejenak. Sama ada mahu menjawab, atau biarkan saja seperti angin berlalu.

"Irvan tengah berak. Henry pergi cari Darwish." jawab Fiq selamba.

"Darwish? Kenapa dengan budak tu?"

"Kau tak tahu? Kita dah terperangkap dalam Miracle. Dah dua hari kau tak sedarkan diri. Dan pada masa itu juga hampir kesemua pelajar dalam Miracle hilang tanpa jejak." Cerita Fiq.

Kening Neil Rayyan berkerut seribu. Antara percaya atau tidak, dia memilih untuk tidak percaya. Kesemuanya?

"Mesti kau tak percaya kan? Mari sini aku tunjuk..."

Laptop milik Henry yang memaparkan rakaman cctv dipusing ke arah Neil Rayyan. Rakaman itu berjaya diselamatkan sebelum dihapuskan oleh seseorang yang mahir dalam bidang menggodam.

"Kau rasa... ke mana budak-budak semua ni pergi?" soal Fiq.

Neil Rayyan diam tidak berkata. Fiq tanya dia, dia pun tidak tahu.

"Aku tak tahu. Macam mana kita boleh terperangkap dekat sini?" soalnya lagi.

Fiq melepas nafas panjang. "Rafael hilang. Xander dengan Hilman pun sama. Aku tak tahu dia orang dekat mana. Dan aku tak kisah pasal itu. Tapi pelajar yang lain? Dia orang hilang tanpa jejak. Aku dah cuba cari dekat mana-mana tempat tapi tak dapat."

Neil Rayyan mengangguk-angguk. "Jadi siapa saja yang tertinggal?"

"Aku, kau. Irvan, Henry, Darwish dan Eldric. Tapi Eldric pun baru saja hilang tadi. Darwish pergi cari dia, sampai sekarang tak balik-balik. Pasal Henry aku tak risau sangat." jelas Fiq lagi.

Kerja Neil Rayyan mengangguk-angguk saja bila dia tidak tahu hendak membalas apa.

"Kejap. Darwish?" Dia menyoal. Fiq mengangguk laju.

Neil Rayyan bingkas bangun dari atas katil. Hoodie sleeveless dipakai. Rambut yang menutupi dahinya ditolak ke belakang sebelum dia menyarung topi hitam.

"Buat masa sekarang kita tak boleh nak berpecah. Kita tak tahu siapa lawan kita, dan apa yang dia orang boleh buat dekat kita." ujar Neil Rayyan, tidak mahu terjadi apa-apa ketika mereka berenam saja yang tinggal di situ.

Fiq tersenyum lebar. Itulah semangat yang dia mahu dengar dari Neil Rayyan. Itulah pandangan mata dengan api yang membara.

Fiq mengangguk saja. Jaket kulit hitam yang tersadai ditepi katil Firdaus diambil oleh Fiq dan disarung ke tubuhnya.

Beg galas yang berisi alat-alat tempur dibuka oleh Fiq. Buku lima dikeluarkan dari dalam beg dan dicampak ke arah Neil Rayyan. Neil Rayyan pantas menyambut bersama lakaran senyuman di bibir.

Fiq tahu benar Neil Rayyan suka bertarung menggunakan alat pertahanan diri itu.

Sementara Fiq hanya membawa sebatang besi besbol yang dia ambil dari dalam lokar Eldric.





SELESAI SAJA Irvan melabur saham di dalam tandas, dia bergerak ke arah singki untuk membersihkan tangannya. Sabun dipicit. Cecair berwarna ungu dan berbau lavender itu digosok berkali-kali sehingga berbuih. Pili paip dibuka. Irvan mencuci tangannya sambil memandang pantulan dirinya di hadapan cermin.

'Hensem jugak aku ni.' Puji Irvan dalam hati.

Irvan senyum sendiri. Sewaktu dia mahu melangkah menuju ke pintu keluar. Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki seseorang sedang melintasi koridor itu. Dari celah pintu, mata helang Irvan memerhati.

Lelaki bertubuh sasa sedang menyeret sebatang kayu berpaku-paku. Tidak menunggu lama, Irvan melangkah ke arahnya. Di cengkam kuat bahu lelaki itu sehingga dia terpusing ke belakang. Cepat-cepat Irvan hadiahkan satu tumbukan tepat ke mukanya. Lelaki itu tumbang dan tidak sedarkan diri di situ. Aneh. Mudah sekali untuk ditumpaskan.

Irvan tunduk. Dia memandang lama wajah cina itu. Cuba mengenal pasti wajah nya. Irvan berfikir sejenak. Wajah nya pernah dilihat, tetapi Irvan tidak pasti di mana.

Tiba-tiba matanya terbuka luas. Irvan terkejut. Lelaki itu menarik tubuh Irvan ke bawah. Tangan sasa berurat hijau itu mencekak kuat leher Irvan. Irvan meronta. Dia mencuba keras untuk melepaskan diri. Tetapi tidak dapat. Lelaki bertubuh sasa mendengus-dengus seperti melepaskan kemarahan kepada Irvan.

Irvan berhenti meronta. Tangan yang mengepal penumbuk dilayangkan ke wajah cina itu. Berkali-kali sehingga cengkaman pada lehernya dilepaskan. Irvan mengengsot ke belakang. Dadanya turun naik berebut-rebut mencari nafas. Lelaki cina bangun. Irvan juga sama.

"Kenapa kau serang aku? Apa yang kau mahu dari aku?" Irvan bertanya baik-baik.

Lelaki cina tidak menjawab malah terus menerpa ke arahnya.

𝐏𝐋𝐀𝐘 𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐀𝐌𝐄 [C]Where stories live. Discover now