Code 2

85 22 22
                                    

"Jamal Bin Hussin. What a nice name. Padan dengan muka kau macam kepala babi,"

Raut wajah Neil Rayyan berubah. Anak mata jelas menunjukkan dia terasa. Namun cepat-cepat dikeraskan semula. Tahulah macam mana dia nak uruskan Henry nanti. Dalam banyak-banyak nama, kenapa mesti Jamal? Abdullah pun kira ok juga.

"Jamal... Jamal..." Lelaki itu berjalan mengelilingi Neil Rayyan sebelum berhenti di hadapannya.

"Si kepala babi." sambung suara itu lagi.

Neil Rayyan melarikan pandangan. Pesanan Henry terngiang-ngiang di fikiran.

Jangan tunjukkan diri kau sebenarnya. Kau kena kawal kalau nak bertahan dekat Miracle.

"Kenapa senyap? Terasa?"

Memang tidaklah dia nak terasa dengan sindiran tahap budak sekolah rendah itu. Neil Rayyan tersenyum tipis.

"Kau ni memang tak reti nak bercakap ke? Apa aku cakap semua kau tak peduli. Ke... kau sengaja buat-buat tak dengar?"

Jari telunjuk ditala ke muka Neil Rayyan. Tubuh separuh tunduk itu memandang penuh tajam.

"Kau ingat sini baik-baik... Aku Mateo. Orang kanan Xander. Dekat sini... kau tak boleh nak tunjuk lagak. Sedar diri tu sikit, kepala babi,"

Secara sengaja Mateo melanggari bahu Neil Rayyan sehingga dia jatuh terduduk diatas lantai. Hari pertama masuk ke sekolah sudah disambut dengan kata-kata kurang baik. Memang benar, ada sesuatu yang tidak kena dengan sekolah ini. Dari peraturan, uniform, pelajar-pelajar bergaul bebas tanpa mengira jantina, serta setiap ruang yang mempunyai tiga atau lima buah kamera CCTV.

Pelik.

Henry tergelak di hujung alat pendengar yang tersumbat di telinga. Agak tersorok kedudukannya, dengan warna menyerupai warna kulit. Sesiapa saja tidak tahu mahupun menyedari kewujudan alat kecil itu. Terima kasih kepada Fiq.

"Nama dia Mateo ataupun Malik. Orang kanan Xander. Kiranya dia hamba kepada Xander lah, tapi level dia tinggi sikit dari hamba-hamba yang lain."

Henry bersuara selepas memeriksa maklumat peribadi Mateo dan apa yang dia lakukan di sekolah. Neil Rayyan tidak membalas. Langkah kaki diatur ke arah bilik asrama yang tersusun-susun dengan pintu separuh terbuka.

"Aku pelik lah... hampir setiap ruang ada cctv. Aku rasa macam ada something yang tak kena," ujar Neil Rayyan.

"Bukan macam ada something aje, memang ada pun. Cuma aku tak pasti lagi."

"Tak pasti pasal apa?"

"Tak pasti dengan apa yang aku lihat,"

"Bila aku dapat informasi selanjutnya aku akan beritahu. Buat masa ini kau ikut aje plan Uncle Grey. Lagi satu... jangan tonjolkan diri kau sangat, Neil."

"Ok. Aku akan cuba."

Penggunaan bil elektrik melonjak naik seperti mampu menanggung unit perumahan sejak sekolah itu mula dibuka. Hampir setiap bulan Miracle menerima surat amaran dari lembaga elektrik dan selepas itu kembali senyap tanpa khabar.

Apa yang sedang berlaku? Apa yang mereka sembunyikan? Henry ketap bawah bibir. Sungguh! Memikirkan hal ini membuat sehelai uban bertambah dikepala.

Kopiko Blister Pack disambar olehnya. Empat biji gula-gula berperisa kopi disumbat masuk ke dalam mulut kemudian diletak ditempat asalnya. Mata Henry kembali segar. Seharian menghadap skrin komputer siapa yang tidak penat bukan? Henry tersenyum menampakkan barisan gigi arnabnya. Silap mereka kerana berdepan dengan pasukan CONIXRASUS CYBER.

"Aku mengandung."

Neil Rayyan berhenti mengorak langkah. Cepat-cepat dia mengambil tempat duduk tidak jauh dari dua orang gadis yang sedang berbual di taman. Ya, dia perlu mengambil tahu. Semakin banyak yang dia tahu, semakin mudah tugasnya. Zip beg sekolah ditarik. Komik lawak pop gang dibawa keluar, dan dijadikan sebagai bahan bacaan supaya tidak menimbulkan rasa kurang selesa.

"Sia... siapa pula kali ini?" Seakan tidak percaya, rakan sebiliknya itu mengandung buat kali ketiga.

"Ra... Rafael.."

Serentak dengan itu dia menumpahkan air mata. Dadanya dipukul-pukul konon dia dapat mengurangkan rasa sakit yang dirasa. Neil Rayyan sudah tidak senang duduk. Ikutkan hati nak saja dia serang dan belasah cukup-cukup lelaki bernama Rafael itu. Tapi apa yang dia perlu buat sekarang ialah bersabar. Silap sedikit rosak rancangan mereka.

"Wooshh... come here Babi!"

Tidak cukup satu, datang lagi satu. Neil Rayyan tahu itu suara siapa. Komik lawak pop gang ditutup dan disimpan ke dalam beg. Dia bingkas bangun lalu mengorak langkah laju-laju. Dia perlu meninggalkan tempat itu dengan kadar segera. Selagi dia boleh elak, dia elak. Dia tidak mahu membazirkan tenaga melayani orang kurang siuman.

"Babi... bakk!" Sergah Mateo.

Tubuh Neil Rayyan mengeras. Secepat itu Mateo mengejari dia dari belakang. Perlahan-lahan Neil Rayyan pusingkan tubuh menghadap Mateo.

"Ke... kenapa?" Tergagap-gagap Neil Rayyan bertanya. Kalau bukan dengan watak yang perlu dia lakonkan, jangan harap dia nak bercakap seperti itu.

"Jadi hamba aku nak tak? Ataupun... Temankan aku pergi jumpa The Devil."

The Devil. Terdiri daripada tiga orang pelajar lelaki senior. Masing-masing sudah berusia 23 dan 24 tahun. Pelik bukan? Umur tua begitu masih bersekolah di sekolah tinggi.

Rafael Alden, Alexander Oliver, Hilman Julian. Dengar dari nama umpama Prince charming yang datang membawa sekuntum bunga mawar. Membuka pintu kereta, makan malam ditepi pantai, ditemani lilin-lilin menyala serta mampu mencuri hati wanita dan akhirnya terjatuh ke dalam permainan.

"Babi?"

"Na... nama saya Jamal," jawab Neil Rayyan. Sampai bila dia harus di panggil dengan nama haiwan itu? Kasihan babi, namanya dijual-jual.

"Ok, Jamal. Aku Malik."

"Jom ikut aku."

Neil Rayyan mengangguk dan membuntuti langkah Mateo di hadapan. Selang beberapa minit kemudian, mereka disambut dengan sorakan dan tepukan tangan seperti menyambut ketibaan seorang artis. Telefon diangkat tinggi-tinggi seperti sedang merakam video ataupun menangkap gambar. Tapi apa yang pasti, Neil Rayyan baru saja tiba di hadapan bilik The Devil.

Pintu berwarna emas terbuka luas. Di dalam bilik merah menyala itu, hiasan patung dewa-dewi zaman purba greek tersusun rapi di dalam almari kaca. Mata Neil Rayyan meliar sekeliling. Cukup kagum. Bergerak pula ke arah kepala ular melekat elok di dinding dengan dua taring tajam ke bawah. Mulut nya ternganga luas seperti ingin mematuk mangsa. Turun ke bawah pula, di atas kerusi merah seorang lelaki berambut kelabu dengan jaket cheetah paras lutut sedang menopang dagu melihat ke arah Neil Rayyan. Tidak jauh dari situ, dua orang lelaki sedang sibuk bermain daun terup ditemani dua orang wanita duduk di samping mereka.

Mateo berdehem. "Kenalkan ini Jamal."

"Hamba baru lagi?" celah Hilman Julian. Mateo menjeling sinis.

"Aku belum habis cakap lagi lah." Bantah Mateo.

"Jamal? Klasik nya nama." Xander bersuara.

Rafael bingkas bangun dari tempat duduk dan bergerak ke arah Neil Rayyan.

"Show me what you got,"














𝐏𝐋𝐀𝐘 𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐀𝐌𝐄 [C]Where stories live. Discover now