Code 9

51 18 3
                                    


CONIXRASUS sebuah pasukan terdiri dari empat orang ahli yang ditubuhkan oleh Uncle Grey pada awal tahun 2022. Masing-masing memiliki kebolehan seperti menggodam, mencipta alat-alat serba guna, penyiasatan, dan pengintipan. Selain itu mereka juga ditugaskan untuk menghukum pesalah yang terlepas dari hukuman, menyiasat kes pembunuhan, dan misi penyamaran. Semua itu dilakukan oleh Conixrasus.

Someone who fight for justice

Itulah Conixrasus. Menegakkan keadilan dan mempertahankan keamanan.

Code, Phoenix, Cobra, dan Pegasus.



Topeng kepala ular, kepala kuda, dan burung, dipandang lama oleh Irvan. Jadi Fiq menghabiskan masanya selama berhari-hari di dalam bilik ciptaan hanya untuk menghasilkan topeng ini? Dia tidak kisah pasal topeng kuda dan ular. Dia berpuas hati dengan topeng itu. Sekali lihat saja macam lelaki berbadan kuda Centaur dalam filem Percy Jackson. Fikir Irvan.

Namun apa yang membuat dia tergelak seperti tidak ingat dunia ialah topeng burung milik Henry. Rupanya seperti topeng yang diguna pakai ketika majlis tari menari. Tidak menakutkan, cuma terlihat lucu di mata Irvan. Oren menyala-nyala bagaikan api kemarahan yang menyala dalam diri Henry. Cukup sepasang mata yang terlihat, dan separuh muka yang tertutup. Di hiasi labuci dan manik-manik berwarna oren putih. Yang penting sekali... di gelap malam, topeng burung milik Henry pasti menyenter dan berkilau umpama permata.

"To... toyeng ni bu... bukan bisya-bisya,"

"Topeng ni bukan biasa-biasa." Uncle Grey memperbetulkan sebutan Fiq.

Habis lebam wajah nya menjadi mangsa tumbukan dari Henry. Itulah, suka sangat kenakan Henry. Sekali pakej hilang gigi depan dia akan tambah kalau Fiq berani berbuat begitu lagi pada nya.

Berasa kasihan terhadap Fiq, sepaket ais dihulur oleh Irvan. Yalah, susah payah dia menghasilkan topeng itu sekali tumbukan yang dia dapat.

"Te... teyima kacih."

Irvan mengangguk saja. Mujur lah Fiq sudah menyiapkan nota untuk menjelaskan kegunaan topeng haiwan ini. Dapat lah dia rehatkan mulutnya dari berkata, kalau tidak sudah lama dia menyumpah Henry di depannya.

"Topeng-topeng ni dilengkapi dengan penglihatan dalam gelap." ujar Uncle Grey. Fiq si pembuat mengangguk laju.

"Apapasal tak beli Google night vision je?" soal Henry, nampak sangat tak puas hati.

"Ma... mahai. Aku tak mamyu." celah Fiq sambil menuam sepaket ais di pipinya.

"Mahal. Aku tak mampu," Uncle Grey pula senang hati menjadi tukang translater tidak berbayar.

"Dan topeng ni kalis api, air, dan peluru. Topeng ni juga dapat kesan timer bomb." Kali ini giliran Irvan menjelaskan.

"Apapasal tak buat macam Iris kat ejen Ali tu? Kan lagi gempak dari topeng ni. Dah lah seram aku tengok." Henry tidak habis-habis mengutuk.

"Dah lah tu. Aku tahu kau marahkan Fiq. But, at least hargai apa yang dia buat. Hargai usaha yang dia curahkan ke atas topeng ni," ujar Irvan cuba meredakan kemarahan Henry.

Uncle Grey bertepuk tangan meminta perhatian.

"Alright, boys. Apa yang kita perlu fikir sekarang ialah macam mana nak selamatkan Code dari Miracle."

"You mean Bang jamal?" soal Henry.

"Yups!"

"Ja... jangan risau. Aku ada seyiakan alat bayu,"

"Jangan risau, aku ada sediakan alat baru." Giliran Irvan terjemahkan percakapan Fiq.

Hairan juga Henry macam mana Uncle Grey dan Irvan boleh faham apa yang dikatakan oleh Fiq.

Shuriken, boomerang, dua bilah kapak biru, dan pisau belati. Kesemua senjata itu dihasilkan oleh Fiq sendiri tanpa meminta bantuan daripada orang lain.

"Gila..." Tanpa sedar Henry memuji.


Selesai saja mereka menyiapkan persiapan terakhir untuk ke Miracle Highschool. Giliran Henry pula membuat identiti palsu. Atas cadangan Uncle Grey, mereka bertiga menerima nama samaran sebagai Jamil, Kamal, Kamil.

Bila di tanya, ternyata mereka bersepupu. Cuma Jamil si Fiq abang kepada Jamal iaitu Neil Rayyan. Dan Kamal pula sebagai Irvan abang kepada Henry.

Rambut palsu Afro digayakan dengan kaca mata plastik berwarna pink. Terlihat padan dengan uniform sekolah berwarna merah dalam True beauty dan ketinggian Fiq mencecah 165 cm. Fiq comel seperti cendawan liar yang tumbuh di tengah hutan.

Manakala Kamil iaitu Henry. Rambut palsu berjuntai seperti rumpai laut menutupi separuh dari wajah nya. Kalau ditiup angin kencang, terserlah lah kekacakan Henry Gabriel.

Irvan pula yang memegang watak sebagai Kamal. Terlihat simple dengan rambut kasut yang menjadi trendy budak lelaki zaman sekarang, bersama pendakap gigi berwarna kuning, dan jam tangan strawberry.

Mereka bertiga melangkah dengan penuh bangga ke dalam Miracle, meskipun jelingan sinis menyambut kedatangan itu.

Conixrasus dan fesyen pelik berpisah tiada.

Pintu bilik asrama yang di huni oleh Neil Rayyan di buka oleh Fiq mahupun Jamil.

Separuh kepala meninjau keadaan di dalam.

"Hello..." sapa Fiq.

Berkerut dahi Eldric melihat fesyen aneh tiga orang pelajar baru itu. Mereka berada di tahun 2024 ataupun pada tahun 80 an? Sungguh, aneh!

"He... hello..." balas Eldric teragak-agak.

"Hye, kita orang pelajar baru dekat sini. Whats upp man! " sapa Henry dengan penuh semangat.

Secara selamba, dia duduk di atas katil Neil Rayyan.

"Hish, bapak gila lembut katil ni!" Henry terus melompat-lompat seperti dia sedang melompat di atas trampolin.

"Kamil! Kawal sikit perangai kau tu. Kita sekarang ni dekat kawasan bandar bukan dekat kampung." pesan Irvan. Menjiwai watak betul!

"Ta... tapi best jugak! Yahoo!" Irvan turut serta. Eldric menepuk dahi. Sekagum itu mereka terhadap sekolah ini?

Bagi Eldric, sekolah ini sudah seperti neraka buatan Rafael. Kelmarin, dia dibawa oleh Firdaus setelah tidak sedarkan diri di belakang sekolah. Dan Firdaus pun menceritakan apa yang sudah berlaku dari awal hingga ke akhir.

Eldric melepas keluhan. Katil Neil Rayyan dipandang kosong.

"Bo... boleh saya tanya? abang ni kenal tak dengan Jamal? Jamal bin hussin. Saya ini abang dia," ujar Fiq.

"Ab... abang dia?" Terkejut beruk Eldric bila abang kawannya itu memiliki cita rasa yang teruk dalam fesyen.

Fiq mengangguk perlahan sambil menggaru rambut palsu nya.

"Ha... haah."

"Yang dua ekor setan tuu pula sepupu saya. Kami ini dari kampung yang sama. Cuma Jamal saja yang tinggal berasingan," jelas Fiq lagi.

"Oh... jadi kau orang ke sini sebab nak belajar? Baik buang harapan tu jauh-jauh,"

"Kenapa? Kita orang ke sini sebab Jamal juga. Kata Jamal, sekolah ni best! Dia dapat ramai kawan. Tapi itulah... dalam sekolah ni ada geng pemakan otak manusia,"

Eldric menepuk dahinya berulang kali. Dia bagaikan mendengar cerita dongeng yang diceritakan oleh kanak-kanak. Bertambah pula dengan kenaifan lelaki yang mengaku sebagai abang kawannya.

"Jamal pergi mana?" soal Irvan memecah kesunyian.













𝐏𝐋𝐀𝐘 𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐀𝐌𝐄 [C]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ