BANDUNG BONDOSOWO

52 2 0
                                    

"Aku fikir tak ada lagi orang yang lebih gila daripada Fateh.Rupanya ada juga!"

"Baik kau tukar sajalah nama kau jadi Bandung Bondosowo,Farhan.Pemuda yang sanggup membina seribu candi hanya dalam satu malam demi memenuhi permintaan pujaan hatinya Nyai Ratu Roro Jongrang."

Daripada pilihan perkataan yang jelas-jelas menghina sehinggalah kepada penghinaan yang kedengaran lebih bermaruah dan terpelajar bunyinya.Semua telah didengari Farhan tetapi dia sengaja memekakkan telinga.

"Hei..aku tak suka dengan apa yang kau cakap ni Ammar." Farhan mengerling sang sahabat yang duduk menyangkutkan duduknya di tubir katil"Kejadian ni tak ada pun kaitan dengan dia."

Ammar mendengus kerana tahu kesan semacam apa kata-katanya kepada pemuda itu.TIDAK ADA!
Ibarat mencurah air ke daun keladi.

Walaupun Farhan benar-benar tidak menyenangi apa yang dikatakan oleh Ammar kepadanya,dia lebih memilih untuk terus mendiamkan diri.Ammar tidak salah dalam hal itu tetapi apalah yang boleh dikatakan lagi dengan kejadian yang sudah pun berlaku.

Entahlah.Malang memang tidak berbau dan melintangi perjalanannya awal malam itu.Benar dia tidak selesa untuk menginap di rumah Eric dengan keberadaan Naifa dan kerana itulah dia mengambil alasan bahawa dia perlu balik malam itu juga kerana mendapat panggilan penting dari keluarganya di kampung.

Dan mungkin balasan kerana dia telah berbohong,dalam perjalanan kereta yang dipandunya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan lain yang hilang kawalan menyebabkan keretanya melanggar pembahagi jalan dan kedua-dua belah kakinya tersepit di bahagian tempat memandu.

Walaupun hanya mengalami keretakan tulang pada kaki kanan,dia masih perlu dimasukkan ke dalam wad buat beberapa minggu sementara beberapa siri ujian klinikal dijalankan bagi memastikan dia tidak mengalami kecederaan lain.

Ayah kepada Naifa yang sejak dari kecil dibahasakan sebagai Ayah Haji itu meminta maaf berkali-kali kepadanya dengan wajah paling bersalah yang pernah dilihatnya walaupun telah dikatakan bahawa kejadian tersebut langsung tidak berkaitan pun dengan mereka sekeluarga.Malang.Jika mahu berlaku,hatta dalam kelambu sekalipun tiada siapa yang akan dapat menghalang.

Dengan Fateh yang memapahnya ke bilik air,Farhan berjalan tempang dengan kaki dan kepala yang berbalut itu kembali semula ke katil dan ketika itulah pintu ditolak perlahan membuatkan mereka serentak menoleh.

"Assalamualaikum.."

Seperti ada hubungan telepati,jelas dilihat Farhan sahabat-sahabatnya itu saling bertukar pandang demi melihat siapa tetamu yang datang pada ketika itu.

"Walaikumsalam..masuklah."

Naifa dalam balutan pakaian kasual itu segera menjadi punca yang lain-lain bungkam tidak tahu hendak mengatakan apa-apa.Berdiri di hadapan pintu dengan menjinjit sebuah beg kertas.

"Kalau saya menganggu,tak apalah..Saya keluar dulu.."

"Ehh..taklah.Kami pun baru nak beransur.."

Pelik juga hatta pada pandangan Farhan melihat sahabat-sahabatnya yang baru datang itu serentak berlagak seperti hendak segera pulang walhal tidak sampai lima belas minit pun mereka berada di situ.

Naifa tidak segera menanggapi kata-kata Farhan.Melangkah masuk tanpa mengatakan apa-apa lalu meletakkan beg kertas berisi mangkuk tingkat yang dijejalkan ke dalam pegangannya oleh Kak Uya bersama ketapan gigi dan ia benar-benar membuatkan Naifa naik geram.

Sekilas hujung matanya menangkap beberapa jambak bunga dan bakul buah di atas meja sisi katil.Meriah seperti ruang pameran sebuah kedai bunga.Tidak menghairankan langsung jika dilihat daripada populariti Farhan di hospital universiti itu.

My Dear LoserWhere stories live. Discover now